KelabMama

Doa Pembuka Majlis Dalam Bahasa Arab dan Bahasa Melayu

Kredit gambar: Wilitama_kf / Shutterstock.com

Bila kita berada dalam satu majlis, perkara yang selalu diambil berat ialah bacaan doa. Kenapa berdoa pada pembuka majlis penting? 

Bacaan doa pembuka majlis bertujuan sebagai tanda kerendahan hamba terhadap Allah SWT. Maksudnya disini kita merendahkan kedudukan kita. Lupakan tentang pangkat buat seketika dan minta Allah mudahkan segala urusan sepanjang majlis berjalan. 

Memandangkan doa ialah ibadat, orang yang membaca doa pembuka majlis seeloknya seorang yang mempunyai akhlak dan sahsiah yang baik agar tidak dipertikai oleh orang yang mendengar nanti.

Doa pembuka majlis yang Mama Siti kumpulkan ini ialah daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Insya allah sesuai untuk majlis-majlis rasmi dan tidak rasmi. Nak buat bacaan semasa majlis santai pun boleh. 

Doa Pembuka Majlis 1

(Bahasa Arab dan Maknanya)

Kredit gambar: JAKIM

Maksudnya: Ya Allah, Ya Tuhan kami, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, kami berhimpun pada hari ini berdoa memohon rahmat dan hidayah dari-Mu.
Semoga dengan rahmat itu,
Engkau berikan petunjuk kepada kami, Engkau perkukuhkan perpaduan kami,
Engkau memperbaiki urusan Agama dan dunia kami.

Ya Allah, Ya Tuhan kami yang memiliki segala kekuasaan dan kemuliaan, kurniakanlah taufik dan hidayahMu kepada kami, restuilah perancangan kami, bimbinglah kami dengan petunjukMu yang berterusan. Pimpinlah kami sekalian ke jalan yang lurus dan benar yang membawa kepada ketenteraman dan kesejahteraan. Hindarkanlah kami sekalian dari segala mala petaka dan sifatsifat yang keji. Selamatkanlah kami sekalian dari perselisihan yang boleh membawa perpecahan dan kebinasaan. Anugerahkanlah kepada kami kekuatan dan keupayaan untuk merangka strategi dan dasar negara bagi mencapai kecemerlangan dan kesejahteraan serta matlamat wawasan sebagaimana yang kami cita-citakan.

Doa Pembuka Majlis 2

(Bahasa Melayu/ Rumi)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ 

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ اْلعَلَمِْينَ

وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلىَ أَشْرَفِ الأَنْبِيَآءِ وَالمُرْسَلِينَ

وَعَلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ

رَبَّنَا أَتِنَا فِى الدُّنيَا حَسَنةً

وَفِى الأَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّاِر

سُبحَانَ رَبِّكَ رَبِّ العِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ

وَسَلاَمٌ عَلَى المرُسَلِينَ

وَالحَمدُ للهِ رَبِّ العَلَمِينَ

Ya Allah Ya tuhan kami.
Hanya padamu sahaja kami panjangkan kesyukuran atas segala rahmat dan berkatMu.
Bersempena dengan majlis pada hari ini, kami memohon inayah dan taufikMu. Kurniakanlah kesejahteraan dan kebahagian kepada kami. Bukakanlah hati-hati kami, lapangkanlah dada kami supaya kami dapat mengisi ilmu dan pengetahuan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kami memohon kepada-Mu, agar Engkau berkatilah majlis ini dengan limpahan rahmatMu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayah-Mu.
Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul kerana-Mu Ya Allah
Kami berkumpul untuk menimba ilmu, bertukar pendapat, menyumbangkan buah fikiran, menghubungkan silaturahim, dan memberi sokongan ke arah meningkatkan lagi prestasi jabatan kami.

Ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram,
Kami memohon kekuatan dari hadhrat-Mu Ya Allah, supaya kami yang hadir pada hari ini,
agar kami dapat melaksanakan segala kebajikan
Dan kami pohon perlindungan dengan Engkau daripada melakukan keburukan.
Ya Allah kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahua
dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut.
Serta muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan.

Doa Pembuka Majlis 3

بسم الله الرحمن الرحيم

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن ،وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى اَشْرَفِ الْمُرْسَلِيْن ،

وَعَلَى آلِهِ وَاَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْن

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةٍ وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةٍ وَقِنَا عَذَابًا النَّارِ. وَصَلَّى الله ُعَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَاَصْحَابِهِ وَسَلَّم

 وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن

Ya Allah ya Tuhan kami
Kami ingin merafakkan kesyukuran kepadaMu atas pertemuan kami pada hari ini
Jadikanlah kami hamba-hambaMu ini sentiasa bersyukur terhadap rezeki dan kurniaanMu
Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Memberi

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kami berhimpun hari ini untuk menjayakan majlis (sebutkan nama majlis)
Maka kau permudahkanlah majlis ini supaya ia berjalan dengan lancar
Kami ingin menimba ilmu sebanyak mungkin supaya kami mampu memperkembangkan potensi kami sehingga menjadi hambaMu yang Kau reda Ya Allah
Kurniakanlah ilmu kepada kami
Sinarilah hati-hati kami dengan hidayahMu
Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui

Ya Zal Jalali Wal Ikram
Hadiahkanlah kepada kami kesihatan badan, kecerdasan minda, ketenangan jiwa dan kekuatan semangat
Kami memohon kepada Engkau Ya Allah
Bantulah kami dalam menghadapi segala cabaran
Ringanlah beban kami
Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Berkuasa

Akhir sekali…

Doa-doa tadi, Mama boleh sesuaikan dengan majlis yang berlangsung. Lagipun ada doa yang dibaca dalam bahasa melayu kan. Kalau ada perkataan yang nak diubah pun tak ada masalah. 

Ya lah, mana lah tahu Mama nak ayat yang lain sikit. Tak nak sama ayat macam orang lain. Terserah, lagi seronok tau. Sebab kita dapat susun ayat sesuai dengan perasaan sendiri. Orang kata lagi kena dalam hati. 

Jadi, Mama Siti kira dah tolong Mama lah ni kan. Harap-harap majlis Mama nanti berjalan lancar. Dan Mama Siti doakan semoga lidah dan perkataan Mama mudah nak sebut baris-baris doa tu ya.