KelabMama

Doa Nabi Sulaiman: Doa Memohon Kemewahan Tanpa Batasan

Nabi Sulaiman satu-satunya nabi yang ada kebolehan bercakap dengan jin dan haiwan. Kalau Mama pernah dengar, ada satu gelaran dikaitkan dengan baginda iaitu ‘Raja Segala Makhluk’.

Kekuasaan yang Allah SWT berikan kepada baginda sangatlah hebat hingga baginda diberikan mukjizat berbicara dengan semut dan burung, memerintah bangsa jin bahkan boleh menundukkan angin. 

Kisah Nabi Sulaiman ada dibuatkan lagu yang bertajuk Balqis dari kumpulan nasyid UNIC.

Secara ringkasnya baginda berdakwah kepada Ratu Balqis agar menyembah Allah sebagai satu-satunya tuhan yang benar. Pada masa itu, rakyat di negeri Saba’ menyembah matahari.

Dipendekkan cerita Ratu Balqis dan rakyatnya menyerahkan diri kepada Nabi Sulaiman kerana satu pesanan; 

“Kembalilah kepada mereka, (jika mereka tidak juga mahu beriman) maka demi sesungguhnya Kami akan mendatangi mereka dengan angkatan tentera yang mereka tidak terdaya menentangnya, dan kami akan mengeluarkan mereka dari negeri Saba’ dengan keadaan hina, menjadi orang-orang tawanan”

(An-Naml:37)

Sepanjang menjadi pemerintah, baginda ada membaca beberapa doa. Doa-doa itu ada direkodkan dalam Al-Quran serta menjadi amalan umat Islam hari ini. 

Mari kita lihat, apa doa tersebut serta kelebihannya.

Doa Nabi Sulaiman Dari Al-Quran

#1 Doa Menundukkan Haiwan dan Jin

Kredit gambar: UMMA

أَلَّا تَعْلُوا۟ عَلَىَّ وَأْتُونِى مُسْلِمِينَ

Allā ta’lụ ‘alayya wa`tụnī muslimīn

Maksudnya: Bahwa janganlah kamu sekalian berlaku sombong terhadapku dan datanglah kepadaku sebagai orang-orang yang berserah diri. 

(An Naml: 31)

#2 Doa Kekayaan dan Kejayaan

Kredit gambar: Metrosulawesi

قَالَ رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَهَبْ لِيْ مُلْكًا لَّا يَنْۢبَغِيْ لِاَحَدٍ مِّنْۢ بَعْدِيْۚ اِنَّكَ اَنْتَ الْوَهَّابُ

Qāla rabbigfir lī wa hab lī mulkal lā yambagī li`aḥadim mim ba’dī, innaka antal-wahhāb

Maksudnya: Ya Tuhanku, ampunilah aku dan anugerahkanlah kepadaku kerajaan yang tidak dimiliki oleh seorang jua pun sesudahku, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pemberi. 

(Shad: 35)

Nabi Sulaiman pernah buat tiga permohonan. Salah satu permintaan itu ialah tidak akan ada orang lain yang diberikan kekayaan seperti mana baginda. 

Hikmah buat kita yang membaca doa ini ialah meminta kelancaran rezeki daripada Allah SWT. dalam hidup manusia, tidak ada yang boleh berlaku melainkan dengan izin Allah. 

Kita berdoa agar, Allah bukakan jalan kita mencari rezeki. Macam dalam pepatah Arab tu ‘siapa berusaha, dia berjaya’

#3 Doa Mensyukuri Nikmat

وَلَقَدْ ءَاتَيْنَا دَاوُۥدَ وَسُلَيْمَٰنَ عِلْمًا ۖ وَقَالَا ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ ٱلَّذِى فَضَّلَنَا عَلَىٰ كَثِيرٍ مِّنْ عِبَادِهِ ٱلْمُؤْمِنِينَ

Wa laqad ātainā dāwụda wa sulaimāna ‘ilmā, wa qālal-ḥamdu lillāhillażī faḍḍalanā ‘alā kaṡīrim min ‘ibādihil-mu`minīn

Maksudnya: Dan sesungguhnya Kami telah memberi ilmu kepada Daud dan Sulaiman; dan keduanya mengucapkan: “Segala puji bagi Allah yang melebihkan kami dari kebanyakan hamba-hambanya yang beriman”

(An Naml: 15)

Kita kena sedar, segala kesenangan, kesihatan dan kemewahan yang ada hari ini ialah kerana rahmat kasih sayang Allah. 

Penting untuk kita selalu ingatkan diri sendiri supaya selalu berterima kasih dekat Allah. Kita tak nak jadi manusia yang sombong dan bongkak dengan harta dunia. 

Jangan pernah lupa, apa yang datang dari Allah akan kembali juga kepada Allah SWT.

Kredit gambar: iNews.id

Begitulah Allah mengatur mukjizat bagi Nabi Sulaiman. Akal yang Allah kurniakan digunakan sebaiknya untuk bersyukur dengan rezeki yang diberikan. 

Doa-doa yang diajarkan baginda sangat elok susunannya. Pertama, kita minta tuhan bagi kekayaan. Selepas itu, kita ucap terima kasih dekat Allah sebab izinkan kita menikmati rezeki itu. 

Tuhan itu baik dan Dia tepat seperti sangkaan hambaNya. Mama Siti nak menyeru Mama semua supaya mengambil iktibar kisah Nabi Sulaiman dan amalkan doa-doa baginda. 

Insya allah, Allah limpahkan rezeki buat kita semua. Amin 


Tingkatkan amal ibadah lain dengan panduan dan bacaan yang betul seperti dikongsikan DI SINI.