KelabMama

Amalkan Doa Masuk Masjid, Demi Kerahmatan Yang Maha Esa

doa masuk masjid

Rumah ibadat umat Islam yang selalu memberikan ketenangan dan keselesaan dalam beribadah. Jadi demi melengkapi kedua-dua hal di atas, kita disarankan untuk membaca doa masuk ke masjid. 

Setiap lontaran perkataan kita ialah doa. Lebih-lebih lagi ketika menziarahi tempat suci umat Islam, baik kiranya kalau kita mulakan dengan selawat dan pujian kepada Allah SWT. 

Selain itu, kita juga menyimpan harapan agar Allah mendengar dan memakbulkan segala rintihan yang kita panjatkan ketika berada di dalam masjid. 

Jadi, ketika berada di dalam masjid, umat Islam harus sentiasa berkelakuan baik, berdoa dengan bersungguh-sungguh serta melakukan banyak amal soleh seperti bersedekah, berakhlak mulia dan membaca al-quran.

Doa Masuk dan Keluar Masjid

#1 Doa Masuk Masjid Lengkap

أَعُوْذُ بِاللهِ العَظِيْمِ وَبِوَجْهِهِ الْكَرِيْمِ وَسُلْطَانِهِ الْقَدِيْمِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ. بِسْمِ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلهِ. أَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ. اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي ذُنُوْبِي وَافْتَحْ لِي أَبْوَابَ رَحْمَتِكَ

‘A’ûdzu billâhil ‘azhîm wa biwajhihil karîm wa sulthânihil qadîm minas syaithânir rajîm. Bismillâhi wal hamdulillâh. Allâhumma shalli wa sallim ‘alâ sayyidinâ muhammadin wa ‘alâ âli sayyidinâ muhammadin. Allâhummaghfirlî dzunûbî waftahlî abwâba rahmatik

Maksudnya: “Aku berlindung kepada Allah Yang Maha Besar, kepada zatNya Yang Maha Mulia, dan kepada kerajaanNya yang sedia dari syaitan yang direjam. Dengan nama Allah dan segala puji bagi Allah.

Hai Tuhanku, berilah selawat dan sejahtera atas Sayyidina Muhammad dan atas keluarga Sayyidina Muhammad. Hai Tuhanku, ampuni untukku segala dosaku. Bukalah bagiku segala pintu rahmatMu

#2 Doa Masuk Masjid Ringkas

Kredit gambar: www.yadim.com.my

اللَّهُمَّ افْتَحْ لي أبْوَابَ رَحْمَتِكَ

‘Allahummaftah li abwaba rahmatika’

Maksudnya: “Ya Allah, bukalah pintu-pintu rahmatMu untukku”

Koleksi Doa Keluar Masjid

#1 Doa Keluar Masjid Lengkap

Kredit gambar: SelangorKini

أعُوْذُ بِاللهِ العَظِيْمِ وَبِوَجْهِهِ الْكَرِيْمِ وَسُلْطَانِهِ الْقَدِيْمِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ. بِسْمِ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلهِ. أَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ. اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي ذُنُوْبِي وَافْتَحْ لِي أَبْوَابَ فَضْلِكَ

‘A’ûdzu billâhil ‘azhîm wa biwajhihil karîm wa sulthânihil qadîm minas syaithânir rajîm. Bismillâhi wal hamdulillâh. Allâhumma shalli wa sallim ‘alâ sayyidinâ muhammadin wa ‘alâ âli sayyidinâ muhammadin. Allâhummaghfirlî dzunûbî waftahlî abwâba fadhlik’

Maksudnya: “Aku berlindung kepada Allah Yang Maha Besar, kepada zatNya Yang Maha Mulia dan kepada kerajaanNya yang sedia dari syaitan yang direjam. Dengan nama Allah dan segala puji bagi Allah.

Hai Tuhanku, berilah selawat dan sejahtera atas Sayyidina Muhammad dan atas keluarga Sayyidina Muhammad. Hai Tuhanku, ampuni untukku segala dosaku. Bukakanlah bagiku segala pintu kemurahanMu

#2 Doa Keluar Masjid Ringkas

Kredit gambar: iNews.id

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ

‘Allaahumma innii as’aluka min fadhlika’

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepadaMu akan segala kemurahanMu”

Kelebihan Membaca Doa Masuk Masjid

Sebagaimana makna doa-doa masuk masjid diatas, itulah juga kelebihan yang kita akan dapatkan ketika membaca doa masuk masjid. 

Kata singkatnya, lebih lengkap doa yang dibaca, insya allah lebih banyak permohonan yang kita minta pada Allah SWT. 

Dalam maksud doa masuk ke masjid, kita memohon agar Allah membukakan pintu-pintu rahmatNya.

Ketika ingin melangkah ke dalam masjid, kita sewajarnya memulakan dengan doa masuk masjid. Terdapat dua versi doa ini iaitu doa yang lengkap dan ada juga doa yang ringkas. 

Namun begitu, kedua-duanya diakhiri dengan doa agar Allah membuka rahmat ketika berada di dalam masjid. 

Seterusnya, kesempatan berada di dalam masjid hendaklah kita manfaatkan agar sentiasa berkahlak mulia, membaca al-quran dan bersedekah. 

Moga-moga dengan mengamalkan rutin doa-doa ini, kita memperoleh kelebihan dan diperkenankan segala hajat dan doa yang pernah kita bacakan semasa berada di dalam masjid. 


Tingkatkan amal ibadah lain dengan panduan dan bacaan yang betul seperti dikongsikan DI SINI.