KelabMama

Doa Khatam Al-Quran Yang Ringkas dan Lengkap

Berdoa lepas baca quran

Al-Quran ialah rujukan manusia di dunia. Isi-isi dalam al-quran diambil sebagai sumber rujukan hukum. Dengan itu, manusia menjadi lebih bertamadun dan bersistem semasa menjadi hamba di dunia. 

Tambahan pula, setiap yang membaca ayat-ayat Allah itu akan diberikan 10 pahala bagi setiap satu ayat. 

Daripada Abdullah Bin Mas’ud. Sabda Nabi SAW:

مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ ، وَالحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا ، لاَ أَقُولُ الْم حَرْفٌ ، وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلاَمٌ حَرْفٌ وَمِيمٌ حَرْفٌ

Maksudnya :” Sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran maka baginya satu kebaikan. Satu kebaikan menyamai 10 gandaan. Tidaklah aku katakan yang ألم itu satu huruf. Bahkan Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf”

(Riwayat al-Tirmizi)

Selesai membaca satu mushaf Al-Quran, ada doa yang perlu dibacakan. Doa itu dikenali sebagai doa khatam al-quran. 

Jom kita tengok apa lagi yang berkaitan dengan doa khatam al-quran.

Doa Khatam Al-Quran (Ringkas)

Kredit gambar: Freepik

اللَّهُمَّ ارْحَمْنِي بِالْقُرْآنِ وَاجْعَلْهُ لِي إِمَامًا وَنُورًا وَهُدًى وَرَحْمَةً، اللَّهُمَّ ذَكِّرْنِي مِنْهُ مَا نُسِّيتُ وَعَلِّمْنِي مِنْهُ مَا جَهِلْتُ وَارْزُقْنِي تِلَاوَتَهُ آنَاءَ اللَّيْلِ وَأَطْرَافَ النَّهَارِ وَاجْعَلْهُ لِي حُجَّةً يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ

Allhummarhamni bilquran. Waj’alhu lii imaman wa nuran wa hudan wa rohmah. Allhumma dzakkirni minhu maa nasiitu wa ‘allimnii minhu maa jahiltu warzuqnii tilawatahu aana-allaili wa’atrofannahaar waj’alhu li hujatan ya rabbal ‘alamin.

Maksudnya: Ya Allah, rahmatilah aku dengan Al-quran. Jadikanlah ia sebagai pemimpin, cahaya, petunjuk, dan rahmat bagiku. Ya Allah, ingatkanlah aku atas apa yang terlupakan darinya. Ajarkanlah aku atas apa yang belum tahu darinya. Berikanlah aku kemampuan membacanya sepanjang malam dan siang. Jadikanlah ia sebagai pembelaku, wahai Tuhan semesta alam.

Doa Khatam Al-Quran (Lengkap)

Kredit gambar: Pxhere
Kredit gambar: 99.co

‘Allahumma inna ‘abiduka banu ‘abidika banu imaika nawashina biyadika madhin fina hukmuka ‘adlun fina qodhouka nasaluka bi kullismin huwa lakasammaita bihi nafsaka aw anzaltahu fi kitabika aw ‘allamtahu ahadan min kholqika awista’tsarta bihi fi ilmil ghaibi indaka an tak’alal qurana robi’a qolbi wa nuro shudurona wa jala a ahzanina wa dzahaba ghumuminaa wa saiqina wa qo-idina ilaika wa ila jannatika jannatin na’lim wa darika daris salam ma’al ladzina an’amta’alaihim minan nabiyyina was shiddiqqina wasy syuhadaai was shalihina birahmatika ya arhamarrahimiin’

Maksudnya: “Ya Allah, ya Tuhan kami, kami semua hamba-Mu putra hamba-Mu laki laki dan hamba-Mu perempuan. Ya Allah kami memohon kepada-Mu, bertawasul dengan semua nama yang menjadi milik-Mu, yang Engkau gunakan untuk menyebut diri-Mu atau Engkau turunkan dalam kitab-Mu. Engkau ajarkan kepada seorang dari hamba-Mu atau Engkau simpan dalam ilmu ghaib-Mu

“Jadikanlah Al-Qur’an sebagai taman hati kami, cahaya dada kami, pengusir kesusahan dan kegundahan kami, penuntun kami pada-Mu dan pada surga-Mu, surga kenikmatan, pada rumah-Mu rumah keselamatan, beserta orang-orang yang Engkau berikan nikmat dari kalangan para nabi, orang-orang jujur, para syuhada, para orang shaleh dengan rahmat-Mu, wahai Dzat Maha Pengasih”

Apa Kata Pakar?

Kredit gambar: Wikipedia

Berdasarkan perkongsian di Laman Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, membaca doa khatam al-quran adalah sangat disarankan. Sebagaimana yang direkodkan oleh Imam Al-Nawawi dalam beberapa riwayat;

“Dan tersangatlah disukai (oleh syarak) akan perbuatan berdoa selepas mengkhatamkan al-Quran sebagaimana yang telah kami sebutkan sebelum ini”

Akhir sekali, Mama Siti nak ingatkan diri sendiri dan Mama semua untuk membaca doa khatam al-Quran kerana ianya termasuk dalam salah satu waktu mustajab berdoa

Rasulullah SAW bersabda: Orang yang hafal al Quran ketika khatam al Quran mempunyai doa yang mustajab dan pohon di surga.

(HR Baihaqi)


Tingkatkan amal ibadah lain dengan panduan dan bacaan yang betul seperti dikongsikan DI SINI.