KelabMama

Allah Reda dan Berkati Rumah Tangga dengan 5 Doa Majlis Perkahwinan Sesuai Sunnah

doa majlis perkahwinan untuk pasangan pengantin

Artikel ini khas untuk Papa dan Mama yang dijemput menghadiri majlis perkahwinan ahli keluarga dan sahabat handai.

Doa yang Mama Siti senaraikan ini boleh dibacakan semasa majlis berlangsung atau dijadikan sebagai doa dan ucapan kepada pengantin baru.

Koleksi Doa Majlis Perkahwinan

Doa #1 (Teks Doa Majlis Perkahwinan Di Dewan)

بسم الله الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ الْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى أَشْرَفِ الْأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِينَ وَعَلَى عَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ

Alhamdulillah rabbil ‘alamin wassolaatu wassalamu ‘ala asyrafil anbiya’i wal mursalin wa ‘ala aalihi wasohbihi ajma’in

“Segala puji hanya untuk Mu Ya Allah atas segala nikmat pemberian yang Engkau kurniakan kepada kami. Ya Allah, pada hari yang berkat ini, kami berhimpun di majlis ini sebagai tanda kesyukuran kami atas nikmat Mu.

Bersempena dengan majlis perkahwinan yang diadakan oleh keluarga kedua-dua mempelai dengan selamat dan sempurna bagi pernikahan anakanda mereka (nama pengantin)

اللَّهُمَّ يَا رَحِيْمُ يَا وَدُوْدُ يَا ذَا الْجُوْدِ وَالكَرَمِ

Allhumma ya rahim ya wadud ya dzaljudi wal karami

”Bersempena dengan majlis ini juga kami memohon rahmat Mu ya Allah, kurniakanlah kepada kedua mempelai yang diraikan ini kehidupan yang sihat dan selamat sejahtera serta dikurniakan zuriat yang soleh. Kukuhkanlah ikatan kasih sayang dan hormat menghormati antara mereka, berakhlak mulia dan berbudi bahasa, serta beriman dan bertakwa kepada Mu ya Allah.”

اللهمَّ يَا بَديعَ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ

Allahumma ya badii ‘assamawatti wal ardh

“Kami memohon rahmat Mu agar dikurniakan keampunan, keberkatan dan sihat wal afiat kepada seisi keluarga, tuan rumah dan sekalian yang hadir bagi meraikan majlis yang diberkati ini.”

اَللَّهُمَّ أَلْفْ بَيْنَ الْعَرُوْسَيْنِ كَمَا أَلْفْتَ بَيْنَ الْمَاءِ وَالطِّيْنِ وَ بَيْنَ آدَمَ وَحَوَّاء، وَبَيْنَ إِبْرَاهِيْمَ وَهَاجَرَ وَسَارَه، وَبَيْنَ يُوْسُفَ وَزُلَيْحَة، وَبَيْنَ أَيُّوبَ وَرَحْمَةَ، وَبَيْنَ مُوْسَى وَصَفُوْرَه، وَبَيْنَ سُلَيْمَانَ وَبَلْقَيْسِ، وَبَيْنَ سَيِّدِنَا مُحَمَّد صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَزَوْجَاتِهِ الْمُطَهَّرَاتِ رِضْوَانُ اللَّه عَلَيْهِنَّ أَجْمَعِينَ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُوْمًا وَلَا تَجْعَلْ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا شَقِيًّا وَلَامَحْرُوْمًا يَا أَكْرَمَ الْأَكْرَمِيْنَ

Allahumma allif bainal ‘aruusaini kama allafta bainal ma’ wattiini wa baina aadama wa hauwa’. Wa baina ibrahima wahaajara wa saaraha. Wa baina yuusufa wa dzulaihah. Wa baina ayyuba wa rahmah. Wa baina musa wa sofuuroh. Wa baina sulaiman wa balqiis. Wa baina sayyidina muhammad sollallahu ‘alaihi wassalam wa zaujaatihil muthohharaati ridwaanullahi ‘alaihinna ajma’ina birohmatika ya arhamar raahimiin.

Allahummaj’al jam’ana hazaa jam’an marhuuma wa tafarruqana min ba’dihi tafarruqon ma’suumaa wa laa taj’al fiina wa laa ma’ana syaqiyya wa laa mahruumaa ya akramal akraminn.

“Ya Allah, jadikanlah perhimpunan ini satu pertemuan yang dirahmati dan perpisahan kami pula selepas ini, satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi.”

{رَبَّنَا وَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ}

Robbanaa aatina fiddunyaa hasanatan wa fil aakhiroti hasanatan waqinaa ‘azaaban nar.

وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى عَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ الله رَبِّ الْعَالَمِينَ

Wa sollallahu ‘ala sayyidina muhammadin wa ‘ala aalihi wasohbihi ajma’in walhamdulillahi robbil ‘alamin.

Doa #2  (Doa Majlis Perkahwinan Sunnah)

بَارَكَ اللهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِى خَيْرٍ

Barakallahu laka wa baraka ‘alaika wa jama’a bainakuma fiil Khairin

Maksudnya: “Semoga Allah memberkati kamu dalam semua perkara (baik) dan menyatukan kamu berdua dalam kebaikan.”

(Hadis riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban)

Doa #3 

اللَّهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ خَيْرَهَا وَخَيْرَ مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْهِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّهَا وَمِنْ شَرِّ مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْ

Allahumma inni as’aluka min khorihaa wa khoirimaa jabaltahaa ‘alaih, wa a’udhu bika min syarrihaa wa syarrimaa jabaltahaa ‘alaih

Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadamu kebaikan dirinya dan kebaikan yang Engkau tetapkan atas dirinya. Dan aku berlindung kepada Mu dari keburukannya dan keburukan yang Engkau tetapkan atas dirinya.”

أَفْطَرَ عِنْدَكُمُ الصَّائِمُوْنَ ، وَأَكَلَ طَعَامَكُمُ اْلأَبْرَارُ ، وَصَلَّتْ عَلَيْكُمُ الْمَلاَئِكَكُمُ

Maksudnya: “Telah berpuasa di sisimu orang-orang yang berpuasa, dan telah memakan makananmu orang-orang yang baik, dan para Malaikat telah mendoakanmu.”

Doa #4 

اَللّٰهُمَّ اغْفِرْ لَهُمْ ، وَارْحَمْهُمْ ، وَبَاِرِكْ لَهُمْ فِيْمَا رَزَقْتَهُمْ

Allahummaghfirlahum, warhamhum, wa bariklahum fiima rozaqnaahum

Maksudnya: “Ya Allah, ampunilah mereka, sayangi mereka dan berkatilah mereka atas apa yang Engkau berikan kepada mereka.”

(Hadis riwayat Ahmad)

اِذْ اَوَى الْفِتْيَةُ اِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوْا رَبَّنَآ اٰتِنَا مِنْ لَّدُنْكَ رَحْمَةً وَّهَيِّئْ لَنَا مِنْ اَمْرِنَا رَشَدًا

Iz awaalfitnatu ilalkahfi faqalu rabbana aatinaa min ladunka rahmatan wahayyi’lana min amrina rosyadaa

Maksudnya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami.” – (Surah al-Kahfi, ayat 10)

حَدَّثَنَا فَرْوَةُ، حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ مُسْهِرٍ، عَنْ هِشَامٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ عَائِشَةَ ـ رضى الله عنها ـ تَزَوَّجَنِي النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم فَأَتَتْنِي أُمِّي فَأَدْخَلَتْنِي الدَّارَ، فَإِذَا نِسْوَةٌ مِنَ الأَنْصَارِ فِي الْبَيْتِ فَقُلْنَ عَلَى الْخَيْرِ وَالْبَرَكَةِ، وَعَلَى خَيْرِ طَائِرٍ‏.‏

Maksudnya: “Ketika Nabi SAW menikahkan denganku, ibuku datang kepada aku dan membuatku memasuki rumah di mana aku melihat beberapa wanita daripada kaum Ansar yang berkata, “Semoga kamu makmur dan berkat serta mendapat pertanda baik.”

(Sahih Bukhari No. 5156)

Doa #5 (Doa Majlis Perkahwinan Yang Ringkas)

اللهم بارِكْ لي في أهلي، وبارِكْ لأهلي فِيَّ، اللهم ارزقْهم مِنِّي، وارزقْني منهم، اللهم اجمع بينَنا ما جمعتَ في خيرٍ، وفرِّق بيننا إذا فرقتَ في خيرٍ

Allahumma barik li fi ahli, wa barik ahli fiya. Allahumarzuqhum minni, warzuqni minhum. Allahummajma’ bainana ma jama’ta fi khair. Wa farriq bainana idza faraqta fi khair

Maksudnya: Ya Allah berkatilah kehidupan dalam keluargaku, juga berkatilah keluargaku dalam hidupku. Ya Allah berikanlah rezeki untuk keluargaku dan berikanlah rezeki untukku dari keluargaku. Ya Allah kumpulkanlah kami sebagaimana Engkau kumpulkan dalam kebaikan, juga jangan pisahkan kami kecuali dalam perpisahan yang baik.”

Sebagai seorang muslim yang berkasih-sayang, kita juga ingin melihat ahli keluarga dan kawan-kawan terus berbahagia dalam perkahwinannya. Oleh itu, langkah pertama yang boleh kita usahakan adalah dengan membaca doa majlis perkahwinan.

Kredit gambar: 100Comments

Mudah-mudahan perkahwinan mereka diberkati dan diredai Allah SWT hingga ke akhir hayat. Insya-Allah, tuhan juga akan mengembalikan doa yang dipanjatkan itu kepada diri kita pula. Amin.


Tingkatkan amal ibadah lain dengan panduan dan bacaan yang betul seperti dikongsikan DI SINI.