KelabMama

Doa Pembuka 12 Pintu Untuk Kewangan, Jodoh, Perniagaan Yang Mustajab!

Jika saat ini Mama rasa menginginkan rezeki tertentu, bacalah doa pembuka 12 pintu agar bertambah mustajab doa yang dipanjatkan.

Bagi orang yang membaca doa pembuka 12 pintu mereka akan dikurniakan rezeki dari sisiNya, terhindar dari musibah, disayangi orang lain, diberikan kefahaman ilmu dan yang paling penting diampunkan Allah SWT.

#1 Doa Pembuka 12 Pintu

اللهُمَّ افْتَحْ لي أبْوَابَ الخَيْرِ وَابْوَابَ السَّلاَمَةِ وَأَبْوَابَ الصَّحَةِ وَأَبْوَابَ النِّعْمَةِ وأَبْوَابَ البَرَكَةِ وَأَبْوَابَ الْقُوَّةِ وَأَبْوَابَ الْمَوَدَّةِ وَأَبْوَابَ الرَّحْمَةِ وَأَبْوَابَ الرِّزْقِ وَأَبْوَابَ الْعِلْمِ وَابْوَابَ الْمُغْفِرَةِ وَأَبْوَابَ الْجَنَّةِ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ

“Allahummaf tahlii abwaabal khoiri, wa abwaaba sholaamati, wa abwaabas shihati, wa abwaaban nia’mati, wa abwaaba barokhati, wa abwaabal quwwati, wa abwaabal, mawaddathi, wa abwaabar rohmati, wa abwaabar rizqi, wa abwaabal ‘ilmi, wa abwaabal maghfirothi, wa abwaabal jannati, yaa arhamar rahimin”

Maksudnya: “Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesehatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu-pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu ampunan dan pintu-pintu syurga. Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang”

#2 Doa Memohon Rezeki yang Halal dan Berkat

اَللهُمَّ اِنِّىْ اَسْأَلُكَ اَنْ تَرْزُقَنِىْ رِزْقًا حَلاَلاً وَاسِعًا طَيِّبًا مِنْ غَيْرِ تَعَبٍ وَلاَمَشَقَّةٍ وَلاَضَيْرٍ وَلاَنَصَبٍ اِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيْرٌ

“Allahumma innii as aluka an tarzuqanii rizqan halaalan waasi’an thayyiban min ghairita’abin wala masyaqqatin walaa dhoirin wa laa nashabin innaka ‘alaa kulli syai in qadiir.”

Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu agar melimpahkan rezeki kepadaku berupa rezeki yang halal, tanpa susah payah, tanpa memberatkan, tanpa membahayakan dan tanpa rasa lelah dalam memperolehnya. Sesungguhnya Engkau berkuasa atas segala sesuatu.”

#3 Doa Memohon Rezeki Yang Melimpah (Surah Sad: 35)

Kredit gambar: Noble Quran Online

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَهَبْ لِيْ مُلْكًا لَّا يَنْۢبَغِيْ لِاَحَدٍ مِّنْۢ بَعْدِيْۚ اِنَّكَ اَنْتَ الْوَهَّابُ

“Rabbighfirlii wahablii mulkan laa yanbaghii li-ahadin min ba’dii, innaka antal wahhab”

Maksudnya: Ya Tuhanku, ampunilah aku dan anugerahkanlah kepadaku kerajaan yang tidak dimiliki oleh siapa pun setelahku. Sungguh, Engkaulah Yang Maha Pemberi

#4 Doa Penarik Rezeki

Kredit gambar: Masterplan Desa

اللهم رَبَّنَآ اَنْزِلْ عَلَيْنَا مَاۤىِٕدَةً مِّنَ السَّمَاۤءِ تَكُوْنُ لَنَا عِيْدًا لِّاَوَّلِنَا وَاٰخِرِنَا وَاٰيَةً مِّنْكَ وَارْزُقْنَا وَاَنْتَ خَيْرُ الرّٰزِقِيْنَ

Allaahumma rabbanaa anzil ‘alainaa maa’idatam minas samaa’i takunu lana ‘iidal li’awwalinaa wa aakhirinaa wa aayatam minka warzuqna wa anta khairur roziqiin.

Maksudnya: “Ya Tuhan kami, turunkanlah kepada kami hidangan dari langit (yang hari turunnya) akan menjadi hari raya bagi kami, iaitu bagi orang-orang yang sekarang bersama kami mahupun yang datang setelah kami dan menjadi tanda bagi kekuasaan Engkau, berilah kami rezeki dan Engkaulah sebaik-baiknya pemberi rezeki.”

#5 Doa Memohon Rezeki oleh Ibnu Umar RA

Kredit gambar: Vecteezy

بِسْمِ اللهِ عَلَى نَفْسِي وَمَالِي وَدِيْنِيْ. اَللَّهُمَّ رَضِّنِيْ بِقَضَائِكَ، وَبَارِكْ لِيْ فِيْمَا قُدِّرَ لِيْ حَتَّى لَا أُحِبَّ تَعْجِيْلَ مَا أَخَّرْتَ وَلَا تَأْخِيْرَ مَا عَجَّلْتَ

Bismillahi ‘ala nafsi wa mali wa dini. Allahumma radhdhini bi qadha ‘ika, wa barik li fima quddira li hatta la uhibba ta ‘jila ma akhkharta, wa la t khira ma ‘ajjalta.

Maksudnya: “Dengan nama Allah yang menguasai diri, harta, dan agamaku. Tuhanku, tenangkan hatiku agar rela menerima ketentuan Mu. Berkatilah aku pada semua yang ditakdirkan untukku sehingga aku enggan menyegerakan apa yang kau tunda dan enggan menunda apa yang kau segerakan.”

Kredit gambar: Pngtree

Berdoalah dengan sungguh-sungguh kerana ada pahala dalam usaha yang kita berikan bagi mencapai sesuatu.

Doa pembuka 12 pintu harus dibaca dengan yakin bahawa Allah mendengar doa-doa kita dan akan mengabulkannya mengikut kemahuan Allah.


Dapatkan lebih banyak tips, cerita dan panduan keagamaan di SINI.