KelabMama

Doa Pembuka Rezeki – Janji Allah Kepada Yang Yakin

Dalam satu firman Allah yang telah direkodkan di dalam hadis yang bermaksud;

“Sungguh, seorang dari kamu yang memikul kayu api di atas belakangnya lebih baik baginya daripada dia meminta-minta kepada seseorang, sama ada orang itu memberinya atau menolaknya.” 

(Hadis Riwayat Bukhari)

Hadis tersebut menuntut kita agar tekun berusaha terutamanya dalam hal mencari rezeki. Salah satu sebabnya adalah supaya kita tidak meminta-minta di waktu kesusahan.

Namun dalam keadaan ekonomi dan persekitaran yang kian menyesakkan, Kadang-kala kita buntu bagaimana untuk membuka pintu-pintu rezeki.

Oleh yang demikian, Mama Siti sangat prihatin dan ingin berkongsi satu doa pembuka rezeki. 

Doa Pembuka Rezeki

اَللَّهُمَّ اِنِّى اَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا وَرِزْقًا طَيِّبًا وَعَمَلًا مُتَقَبَّلً

‘Allahumma inni as ‘aluka ‘ilman nafi’an wa rizqan thayyiban wa ‘amalan mutaqabbalan’

Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu ilmu yang berguna, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.”

Cabang-cabang Rezeki

Dari Imam Al-Ghazali, menurut beliau rezeki itu terbahagi kepada empat iaitu;

1. Madhmun (rezeki yang dijamin)

2. Maqsum (rezeki yang diberikan)

3. Mamluk ( rezeki yang dimiliki)

4. Maw’ud (rezeki yang dijanjikan oleh Allah SWT)

Jika kita perhatikan di dalam al-quran dan hadis, rezeki itu tidak hanya empat perkara tadi. Sebaliknya terdapat cara agar kita boleh membuka pintu-pintu rezeki dari pelbagai kaedah.

#1 Rezeki Kerana Usaha atau Kerja

Kredit gambar: themalaysianreserve.com

“Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya.” (Q.S.53:39)

#2 Rezeki Kerana Bersyukur

“Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu.” (Q.S.14:7)

#3 Rezeki Yang Tidak Disangka-Sangka

“Barang siapa yang bertakwa kepada Allah SWT nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.” (QS. At Thalaq: 2)

#4 Rezeki Kerana Istighfar

Kredit gambar: pabrikjammasjid.com

“Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan memperbanyakkan harta.” (QS. 71: 10-11)

*Nabi SAW beristighfar sekurang-kurangnya 100 kali tiap hari.

#5 Rezeki Kerana Bernikah

Kredit gambar: Melaka Hari Ini

“Dan nikahkanlah orang yang masih bujang di antara kamu dan juga orang yang layak daripada hamba sahayamu baik lelaki mahupun perempuan. Jika mereka miskin, maka Allah SWT akan memberikan kemampuan kepada mereka dengan kurniaNya.” (QS. an-Nur: 32)

#6 Rezeki Kerana Anak

Kredit gambar: hanaffi.com/

“Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.” (QS. al-Isra 31)

#7 Rezeki Kerana Sedekah

Kredit gambar: sinergifoundation.org

“Siapa yang memberi pinjaman pada jalan Allah SWT, pinjaman yang baik (infak dan sedekah) maka Allah SWT akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dalam jumlah yang besar.” (QS. Al Baqarah 245)

#8 Rezeki Kerana Keberkatan Pagi

Rasulullah SAW bersabda, “Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau termasuk dalam kalangan orang yang lalai.

Sesungguhnya Allah SWT membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.” 

(Hadis Riwayat al-Baihaqi)

#9 Rezeki Kerana Menjalinkan Silaturrahim

Kredit gambar: langit7.id

“Rasulullah SAW bersabda, “Barang siapa yang ingin dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur, maka hendaklah ia menghubungkan silaturrahim.” 

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim – Hadis Riwayat al-Baihaqi)

Bagaimana Jika Saya Masih Meragui Rezeki?

Buat Mama yang masih bimbang persoalan rezeki di masa hadapan, Mama Siti berharap agar kita perbanyakkan beristighfar.

Keyakinan kepada Allah itulah ketenangan. Tiada apa yang Mama dan Papa perlu risaukan selagi Mama berusaha dengan cara merancang, bekerja keras dan sentiasa memperbaiki kualiti kerja. 

@syi0110

Jangan putus asa untuk mencari rezeki yg halal InsyaAllah dipermudahkan urusan kita semua.. #semogabermanfaat #ustazazharidrus #ceramahislam #fyp #rezeki #sabar

♬ Jeming Intan Berlian (Hidup Kita Keno Steady) – normuhammadhafiezhayqal

Ada masanya Allah bertindak sesuai dengan sangkaan hambaNya. Oleh yang demikian, lebih elok kalau fikirkan hal-hal baik kepada Allah tentang perjalanan rezeki.

“Saya sedang dalam ujian berat, adakah Allah telah meninggalkan saya? “

Tidak, Allah tidak pernah meninggalkan kita. Setiap masalah yang datang boleh jadi disebabkan kifarah dosa, ujian mahupun hukuman kesalahan kita yang lalu.

Walau apa pun itu, setiap yang berlaku pasti membawa hikmah besar bagi seseorang. 

Kesimpulannya;

Orang yang bersusah payah bekerja itu, lebih Allah sukai berbanding mereka yang meminta-minta. Amalkan lah doa pembuka rezeki sebanyak-banyaknya supaya kita dikurniakan rezeki yang baik.

Allah menjanjikan rezeki kepada mereka yang bersyukur, beristighfar dan bersedekah. Selain itu, Allah juga akan memberikan rezeki dari perkara yang tidak disangka-sangka.

Namun jika Mama dan Papa masih meragui perjalanan rezeki, perbanyakkan lah istigfar supaya hati kita tetap meyakini kuasa Allah SWT. 

Mama Siti doakan agar Allah memberkati rezeki dan mempermudahkan perjalanan rezeki kita semua. Baiklah, kita berjumpa lagi di artikel seterusnya ya. 


Tingkatkan amal ibadah lain dengan panduan dan bacaan yang betul seperti dikongsikan DI SINI.