KelabMama

Doa Mathurat: Mama, Amalkannya Setiap Pagi & Petang, Rasai Perubahan Positif Dalam Kehidupan Kita

Kredit gambar: Aiman Khair / Shutterstock.com

Doa mathurat merupakan zikir dan wirid yang selalu diamalkan oleh baginda Nabi Muhammad S.A.W dan kemudiannya diajarkan kepada para sahabat, tabi’in, tabi’ at-tabi’in, dan as-salaf as-salih di sepanjang hayat baginda yang dinamakan sebagai al-Azkar Wa al-Aurad al-Ma’thurat iaitu zikir-zikir dan wirid Rasulullah SAW yang merupakan syariat serta sunnah Rasulullah SAW yang perlu diikut oleh semua umat islam.

Al-Mathurat yang berasal daripada perkataan Arab disebut sebagai “mathur” yang membawa maksud diambil daripada Al-Quran dan Hadis. Ia merupakan satu himpunan zikir dan wirid yang diambil daripada Rasulullah S.A.W dan telah disusun oleh Imam Hassan Al Banna berdasarkan dalil-dalil yang sahih.

Kelebihan Membaca Al-Mathurat

Antara kelebihan-kelebihan jika mengamalkan doa mathurat adalah seperti berikut:

  1. Menghalau syaitan daripada menghampiri dan mengganggu diri.
  2. Mendekatkan diri dengan Allah dan Allah akan ingat kepada hambanya seperti dalam firman-Nya iaitu:

“Maka ingatlah kepadaku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku”.

(Surah Al-Baqarah ayat 152)

Dalam Hadis Qudsi iaitu:

“Aku bersama hambaku yang mengingati-Ku”.

(Sahih Al-Bukhari)

3. Memupuk rasa syukur dan bertambah kecintaan kepada Allah S.W.T.
4. Membersihkan hati yang kotor.
5. Allah akan mencukupkan segala keperluan serta urusan hidup di dunia dan juga akhirat.

Mama Siti mula ‘mengenali’ Al-Mathurat ni semasa zaman belajar di sekolah berasrama. Setiap petang sementara menunggu Maghrib, para pelajar akan mula membacanya beramai-ramai.

Bila dah dewasa ni baru sedar kepentingan dan manfaatnya!

Waktu Terbaik Untuk Baca Doa Mathurat

Cara Membaca Doa Mathurat Yang Ringkas

#1. Mulakan dengan bacaan Al-Fatihah.

Kredit gambar : akuislam.com

Maksudnya:

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat“.

#2. Kemudian dengan surah al-Baqarah ayat 1 hingga 5.

Kredit gambar : akuislam.com

Maksudnya:

Alif, Laam, Miim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa; Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab “Al-Quran” yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya“.

#3. Sambung bacaan dengan Ayatul Kursi (Surah al-Baqarah ayat 255)

Kredit gambar : akuislam.com

Maksudnya:

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)“.

#4. Kemudian baca surah al-Baqarah ayat 256

Kredit gambar : akuislam.com

Maksudnya:

Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui“.

#5. Sambung surah al-Baqarah ayat 257

Kredit gambar : akuislam.com

Maksudnya:

Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya“.

#6. Kemudian sambung lagi dengan surah al-Baqarah ayat 284

Kredit gambar : akuislam.com

Maksudnya:

Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu memyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu“.

#7. Kemudian disambung surah al-Baqarah ayat 285

Kredit gambar : akuislam.com

Maksudnya:

Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): “Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya”. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali”.

#8. Kemudian disambung surah al-Baqarah ayat 286

Kredit gambar : akuislam.com

Maksudnya:

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir“.

#9. Kemudian bacaan al-Mathurat disambung surah al-Ikhlas ayat 1 – 4

Kredit gambar : daitoryo-movie.com

#10. Kemudian bacaan al-Mathurat disambung dengan surah al-Falaq

Kredit gambar : akuislam.com

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad) :”ku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, “Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan : “Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk :”Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan): “Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya“.

#11. Kemudian disambung pula surah an-Nas ayat 1 – 6

Kredit gambar : akuislam.com

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. “Yang Menguasai sekalian manusia, “Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, “Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, -“Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, – “(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia“.

#12. Kemudian bacaan al-Mathurat ini disambung dengan doa pujian kepada Allah S.W.T

Kredit gambar : akuislam.com

Maksudnya :

Sesungguhnya kami terjaga di pagi hari (di petang hari) dengan (kesedaran bahawa) Kerajaan (bumi dan segala isinya) ini seluruhnya adalah milik Allah. Dan segala puji bagi Allah, tiada sekutu bagi-Nya tiada Tuhan selain Dia dan kepada-Nya kami akan dibangkitkan“. (3x)

#13. Kemudian sambung doa untuk teguhkan pendirian dalam Islam

Kredit gambar : akuislam.com

Maksudnya :

Kami terjaga di pagi hari (petang hari) dalam fitrah Islam, dan kalimah ikhlas dan dalam agama nabi kami, Muhammad SAW, dan dalam millah (ajaran) bapa kami Ibrahim yang hanif (lurus) sedang dia bukan orang musyrik“.

*Apabila dibaca pada waktu petang, perkataan Asbahna diganti dengan Amsainaa

#14. Kemudian al-Mathurat disambung dengan membacakan doa untuk mensyukuri nikmat

Kredit gambar : akuislam.com

Maksudnya :

Ya Allah, aku terjaga pada pagi dan petang dalam nikmat Mu, afiat (keselamatan dari mara bencana), dan terjaganya rahsia-rahsia (dosa-dosa) ku, maka sempurnakan nikmat-Mu, afiat-Mu dan penjagaan-Mu itu di atasku, di dunia dan akhirat“. (3x)

*Apabila dibaca pada waktu petang, perkataan AshbahTu diganti dengan Amsaytu

#15. Kemudian sambung pengakuan segala nikmat dari Allah

Kredit gambar : akuislam.com

*Apabila dibaca pada waktu petang, perkataan Ma Aṣbaḥa diganti dengan Ma Amsa

Maksudnya:

Ya Allah, tidaklah aku pada waktu pagi dan petang dengan nikmat apa yang aku peroleh dan diperoleh seseorang di antara makhluk-Mu adalah dari-Mu, yang Esa dan tidak bersekutu, maka bagi-Mu segala puji dan syukur“.

#16. Kemudian sambung dengan kata pujian bagi Allah S.W.T

Kredit gambar : akuislam.com

Maksudnya :

Ya Allah, bagi-Mu segala puji seagung kemuliaan wajah- Mu dan kebesaran kekuasaan-Mu“.

#17. Kemudian al-Mathurat disambung dengan bacaan ikrar

Kredit gambar : akuislam.com

Maksudnya :

Aku telah redha dengan Allah sebagai Tuhanku, dan dengan Islam sebagai agamaku dan dengan Muhammad sebagai nabi dan rasulku“. (3x)

#18. Kemudian sambung dengan bertasbih kepada Allah

Kredit gambar : akuislam.com

Subḥanallahi Wa Bi Ḥamdihi, ‘Adada Khalqihi Wa Riḍha Nafsihi Wa Zinata ‘ArshiHii Wa MidaaDa Kalimatihi (3x)

Maksudnya :

Maha suci Allah dan segala puji bagi-Nya sebanyak bilangan kejadian-Nya dan keredhaan-Nya, dan seberat timbangan ‘Arasy-Nya dan sebanyak dakwat (yang terpakai untuk menuliskan) kalimah-Nya“. (3x)

#19. Kemudian disambung dengan bacaan meninggikan Asma’ Allah

Kredit gambar : akuislam.com

Bismillahil-Lazhii Laa Yaḍurru Ma’Asmihii Shay’un Fil-Arḍi Wa Laa Fis-Sama’i Wa Huwas-Samii’ul-‘Aliim (3X)

Maksudnya :

Dengan nama Allah, yang dengan nama-Nya akan terhalanglah, segala sesuatu di bumi dan di langit, untuk menimpakan bencana, dan Ia Maha Mendengar dan Mengetahui“. (3x)

#20. Kemudian sambung dengan bacaan doa agar terhindar dari syirik

Kredit gambar : akuislam.com

Allahumma Inna Na’UuzuBika Min An NushRika Bika Shay’an NaʿLamuHuu Wa Nastaghfiruka Li Maa Laa Na’lamuhu (3x)

Maksudnya :

Ya Allah, kami berlindung pada–Mu dari menyekutukan- Mu dengan sesuatu yang kami ketahui, dan kami memohon ampun dari (menyekutukan-Mu) dengan sesuatu yang tidak kami ketahui“. (3x)

#21. Sambung dengan memohon doa berlindung dari kejahatan makhluk

Kredit gambar : akuislam.com

A’Uuzu Bi Kalimaatil-laahit-Tammati Min Sharri Maa Khalaq (3x)

Maksudnya :

Aku berlindung pada kalimat Allah yang sempurna, dari kejahatan apa-apa yang diciptakan“. (3x)

#22. Baca pula doa terhindar dari belenggu hutang

Kredit gambar : akuislam.com

Allahumma Inni A’UzuBika Minal-Hammi Wal-Ḥazan, Wa A’UuzuBika Minal-‘Ajzi Wal-Kasal, Wa A’UuzuBika Minal-Jubni Wal-Bukhl, Wa A’UuzuBika Min Ghalabatid-Dayni Wa Qahrir-Rijal

Maksudnya :

Ya Allah, aku berlindung pada-Mu dari rasa sedih dan gelisah, dan aku berlindung pada-Mu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung pada-Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang“.

#23. Bacaan al-Mathurat disambung lagi dengan doa dilimpahkan kesihatan

Kredit gambar : akuislam.com

Allahumma ‘Aafini Fii Badanii, Allāhumma ‘Aafinii Fii Sam’ie, Allahumma ‘Aafini Fii Baṣarii

Ya Allah, sihatkanlah badanku, Ya Allah, sihatkanlah pendengaranku, Ya Allah, sihatkanlah penglihatanku“.

#24. Kemudian disambung pula bacaan doa agar terhindar dari kemiskinan

Kredit gambar : akuislam.com

Allahumma Innii A’UuzuBika Minal-Kufri Wal-Faqr, Allahumma Innii A’UzuBika Min ‘AZaabil-Qabr, Laa Ilaha Illa Anta

Maksudnya :

Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung pada-Mu dari kekafiran dan kefakiran; Ya Allah, aku berlindung kepada- Mu dari azab kubur; tidak ada Tuhan selain Engkau“. (3x)

(Ibnu Sunni, H. Sahih)

#25. Mohon pula doa agar diberi keampunan

Kredit gambar : akuislam.com

Allahumma Anta Rabbi Laa Ilaha Illa Anta Khalaqtani Wa Ana ‘Abduka Wa Ana ‘Alaa ‘Ahdika Wa Wa’dika MasTaṭa’tu. A’UzuBika Min Syarri Maa Ṣana’tu. Abuu’U Laka BiNi’matika ‘Alayya Wa Abu’U BizanBii FaghFirLii Fa Innahuu Laa Yaghfiruz-Zunuba Illa Anta

Maksudnya :

Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan selain Engkau; Engkau yang menciptakan dan aku abdi- Mu, dan aku berada dalam perjanjian dengan-Mu, ikrar kepada-Mu, (yang akan aku laksanakan dengan) segala kemampuanku : dan aku berlindung pada-Mu, dari kejahatan apa-apa yang telah aku lakukan : aku mengakui (dengan sebenar-benarnya) nikmat-Mu kepadaku : dan aku mengakui dosaku, maka ampunilah aku, kerana tidak ada yang boleh mengampuni dosa-dosa, kecuali Engkau“.

#26. Kemudian, bacaan al-Mathurat terus disambung dengan Istighfar Memohon Keampunan Allah

Kredit gambar : akuislam.com

Astaghfirullahal-LaDzi Laa ilaaHa illaa Huwal-Hayyul Qoyyum Wa AtuuBu-ilayh

Maksudnya :

Aku memohon ampun kepada Allah yang tidak ada Tuhan selain Dia, yang hidup dan selalu jaga; dan aku bertaubat pada-Mu“. (Ulang 3 kali)

#27. Membaca selawat ke atas Nabi

Kredit gambar : akuislam.com

Allahumma Ṣolli ‘Ala Sayyidina Muḥammadin ‘Abdika Wa Nabiyyika Wa Rasulikan-Nabiyyi Ummiyyi Wa ‘Alaa Alihii Wasohbihi Wasallim Tasliiman ‘Adadamaa AḥaaTho Bihii ‘ilmuka, Wa KhaṭTa Bihii Qalamuka, Wa Aḥṣahu Kitabuka.

Maksudnya :

Ya Allah restui dan berkatkanlah junjungan kami Muhammad sebagai hamba, nabi dan rasul-Mu yang ummi. Berkatkan keluarga dan sahabat Baginda. Sejahterakanlah Baginda selama-lamanya. Sejahterakanlah Baginda selama-lamanya sebanyak-banyak bilangan dalam ilmu dan sebanyak-banyak perkara yang ditulis oleh Qalam-Mu dan sebanyak-banyak yang dirangkum oleh kitab-Mu“.

Kredit gambar : akuislam.com

Warḍallahumma ‘An Saadaatinaa Abi Bakrin Wa ‘Umara Wa ‘Uthsmana Wa ‘Aliyyin, Wa ‘Anis-saḥabati Ajma’in, Wa ‘Anit-Tabi’ina Wa Tabi’ihim Bi IḥsaaNin Ilaa Yawmid-Diin. Subḥana Rabbil-ʿIzzati ‘Amma Yaṣifun Wa Salamun ‘Alal-Mursalin Wal-Ḥamdu Lillaahi Rabbil-‘Aalamin

Maksudnya :

Terimalah dan relakanlah pemimpin terutama kami : Sayyidina Abu Bakar, Omar, Othman, Ali dan para sahabat Baginda semuanya, para tabi’in, dan orang-orang yang mengikut jejak langkah mereka sampai hari pembalasan. Terimalah (kepulangan) mereka dengan sebaik-baiknya. Maha Suci Tuhan (Mu) yang memiliki kebesaran dan kemuliaan dari sifat tercela. Salam sejahtera untuk para Rasul utusan, dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam“.

#28. Baca doa selepas al-Mathurat

Kredit gambar : akuislam.com

Allaahumma Inna Nas’aluka Lisaanan Rootiban Bidzikrika Wa Qolban Maf’uman Bisyukrika Wa Badanan Hayyinan Layyinan Bithoo’atika Allahumma Inna Nas-Aluka Iimaanan Kaamilan Wa Nas-Aluka ‘Ilman Naafi’an Wa Nas-Aluka Yaqiinan Shoodiqon Wa Nas-Aluka Diinan Qoyyiman Wa Nas-Alukal ‘Aafiyata Min Kulli Baliyyatin Wa Nas-Aluka Tamaama-Lghinaa ‘Anin-Nnaas Wahab Lanaa Haqiiqotal Iimaani Bika Hatta Laa Nakhoofa Wa Laa Narjuu Ghoiroka Wa Laa Na’buda Syai’an Siwaaka Waj’al Yadaka Mabsuuthotan ‘Alainaa Wa ‘Alaa Ahlinaa Wa Aulaadinaa Waam-Ma’anaa Birohmatika Wa Laa Takilnaa Ilaa Anfusinaa Thorfata ‘Ainin Wa Laa Aqolla Min Dzaalika Ya Ni’mal Mujiibu Wa Sholli ‘Alaa Sayyidinaa Muhammadin-Nnabiyyi-Lkariim Wa ‘Alaa Aalihi Wa Shohbihi Ajma’iin.

Maksudnya :

Ya Allah kurniakanlah kami lisan (lidah) yang lembut membasahi mengingati dan menyebut (nama-Mu), hati yang penuh segar mensyukuri (nikmat-Mu), serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada (perintah-Mu). Ya Allah, kurniakanlah kami iman yang sempurna, hati yang khusyuk, ilmu yang berguna, keyakinan yang benar-benar mantap, dinn (cara hidup) yang jitu dan unggul, selamat dari segala mara bahaya dan petaka“.

Kami mohon kepada-Mu Ya Allah kecukupan yang tidak perlu kami terpaksa meminta kepada orang lain. Berikanlah kami Ya Allah iman yang sebenarnya sehingga kami tidak menyekutukan-Mu“.

Berikanlah rahmat-Mu kepada kami, keluarga dan anak-anak kami serta sesiapa sahaja yang bersama-sama kami. Jangan (Ya Allah) Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri; walaupun hanya dalam sekelip mata atau lebih pendek dari masa itu. Wahai Tuhan yang paling mudah dan cepat memperkenankan permintaan“.

Selawat (berkat dan rahmat) dan restu Allah untuk junjungan kami Muhammad, nabi yang mulia, kepada keluarga Baginda dan para sahabat Baginda amnya“.

Terdapat banyak kelebihan yang boleh kita peroleh dengan mengamalkan doa mathurat ini dan semoga perkongsian ini memberi manfaat yang berguna.


Tingkatkan amal ibadah lain dengan panduan dan bacaan yang betul seperti dikongsikan DI SINI.