KelabMama

Menjemput Rezeki, Perlindungan dan Dipermudahkan Urusan dengan Doa Pagi Hari

Waktu pagi ialah permulaan hari baru. Satu tempoh waktu yang menyimpan jutaan misteri tentang apa yang akan berlaku di sebelah petang dan malamnya.

Disebabkan ilmu pengetahuan manusia itu terbatas maka di waktu pagi lah kita mengumpulkan harapan dan permintaan agar tuhan mentakdirkan hal-hal yang baik kepada hambaNya.

Jangan lah kesal sekiranya ada kejadian kurang senang menurut Mama kerana di sisi Allah, itu baik dan membawa hikmah yang masih belum kita fahami.

Kredit gambar: Freepik

وَيَسْـَٔلُوْنَكَ عَنِ الرُّوْحِۗ قُلِ الرُّوْحُ مِنْ اَمْرِ رَبِّيْ وَمَآ اُوْتِيْتُمْ مِّنَ الْعِلْمِ اِلَّا قَلِيْلً

Surah Al-Isra`: ayat 85

Maksudnya: Dan mereka bertanya kepadamu (Muhammad) tentang ruh. Katakanlah, “Ruh itu termasuk urusan Tuhanku, sedangkan kamu diberi pengetahuan hanya sedikit

Doa Pagi Hari (Pekerjaan, Perniagaan dan Kemudahan Urusan)

#1 Doa Sunnah Rasulullah SAW (Memohon Reda Allah SWT)

Abu Hurairah RA meriwayatkan sejumlah doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW yang dibaca ketika pagi hari sebagaimana dikutip oleh Imam An-Nawawi, Al-Adzkar

اَللَّهُمَّ بِكَ أَصْبَحْنَا وَبِكَ أَمْسَيْنَا، وَبِكَ نَحْيَا، وَبِكَ نَمُوْتُ، وَإِلَيْكَ النُّشُوْرُ

‘Allāhumma bika ashbahnā, wa bika amsainā, wa bika nahyā, wa bika namūtu, wa ilaikan nusyūru’

Maksudnya: Ya Allah, denganMu aku berpagi hari, denganMu aku berpetang hari, denganMu kami hidup, denganMu kami mati. Hanya kepadaMu (kami) kembali.

(Hadis Riwayat Abu Dawud, At-Tirmidzi, Ibnu Majah dan lainnya)

#2 Doa Sunnah Rasulullah SAW (Dihindari Sifat Malas)

Kredit gambar: Freepik

Diriwayatkan oleh sahabat Ibnu Mas‘ud dalam Sahih Muslim;

أَصْبَحْنَا وَأَصْبَحَ الملْكُ للهِ، وَالحَمْدُ للهِ، لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ لَهُ الملْكُ وَلَهُ الحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ، رَبِّ أَسْأَلُكَ خَيْرَ مَا فِي هَذِهِ اللَّيْلَةِ وَخَيْرَ مَا بَعْدَهَا وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا فِي هَذِهِ اللَيْلَةِ وَشَرِّ مَا بَعْدَهَا، رَبِّ أَعُوذُ بِكَ مِنَ الكَسْلِ وَسُوْءِ الكِبَرِ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابٍ فِي النَّارِ وَعَذَابٍ فِي القَبْرِ

‘Ashbahnā wa asbahal mulku lillāhi wal hamdu lillāhi, lā ilāha illallāhu wahdahū lā syarīka lah, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘alā kulli syai‘in qadīr. Rabbi, as’aluka khaira mā fī hādzihil lailata wa khaira mā ba‘dahā, wa a‘ūdzu bika min syarri mā fī hādzihil lailata wa khaira mā ba‘dahā. Rabbi, a‘ūdzu bika minal kasli wa sū’il kibari. A‘ūdzu bika min ‘adzābin fin nāri wa ‘adzābin dil qabri’

Maksudnya: Kami dan kuasa Allah berpagi hari. Segala puji bagi Allah. Tiada tuhan selain Allah yang maha esa, tiada sekutu bagiNya. BagiNya segala kuasa dan puji. Dia kuasa atas segala sesuatu. Tuhanku, aku memohon kepadaMu kebaikan malam ini dan malam sesudahnya. Aku memohon perlindunganMu kejahatan malam ini dan malam sesudahnya. Tuhanku, aku memohon perlindunganMu dari kemalasan dan kedaifan masa tua. Aku memohon perlindunganMu dari siksa neraka dan siksa kubur.

#3 Doa di Pagi Hari (Memohon Keberkatan dan Dipermudahkan Rezeki)

Kredit gambar: detik.com

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً

‘Allahumma inni as aluka ‘ilman naafi’aa wa rizqan toyyibaa wa ‘amalan mutaqabbalaa’

Maksudnya: Ya Allah, sungguh aku memohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amal yang diterima

(Hadis Riwayat  Ibnu As-Sunni dan Ibnu Majah)

#4 Doa di Pagi Hari (Memohon Perlindungan dari Nafsu Yang Buruk dan Godaan Syaitan)

Kredit gambar: Depositphotos

اللَّهُمَّ فَاطِرَ السَمَوَاتِ وَالأَرْضِ، عَالِمَ الغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ رَبَّ كُلِّ شَيْءٍ وَمَلِيْكَهُ، أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ نَفْسِيْ وَشَرِّ الشَّيْطَانِ وَشِرْكِهِ

Allāhumma fāthiras smāwāti wal ardhi, ‘ālimal ghaibi was syahādah, rabba kulli syai’in wa malīkah, asyhadi an lā ilāha illā anta. A‘ūdzu bika min syarri nafsī wa syarris syathāni wa syirkih.

Maksudnya: Tuhanku, pencipta langit dan bumi, yang mengetahui hal yang ghaib dan nyata, tuhan dan penguasa segala sesuatu. Aku bersaksi tiada tuhan selain Kau. Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan nafsuku, kejahatan setan dan sekutunya 

(HR Abu Dawud dan At-Tirmidzi)

#5 Doa Pagi Sebelum Bekerja (Mohon Perlindungan dan Kebaikan)

Kredit gambar: Freepik

اَللّٰهمﱠ إِنِّي اَسْئَلُكَ مِنْ خَيْرِ هٰذَا الْعَمَلِ وَخَيْرِ مَا فِيْهِ * وَأَعُوْذُ بِكَ منْ شَرِّ هٰذَا الْعَمَلِ وَشَرِّ مَا فِيْهِ * إِنَّكَ عَلٰى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ

‘Allahumma innii as’aluka min khairi hadzal amali wa khairi maa fiihi, wa’audzubika min syarri haadzal amali wasyarri maa fiihi innaka ‘ala kulli syai in qodir’

Maksudnya: Ya Allah, aku memohon padaMu kebaikan pekerjaan ini dan segala kebaikan yang ada di dalamnya, dan aku berlindung padaMu daripada keburukan pekerjaan ini dan segala keburukan yang ada di dalamnya. Sesungguhnya di atas segala sesuatu itu Engkaulah yang maha berkuasa menentukannya

Amalan Rasulullah SAW di Pagi Hari

Kredit gabar: islamonline.net

Selain berdoa memohon keberkatan, dipermudahkan proses mencari rezeki dan perlindungan daripada Allah SWT. Nabi SAW juga ada menggariskan beberapa amalan setiap kali bangun dari tidur di waktu pagi.

Pertama, membaca doa bangun tidur.

الحمد لله الذي أحيانا بعدما أماتنا وإليه النشور

‘Alhamdulillah hil Ladzi Ahyana Amatana Wa Ilaihin Nusyur’

Maksudnya: Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah mematikan kami, dan kepadaNya lah tempat kembali
(Hadis Riwayat Bukhari)

Kedua, membasuh tangan.

Rasullulah SAW bersabda;

“Jika salah seorang dari kalian berwudhu hendaklah dengan memasukkan air ke dalam hidung, barangsiapa beristinja’ dengan batu hendaklah dengan bilangan ganjil. Dan jika salah seorang dari kalian bangun dari tidurnya, hendaklah membasuh kedua tapak tangannya sebelum memasukkannya dalam bekas air wuduknya, sebab salah seorang dari kalian tidak tahu ke mana tangannya bermalam”
(Hadis Riwayat Bukhari)

Ketiga, mencuci hidung.

Rasullulah SAW bersabda;

“Apabila salah seorang dari kalian bangun dari tidurnya maka hendaklah dia beristintsar (mengeluarkan air dari hidung) tiga kali, kerana syaitan bermalam di batang hidungnya.”
(Hadis Riwayat Muslim)

Waktu pagi hendaklah kita manfaatkan sebaik yang mungkin. Di waktu inilah kita meminta pertolongan, perlindungan dan kemudahan dalam perkara yang berlaku.

Selain berdoa, ada juga amalan sunnah yang diajarkan Rasullulah SAW apabila bangun tidur di waktu pagi.

Semoga dengan usaha kita nerdoa, berharap dan beramal dengan sunnah baginda dapat mendekatkan diri kepada Allah. Sekaligus membuka pintu rezeki seluas-luasnya.


Tingkatkan amal ibadah lain dengan panduan dan bacaan yang betul seperti dikongsikan DI SINI.