KelabMama

“Aok tengah down ke tu?” Amalkan Doa Kuat Semangat dan Sunnah Rasulullah SAW

“Aok tengah down ke tu? Koi tak down, koi ada pekerjaan”

Satu video tiktok yang beberapa kali masuk for you page (fyp) Mama Siti. Individu dengan nama pengguna Buruh Ladang itu semakin ramai pengikut di platform media sosial tersebut. 

Nak dijadikan cerita semasa Mama Siti memandu, masih terngiang-ngiang video tadi, terlintas sesuatu di fikiran Mama Siti. 

“Jadi, apa yang kita perlu lakukan kalau sedang dalam keadaan lemah? “

Doa! Ya, itu yang manusia perlu buat ketika sedang gelisah, cemas, berasa lemah dan risau. Antara keadaan yang memungkinkan kita berasa sedemikian ialah ketika ingin melakukan pembentangan, dibebani dengan hutang serta risau tentang perjalanan hidup di masa depan. 

Satu lagi  istilah yang sering kita temukan ialah kebimbangan atau anxiety. Perlu diingat, anxiety yang Mama Siti maksudkan ialah secara umum dan bukan kepada pesakit mental. 

Ini kerana mereka perlu mendapatkan rawatan dari doktor psikiatari yang bertauliah bagi merawat penyakit tersebut.

Mama Siti ada senaraikan lima doa kuat semangat yang boleh diamalkan bagi tujuan diberi kekuatan beribadah, ketenangan hati serta kesabaran.

5 Doa Kuat Semangat

Kredit gambar: Freepik

#1 Kekuatan Beribadah

اَللّٰهُمَّ اَعِنِّيْ عَلٰى ذِ كْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

‘Allaahumma a’innii ‘alaa dzikrika wa syukrika wa husni ‘ibaadatika’

Maksudnya: Ya Allah, bantulah aku agar selalu mengingatMu, bersyukur kepadaMu dan beribadah kepadaMu dengan baik

#2 Ketika Gelisah Memikirkan Hutang

Kredit gambar: Freepik

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ

Allahumma inni a’udzubika minal hammi wal hazan, wa a’udzubika minal ‘ajzi wal kasali, wa a’udzubika minal jubni wal bukhli, wa a’udzubika min gholabatid dayni wa qohrir rijaal

Maksudnya: “Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kebingungan dan kesedihan, aku berlindung kepadaMu dari kelemahan dan kemalasan, aku berlindung kepadaMu dari ketakutan dan kekikiran, aku berlindung kepadaMu dari bebanan hutang dan tekanan manusia”

#3 Ketika cemas dan Bimbang

(Kerana pembentangan, temuduga, berucap dan berdebat)

Kredit gambar: Freepik

رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي

Robbish rohli sodri wayasirli amri wahlul uqdatamilisaani yafqahu qauli

Maksudnya: “Ya Rabbku, lapangkanlah untukku dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku”

(Surah Thaha : 25-28)

#4 Mohon Keyakinan dan Ketenangan

Kredit gambar: Freepik

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ نَفْسًا بِكَ مُطْمَئِنَّةً، تُؤْمِنُ بِلِقَائِكَ، وَتَرْضَى بِقَضَائِكَ، وَتَقْنَعُ بِعَطَائِكَ

Allahumma inni as-aluka nafsan bika muthma-innah, tu’minu biliqo-ika wa tardho bi qodho-ika wataqna’u bi ’atho-ika

Maksudnya: Ya Allah, aku memohon kepadaMu jiwa yang merasa tenang kepadaMu, yang yakin akan bertemu denganMu, yang reda dengan ketetapanMu, dan yang merasa cukup dengan pemberianMu

#5 Mohon Kesabaran dan Bertawakal

Kredit gambar: Freepik

رَبَّنَآ اَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَّثَبِّتْ اَقْدَامَنَا وَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكٰفِرِيْنَ

‘Rabbanaa afrig ‘alainaa shabraw wa tsabbit aqdaamanaa wansurnaa ‘alal qaumil kafiriin’

Maksudnya: “Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, kukuhkanlah langkah kami dan tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir.”

(Surah al-Baqarah : 250)

Amalan Agar Kita Sentiasa Kuat Semangat

Kredit gambar: Freepik
  1. Bersangka Baik Kepada Allah

Rasulullah SAW bersabda: “Allah SWT berfirman: Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hambaKu terhadapKu. Aku bersamanya ketika dia mengingatiKu” 

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Akhirnya nanti, kita cuma ada Allah. Oleh itu, apabila kita bersangka baik kepadaNya sekaligus melatih hati dan minda agar merasai bahawa Allah itu sentiasa berada dekat dengan orang yang mengingatiNya.

  1. Hanya Berharap Kepada Allah

Paderi Inggeris pada abad ke 17, Thomas Fuller pernah berkata; “Seeing is believing”. Tetapi bagi Mama Siti sendiri, untuk kita mendapatkan gambaran tentang sesuatu, caranya adalah dengan mempercayainya terlebih dahulu. 

Lebih elok lagi jika kita menggunakan konsep to believe is to see. Iaitu kita terlebih dahulu perlu yakin keadaan akan menjadi lebih baik cuma ianya mengambil sedikit masa. 

  1. Banyakkan Baca Al-Quran

Allah SWT berfirman dalam Surah Ar-Rad ayat 28,

الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا وَتَطْمَىِٕنُّ قُلُوْبُهُمْ بِذِكْرِ اللّٰهِ ۗ اَلَا بِذِكْرِ اللّٰهِ تَطْمَىِٕنُّ الْقُلُوْبُ 

Maksudnya: “Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram.”

  1. Lengkapkan Solat Fardhu

Mu’az bin Jabal RA bahawa Nabi saw bersabda:

Maksudnya: “Pokok segala urusan adalah Islam, tiangnya adalah solat dan kemuncaknya adalah berjihad” 

(Hadis riwayat At-Tirmizi)

  1. Beramal Dengan Sunnah Rasulullah SAW

“Sesungguhnya setiap amalan ada waktu shirrah (kuat keinginan dan bertenaga), dan setiap waktu shirrah ada waktu fatrah (lemah dan lesu). Maka, barangsiapa yang dalam tempoh lesu amalannya itu dia masih kekal dalam sunnahku, maka dia berada di atas petunjuk, dan sesiapa yang dalam tempoh lesunya itu mengikut (melakukan) selain (sunnah) itu, maka dia akan binasa” 

(Hadis Riwayat Ahmad)

Cara kuat semangat menurut baginda ialah terus beramal dengan sunnahnya. Melalui cara tersebut, insya allah dengan izin tuhan kita akan dilindungi dari melakukan perkara yang ditegah agama. 

Berdoalah ketika sedang berada di titik terendah. Siapa pun kita, mintalah kepada Allah agar perasaan cemas, sedih atau gelisah ini segera diangkat. 

Terdapat lima doa kuat semangat yang boleh diamalkan kepada orang yang mahukan kekuatan beribadah, ketenangan hati dan kesabaran.

Seterusnya, kita juga perlu meningkatkan usaha agar kembali bersemangat iaitu dengan bersangka baik dengan Allah, melengkapkan solat fardhu serta beramal dengan sunnah baginda. 

Mama Siti harap sangat, artikel ini dapat membantu Mama menghadapi saat sukar ini ya. Semoga Mama dikelilingi dengan orang baik-baik dan dimudahkan jalan oleh Allah. 


Tingkatkan amal ibadah lain dengan panduan dan bacaan yang betul seperti dikongsikan DI SINI.