KelabMama

Doa-doa Pelindung Diri Dari Kejahatan Manusia dan Syaitan. No 1 Paling Penting!

Pernah tak Mama bimbang kalau-kalau ada perkara buruk yang mungkin berlaku kepada diri dan keluarga? Bak kata pepatah, ‘rambut sama hitam, hati lain-lain’, di mana kita tak tahu siapa yang betul-betul berniat baik mahupun yang buruk hatinya dengan kita.

Ditambah pula dengan janji syaitan pada awal-awal penciptaan Nabi Adam AS. Syaitan berjanji akan menyesatkan manusia hinggalah hari kiamat. 

Surat Al A’raf, ayat 16-17

قَالَ فَبِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأَقْعُدَنَّ لَهُمْ صِرَاطَكَ الْمُسْتَقِيم

ثُمَّ لَآتِيَنَّهُمْ مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ وَمِنْ خَلْفِهِمْ وَعَنْ أَيْمَانِهِمْ وَعَنْ شَمَائِلِهِمْ وَلَا تَجِدُ أَكْثَرَهُمْ شَاكِرِينَ

Maksudnya:

“Iblis menjawab, kerana Engkau telah menghukumku tersesat, maka aku benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Mu yang lurus. Kemudian aku akan mendatangi mereka dari depan dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur.”

Kebimbangan seperti ini wajar kita ambil peduli kerana kesan terkena kejahatan orang secara fizikal ataupun sihir sangatlah memudaratkan. 

Antara akibat perbuatan menzalimi orang lain ialah merosakkan hubungan kekeluargaan, kehilangan harta dan perniagaan, gangguan kesihatan dan banyak lagi.

Oleh itu, kita hendaklah berikhtiar dengan mengamalkan pendinding melalui doa perlindungan diri seperti di bawah ini. 

Dengan izin Allah SWT, Dia akan mengangkat takdir buruk itu dari menimpa keatas seseorang. 

Senarai Doa Pelindung Diri Yang Boleh Diamalkan Setiap Hari

Kredit gambar: kabar24.bisnis.com

#1 Doa Perlindungan Diri – Solat 5 Waktu Sehari Semalam

Solat ialah ibadah dan di dalamnya terdapat banyak lafaz-lafaz doa yang baik maknanya. 

Cuba Mama perhatikan satu persatu bacaan dalam solat bermula dari takbiratul ihram, Surah Al-Fatihah, duduk antara dua sujud hinggalah tahiyat akhir. 

Selain itu, dengarkan perkongsian dari seorang penyihir dari Rusia dalam satu temubual tentang hubungan umat Islam dengan tuhannya.

#2 Doa Perlindungan Diri – Doa Nabi Yunus 

لَّا إِلَهَ إِلَّا أَنتَ ، سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

La ilaha illa anta, Subhanaka Inni Kuntu Minnaz Zolimin

Maksudnya: “Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang menganiaya diri sendiri”

Seorang bekas dukun di Indonesia berkongsi tentang keadaannya suatu masa dulu ketika sedang menyihir seseorang. Doa Nabi Yunus ternyata membuatkan seluruh badannya kesakitan.

#3 Ayat Kursi

Kredit gambar: amuslima.com 

Ayat kursi juga salah satu dari doa pelindung diri untuk wanita, lelaki dan anak-anak. Kelebihan membaca ayat kursi ialah memelihara seseorang dari dia mulai tidur hinggalah ke waktu pagi.

Nabi Muhammad SAW bersabda, “Apabila engkau mendatangi tempat tidur (di malam hari), bacalah Ayat Kursi, niscaya Allah akan senantiasa menjagamu dan syaitan tidak akan mendekatimu hingga waktu pagi” 

(Hadis Riwayat Al Bukhari)

#4 Al-Mathurat 

Risalah Al-Mathurat ialah susunan dari Imam Hasan Al-Banna yang didalamnya terdapat banyak doa-doa perlindungan dari kejahatan manusia dan jin. 

Baik sebenarnya untuk Mama dan seisi keluarga mengamalkan Al-Makthurat setiap hari di waktu pagi dan petang. Bagi Mama yang sedang haid, jangan khuatir kerana Mama masih boleh membacanya sebagai perlindungan diri. 

Pagi-pagi dalam kereta nak ke pejabat dan semasa dalam perjalanan pulang tu, bolehlah pasangkan Al-Mathurat ini. Lama-lama, boleh hafal dengan sendirinya.

#5 3 Qul (Surah ‘Mu’awwidzatain)

Kredit gambar: tafsiralquran.id

#6 Surah Al-Baqarah

Menurut Almarhum Datuk Seri Abu Hassan Din Al Hafiz, ulama dan pendakwah agama berkata bahawa baginda Nabi SAW bersabda dengan makna sihir dan santau akan terhalang jika seseorang membaca ayat-ayat dari surah Al-Baqarah.

#7 Surah Al-Mu’minun, ayat 97-98

وَقُل رَّبِّ أَعُوذُ بِكَ مِنْ هَمَزَٰتِ ٱلشَّيَـٰطِينِ (٩٧)

وَأَعُوذُ بِكَ رَبِّ أَن يَحْضُرُونِ (٩٨)

‘Wa qur Rabbi a’oozu bika min hamazaatish Shayaateen’
Wa a’oozu bika Rabbi ai-yahduroon’

Maksudnya:

97. Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari hasutan Syaitan-syaitan

98. “Dan aku berlindung kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya Syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku”

#8 Surah Yassin, ayat 9

Dato Ayob Khan, Ketua Polis Johor memberitahu antara cara dia melindungi diri dari perkara-perkara mistik adalah dengan mengamalkan Surah Yassin, ayat 9.

Dah Amalkan Semuanya Tapi Masih Terkena Sihir?

Ketahuilah Mama dan Papa, sesungguhnya tidak ada perkara yang berlaku tanpa izin Allah SWT. Tentang kenapakah Dia masih mengizinkan perkara buruk berlaku itu berlaku masih diluar pengetahuan manusia

Lagi pula, ilmu manusia ini terbatas. Hanya Allah yang tahu asbab dari sesuatu perkara itu berlaku. Bersangka baik dengan Allah dan yakin dia memberikan hikmah dari kejadian itu.

Dan kita sebagai seorang Muslim, kita patut terus melakukan ibadah yang disuruh Allah SWT iaitu solat dan membaca al-quran supaya sentiasa diredhai dan dilindungiNya.

Kredit gambar: amirraizat / Shutterstock.com

Doa pelindungan diri ini sangat penting untuk kita amalkan sebagai pendinding dari kejahatan manusia dan tipu daya syaitan. 

Kerisauan itu, wajar untuk kita takuti kerana syaitan sendiri telah berjanji dengan Allah untuk memporak perandakan hidup anak Adam AS. Perjanjian itu pula telah direkodkan dalam Surah Al-A’raf ayat 16 dan 17.

Kelapan-lapan doa pelindung diri yang Mama Siti kongsikan kali ini diambil dari rujukan dari berbagai sumber yang dipercayai. 

Namun begitu, semuanya terserah di tangan Allah. Allah lah yang mentakdirkan setiap perkara yang berlaku di dunia. Banyakkan berdoa semoga Allah memberikan kita takdir yang baik untuk diri dan keluarga. 


Tingkatkan amal ibadah lain dengan panduan dan bacaan yang betul seperti dikongsikan DI SINI.