KelabMama

Koleksi Doa Nabi Daud Dalam Melembutkan Hati Dan Merdukan Suara – Rumi dan Arab

Nabi Daud AS ialah seorang berjiwa pejuang dan pemberani melawan Jalut walaupun ketika itu baginda masih kecil lagi. 

Oleh kerana itu, Allah SWT mengurniakan mukjizat kepadanya melalui kemampuan melembutkan besi, membuat baju besi untuk peperangan dan juga alunan suara yang merdu. 

Doa-doa Nabi Daud boleh diamalkan hingga ke hari ini mengikut niat dan kesesuaian keadaan Mama.  

Koleksi Doa Nabi Daud AS 

#1 Doa Melembutkan Hati 

اللَّهُمَّ لَيْنْ لي قَلْبَهُ لَيْنْتَ لِدَاوُدَ الْحَدِيد

Allahumma laiyinli qalbahu, laiyinta li Daudal hadid

Maksudnya: Ya Allah, lembutkanlah hatinya sebagaimana Engkau melembutkan Daud (akan) besi

#2 Doa Nabi Daud Melembutkan Hati

(Surah as-Saba, ayat 10)

وَلَقَدْ اٰتَيْنَا دَاوٗدَ مِنَّا فَضْلًاۗ يٰجِبَالُ اَوِّبِيْ مَعَهٗ وَالطَّيْرَ ۚوَاَلَنَّا لَهُ الْحَدِيْدَۙ

Walaqod aataynaa dauuda minnaa fadhlaa, yaajibaalu awwabii ma a’hu wattoyiro, waalannaa lahulhadiid

Maksudnya: Dan sungguh, Telah Kami berikan kepada Daud kurnia dari Kami. (Kami berfirman), “Wahai gunung-gunung dan burung-burung! Bertasbihlah berulang-ulang bersama Daud,” dan Kami telah melunakkan besi untuknya.

#3 Doa Mohon Suara Merdu

 اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَلْكَ صَوْتًا خَفِيْفًا قَوِيًّا وَسَدِيدًا كَصَوْتِ دَاوُدَ عَلَيْهِ السَّلَامُ

Alloohumma innii as-aluka shoutan khofiifan qowiyyan wa sadiidan kashouti Dauda ‘alaihissalaam.

Maksudnya: Ya Allah, aku memohon kepada-Mu suara yang ringan, kuat, dan merdu,seperti suara Nabi Daud a.s.

#4 Doa Nabi Daud Untuk Meluluhkan Hati

اللَّهُمَّ إِنَّكَ أَنْتَ الْعَزِيْزُ الْكَبِيْرُ وَأَنَا عَبْدُكَ الضَّعِيْفُ الذَّلِيْلُ الَّذِيْ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِكَ، اللَّهُمَّ سَخِّرْ لِيْ كَمَا سَخَّرْتَ فِرْعَوْنَ لِمُوْسَى وَلَيِّنْ لِيْ قَلْبَهُ كَمَا لَيَّنْتَ الْحَدِيْدَ لِدَاوُدَ فَإِنَّهُ لَا يَنْطِقُ إِلَّا بِإِذْنِكَ نَاصِيَتُهُ فِيْ قَبْضَتِكَ وَقَلْبُهُ فِيْ يَدِكَ جَلَّ ثَناَءُ وَجْهِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Allaahumma innaka antal azizul kabir. Wa anaa abduka adhdhoiifudzdzaliil. Alladzii laa haula wa laa quwwata illaa bika. Allaahumma sakhkhir lii (sebut nama orang dimaksud) kama sakhkhorta firauna li musa. Wa layyin li qolbahuu kama layyantalhadiida li dawuda. Fa innahu la yantiqu illa bi idznika. Nashiyatuhuu fii qobdhatika. Wa qolbuhuu fi yadiKka. Jalla tsanau wajhik. ya arkhamar rakhimiin.

Maksudnya: Ya Allah, sungguh Engkau Maha Mulia Maha Besar. Sementara aku hamba-Mu yang sangat hina dina. Tiada upaya dan kekuatan kecuali karena Engkau. Ya Allah, tundukkanlah (sebut nama orang yang dimaksud) padaku, sebagaimana Engkau telah menundukkan Fir’aun pada Musa a.s. Dan luluhkan hatinya untukku, sebagaimana Engkau telah meluluhkan besi untuk Daud a.s. karena sungguh dia takkan berbicara kecuali dengan izin-Mu. Ubun-ubunnya dalam genggaman-Mu, dan hatinya di tangan-Mu. Pujian wajah-Mu telah Agung, wahai yang lebih sayang para penyayang.

#5 Doa Tentang Cinta 

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ حُبَّكَ وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ وَالْعَمَلَ الَّذِي يُبَلِّغُنِي حُبَّكَ اللَّهُمَّ اجْعَلْ حُبَّكَ أَحَبَّ إِلَيَّ مِنْ نَفْسِي وَأَهْلِي وَمِنْ الْمَاءِ الْبَارِدِ

Allahumma inni as-aluka hubbaka wa Hubba man yuhibbuka, wa ‘amalalladzii yuballighunii hubbaka. Allahummaj’al hubbaka ahabba ilayya min nafsii wa ahlii wa minal maa’il baarid

“Ya Allah, sesungguhnya aku meminta kepadaMu cintaMu, dan cinta orang-orang yang mencintaiMu, dan aku memohon kepadaMu, perbuatan yang dapat menghantarkan aku kepada cintaMu. Ya Allah, jadikanlah cintaMu lebih aku cintai daripada diriku, keluargaku, serta air dingin”.

Kredit gambar: Klopmart

Begitulah bagaimana Allah SWT menganugerahkan kelebihan kepada utusanNya semasa di dunia. Nabi Daus AS ialah bukti bahawa Allah itu berkuasa dan Dia berkehendak memberi mukjizat kepada individu yang terpilih. 

Ayuh kita amalkan doa-doa Nabi Daud AS agar sentiasa dalam pertolongan Allah SWT.  


Untuk lebih banyak tips amalan dan doa klik SINI.