KelabMama

Cara Amal Doa Melupakan Seseorang Dengan Berkesan

doa melupakan seseorang

Kredit gambar : bincangmuslimah.com

Perkara paling ingin kita lakukan adalah melupakan seseorang yang telah melukakan hati dan dalam islam juga terdapat doa melupakan seseorang yang boleh kita amalkan. Proses melupakan seseorang sudah pasti bukanlah sesuatu perkara yang mudah.

Perasaan dalam hati yang sering berkecamuk, rasa sedih melampau, gundah gelana, gelisah, tidak tenang, dan merasa amat sulit untuk melupakan adalah sesuatu yang amat menyakitkan.

Walau bagaimanapun, sebagai umat Islam, sebaiknya kita mengadukan segala keluh kesah dan mengharapkan pertolongan hanya daripada Allah iaitu melalui doa. Allah Ta’ala berfirman:

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

Maksudnya:

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku. Maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”

(QS. Al Baqarah: 186)

Senarai Pilihan Doa Melupakan Seseorang

Kredit gambar : portalmaluku.pikiran-rakyat.com

Berikut merupakan beberapa doa yang dapat dibaca untuk memohon pertolongan kepada Allah SWT supaya kita mampu melupakan seseorang dalam hidup kita. Antara adalah:

#1. Doa Melupakan Seseorang dan Diberi Ketetapan Hati

Untuk melupakan seseorang yang kita cintai tentu tidak mudah dan sering kali mengalami kegagalan, seperti jatuh cinta semula apabila seseorang tersebut kembali bersikap baik dengan kita. Ini berlaku kerana hati mudah berbolak balik. Jadi dalam proses melupakan seseorang, kita boleh membaca doa berikut untuk menjaga ketetapan hati.

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ

Ya muqallibal qulub tsabbit qalbi ‘ala dinika

Maksudnya:

“Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu”

(HR al-Nasai’)

Setelah anda membaca doa di atas, sambung dengan bacaan doa ini:

رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ

Rabbana la tuzigh qulubana ba’da idz hadaitana wahablana min ladunka rahmatan innaka anta-l-wahhab

Maksudnya:

“Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau: kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi (kurnia)”.

(Surah Ali Imran)

#2. Doa Memohon Hati Terarah Kepada Ketaatan Agama

Sebuah doa yang boleh dibaca sebagai ikhtiar untuk membantu kita melupakan seseorang, yang pernah diajar oleh Rasulullah sendiri ialah:

اللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ صَرِّفْ قُلُوبَنَا إِلَى طَاعَتِكَ

Allahumma, musharrifal qulub sharrif qulubana ila tha’atika

Maksudnya:

“Ya Allah, Dzat yang mengurus seluruh hati, arahkanlah hati kami terhadap ketaatan kepada-Mu”.

(HR. Muslim)

Rasulullah SAW memang tidak mengkhususkan doa tersebut untuk tujuan melupakan seseorang, tapi untuk semua hal yang berkenaan dengan hati dan sudah tidak mampu dikendalikan, maka perbanyaklah membacanya.

#3. Doa Supaya Diberi Ketabahan dan Tidak Berputus Asa

Oleh kerana hati mudah goyah dan berubah-ubah, supaya proses melupakan seseorang dapat dilakukan dengan lancar, adalah lebih baik kita panjatkan juga doa memohon agar diberikan rasa tabah jika mengalami kegagalan. Doanya adalah seperti berikut:

قدَّرَ اللهُ وَمَا شَاءَ َفعَلَ

Qaddarallahu wa ma sya-a fa’ala

Maksudnya:

“Allah telah menentukan takdirnya dan Allah berbuat apa saja yang Dia kehendaki.”

#4. Doa Memohon Ketenangan Hati

Sewaktu kita berusaha untuk melupakan seseorang, sering kali kita merasakan hal-hal negatif seperti sedih, cemas, dan risau yang berlebihan. Bagi membuat semua perkara negatif tersebut hilang dari fikiran anda, mohon pertolongan berterusan dari Allah. Bacalah doa ini agar hati tetap tenang:

اَللَّهُمَّ اِنِّى اَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَاَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّ جَالِ

Allahumma inni a’uuzubika minal hammi wal hazan. wa a’udzubika minal ajzi wal kasali, wa a’udzubika minal jubni wal bukhli, wa a’udzubika min ghalabatid daini wa qahrir rijaal.

Maksudnya:

“Ya Tuhanku, aku berlindung kepada-Mu dari rasa sedih serta duka cita ataupun kecemasan, dari rasa lemah serta kelemahan, dari kebakhilan serta sifat pengecut, dan beban utang serta tekanan orang-orang jahat”.

#5. Doa Melupakan Seseorang

Antara doa yang boleh dijadikan pilihan dalam usaha untuk melupakan seseorang ialah:

يَمْحُو اللّهُ مَا يَشَاءُ وَيُثْبِتُ وَعِندَهُ أُمُّ الْكِتَابِ

Yamhu Allohu Maa Yastau Wa Yasbitu, Wa Indahu, Ummulkitab

Maksudnya:

“Allah menghapuskan apa jua yang dikehendaki-Nya, dan menetapkan apa jua yang dikehendaki-Nya. Dan pada sisiNya ada Ummul Kitab iaitu Lauhul Mahfuzh”.

(Surah Ar-Ra’d Ayat 39)

Waktu dan Adab Berdoa

Kredit gambar : telisik.id

Sewaktu kita diuji dengan ujian perasaan, kita sering melakukan perkara-perkara yang tidak wajar di mana dirasakan akan membantu kita menangani ujian tersebut.

Sedangkan sepatutnya, apabila kita didatangkan ujian dalam hidup kita, perkara pertama yang seharusnya kita lakukan adalah berdoa memohon keampunan dan pertolongan daripada Allah.

Hal ini kerana sesungguhnya, yang memegang hati manusia ialah Allah S.W.T. Namun, kita sering terlupa dan menyangka bahawa hati kita ini adalah dalam kawalan kita.

Oleh sebab itu, sentiasalah berdoa memohon pertolongan daripada-Nya. Selain itu, amalkan juga doa taubat di sini untuk memohon keampunan daripada Allah S.W.T.


Tingkatkan amal ibadah lain dengan panduan dan bacaan yang betul seperti dikongsikan DI SINI.