KelabMama

Doa Yang Boleh Diamalkan Pada Malam Nisfu Syaaban, Antara Malam Mustajab Doa

doa malam nisfu syaaban

Kredit gambar : kabarlumajang.pikiran-rakyat.com

Memasuki bulan Syaaban digalakkan untuk memperbanyakkan amalan sunat termasuklah memanjatkan doa malam nisfu Syaaban seperti dalam hadis sahih.

Bulan ini digelar bulan Syaaban adalah disebabkan oleh pada bulan ini terdapat banyak cabang kebaikan.

Hadis Sahih Mengenai Kelebihan Bulan Syaaban

Kredit gambar : www.beritajowo.com

Terdapat beberapa hadis sahih yang menyatakan kelebihan malam nisfu Syaaban ini iaitu:

#1. Daripada Abu Musa al-Asy’ari r.a, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

إِنَّ اللَّهَ لَيَطَّلِعُ فِي لَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيعِ خَلْقِهِ إِلَّا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ

Maksudnya:

Sesungguhnya Allah SWT melihat pada malam nisfu Sya’ban kemudian mengampunkan semua makhluk-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan“.

(Riwayat Ibn Majah, no. hadis 1380)

#2. Daripada Aisyah r.a, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

إنَّ اللهَ تعالى يَنْزِلُ ليلةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا ، فيَغْفِرُ لِأَكْثَرَ مِنْ عَدَدِ شَعْرِ غَنَمِ كلبٍ

Maksudnya:

Apabila tiba malam nisfu Sya’ban, Allah SWT melihat kepada makhluk-Nya. Kemudian Allah SWT mengampunkan orang yang beriman serta mengabaikan orang yang kufur dan membiarkan orang yang dengki dengan dengkinya sehingga mereka itu meninggalkannya“.

(Riwayat al-Tirmizi, no. hadis 670)

#3. Daripada Abu Tha’labah r.a, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

إِذَا كَانَ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ اطَّلَعَ اللهُ إِلَى خَلْقِهِ فَيَغْفِرُ لِلْمُؤْمِنِ، وَيُمْلِي لِلْكَافِرِينَ، وَيَدَعُ أَهْلَ الْحِقْدِ بِحِقْدِهِمْ حَتَّى يَدَعُوهُ

Maksudnya:

Apabila tiba malam nisfu Sya’ban, Allah SWT melihat kepada makhluk-Nya. Kemudian Allah SWT mengampunkan orang yang beriman serta mengabaikan orang yang kufur dan membiarkan orang yang dengki dengan dengkinya sehingga mereka itu meninggalkannya“.

(Syu’ab al-Iman, no hadis 3551)

#4. Daripada Abdullah bin Amr r.a, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

يَطَّلِعُ اللهُ عزَّ وجلَّ إلى خَلْقِهِ ليلَةَ النِّصفِ مِنْ شَعْبَانَ ، فيَغْفِرُ لِعبادِهِ إِلَّا لِاثْنَيْنِ مُشَاحِنٍ ، وقَاتِلِ نَفْسٍ

Maksudnya:

Allah SWT melihat pada malam nisfu Sya’ban kemudian mengampunkan hamba-Nya kecuali dua (golongan) iaitu orang yang bermusuhan dan orang yang membunuh diri“.

(Riwayat Ahmad, no. hadis 6353)

Maka, melalui hadis-hadis ini dapat disimpulkan bahawa malam nisfu Syaaban mempunyai beberapa kelebihan yang perlu direbut oleh umat islam.

Terdapat juga beberapa pandangan ulama mengenai kelebihan malam nisfu Syaaban ini iaitu:

#1. Imam al-Syafie r.a menyatakan bahawa:

Doa mustajab adalah pada 5 malam, iaitu malam jumat, malam al-Adha, malam al-Fitri, malam awal bulan Rejab, dan malam nisfu Sya’ban“.

#2. Ibn Rajab r.a juga menyatakan bahawa:

Berkaitan malam nisfu Sya’ban, pada zaman dahulu para tabi’in daripada penduduk al-Syam, seperti Khalid bin Ma’dan, Makhul, Luqman bin Amir, dan beberapa para tabi’in yang lain memuliakannya (malam tersebut) dan mereka bersungguh-sungguh beribadah pada malam itu“.

Potongan Doa Malam Nisfu Syaaban

Kredit gambar : www.liputan6.com

Berikut merupakan doa yang boleh Mama dan Papa panjatkan kepada Allah S.W.T iaitu:

المُسْتَجِيْرِيْنَ وَمَأْمَنَ الخَائِفِيْنَ. اللَهُمَّ إِنْ كُنْتَ كَتَبْتَنِي عِنْدَكَ فِي أُمِّ الكِتَابِ شَقِيًّا أَوْ مَحْرُومًا أَوْ مُقْتَرًّا عَلَيَّ فِي الرِزْقِ، فَامْحُ اللَّهُمَّ فِي أُمِّ الكِتَابِ شَقَاوَتِي وَحِرْمَانِي وَاقْتِتَارَ رِزْقِي، وَاكْتُبْنِي عِنْدَكَ سَعِيْدًا مَرْزُوْقًا مُوَفَّقًا لِلْخَيْرَاتِ فَإِنَّكَ قُلْتَ وَقَوْلُكَ الحَقُّ فِي كِتَابِكَ المُنْزَلِ عَلَى لِسَانِ نَبِيِّكَ المُرْسَلِ “يَمْحُو اللهُ مَا يَشَاءُ وَيُثْبِتُ وَعِنْدَهُ أُمُّ الكِتَابِ” وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَالحَمْدُ لِلهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Allaahumma yaa dzal manni wa laa yumannu ‘alaik, yaa dzal jalaali wal ikraam, yaa dzat thawli wal in’aam, laa ilaaha illaa anta zhahral laajiin wa jaaral mustajiiriin wa ma’manal khaa’ifiin.

Allaahumma in kunta katabtanii ‘indaka fii ummil kitaabi syaqiyyan aw mahruuman aw muqtarran ‘alayya fir rizqi, famhullaahumma fii ummil kitaabi syaqaawatii wa hirmaanii waqtitaara rizqii, waktubnii ‘indaka sa’iidan marzuuqan muwaffaqan lil khairaat.

Fa innaka qulta wa qawlukal haqqu fii kitawbikal munzal ‘alaa lisaani nabiyyikal mursal, “yamhullaahu maa yasyaa’u wa yutsbitu, wa ‘indahuu ummul kitaab” wa shallallaahu ‘alaa sayyidinaa muhammad wa alaa aalihi wa shahbihii wa sallama, walhamdu lillaahi rabbil ‘alamiin.

Maksudnya:

Wahai Tuhanku yang Maha Pemberi, Engkau tidak diberi. Wahai Tuhan pemilik kebesaran dan kemuliaan. Wahai Tuhan pemberi segala kekayaan dan segala nikmat. Tiada tuhan selain Engkau, kekuatan orang-orang yang meminta pertolongan, lindungan orang-orang yang mencari perlindungan, dan tempat aman orang-orang yang takut. Tuhanku, jika Kau mencatatku di sisi-Mu pada Luh Mahfuzh sebagai orang celaka, sial, atau orang yang sempit rezeki, maka hapuskanlah di Luh Mahfuzh kecelakaan, kesialan, dan kesempitan rezekiku. Catatlah aku di sisi-Mu sebagai orang yang bahagia, murah rezeki, dan taufik untuk berbuat kebaikan kerana Engkau telah berkata–sementara perkataan-Mu adalah benar–di kitabmu yang diturunkan melalui ucapan Rasul utusan-Mu, ‘Allah menghapus dan menetapkan apa yang Ia kehendaki. Di sisi-Nya Luh Mahfuzh“.

Semoga kita semua beroleh manfaat berguna dan kesudahan yang baik sepanjang Syaaban dan Ramadan yang akan datang ini. InsyaAllah.


Dapatkan panduan doa dan ibadah lain di SINI.