KelabMama

8 Doa Ketika Sedih Yang Mustajab, Kembalikan Kebahagiaan Dalam Hidup

Mama sedih? Sedih kerana kematian seseorang, keguguran anak dan sebagainya. Lalu, Mama berusaha menenangkan diri dengan mengamalkan beberapa doa ketika sedih, doa kuat semangat, dan doa penenang hati. 

Mama tahu tak yang usaha Mama cari doa ketika sedih dan gelisah ini pun dah dikira sebagai seorang yang kuat. Dalam satu filem antarabangsa, ada dua baris dialog;

Behind every sweet smile. There is a bitter sadness that no one can ever see or feel.

(Filem Joker, 2019)

“Dibalik senyuman manis, ada kesedihan pahit yang tidak dapat dilihat atau dirasakan oleh sesiapa pun”

Tak ada seorang manusia pun yang 100% faham bagaimana perasaan kita ketika sedih kecuali tuhan iaitu Allah SWT. Jadi, izinkan Mama Siti kongsikan doa-doa ketika sedih untuk merawat kedukaan di hati. 

Koleksi Doa-Doa Terbaik Diamalkan Ketika Sedih

#1 Doa Ketika Sedih

(Mengubati kesedihan, perasaan lemah dan penindasan)

اَللَّهُمَّ اِنِّى اَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ

وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ

وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ

وَاَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّ جَالِ

‘Allahumma inni a’uuzubika minal hammi wal hazan. wa a’udzubika minal ajzi wal kasali, wa a’udzubika minal jubni wal bukhli, wa a’udzubika min ghalabatid daini wa qahrir rijaal’

Maksudnya: Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah, aku berlindung daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung padamu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang.

(Sahih Bukhari)

#2 Doa Nabi Yunus AS Dalam Ikan Nun

(Surah Al-Anbiya, ayat 87)

لا إِلٰه إِلا أنت سُبحانك إِنِي كُنتُ مِن الظالِمِين

‘Lailaha illa Anta subhanaka inni kuntu minadhdhalimin’

Maksud: Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim. 

#3 Doa Ketika Sedih

اَللّٰهُمَّ اِنِّىْ اَعُوْذُبِكَ مِنْ جَهْدِالْبَلَاءِ وَدَرْكِ الشَّقَاءِ وَسُوْءِ الْقَضَاءِ و شَمَاتَةِ الْاَعْدَاءِ

‘Allahumma inni a’uuzubika min jahdil bala’. Wa darkish shaqa’. Wa suu il qadhaa’. Wa shamaamatil a’daa’

Maksudnya: Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari menemui penderitaan, dari takdir yang buruk & dari keberhasilan musuh.

(Sahih Bukhari)

#4 Doa Ketika Sedih

(Agar dipermudahkan urusan yang sedang dilalui)

اللهُمَّ لا سَهْلَ إلا مَا جَعَلتَهُ سَهْلا وَ أنتَ تَجْعَلُ الحزْنَ إذا شِئْتَ سَهْلا

‘Allahumma la sahla illa ma ja’altahu sahla wa anta taj’alul hazna iza syi’ta sahla’

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah apabila Engkau mengkehendakinya.”

(Sahih Ibnu Hibban)

Kredit gambar: Pexels

#5 Doa Nabi Musa AS 

(Surah Taha, ayat 25-28)

ربِ اشرح لِي صدرِي ويسِر لِي أمرِي واحلُل عُقدة مِن لِسانِ يفقهُوا قولِ

‘Rabbish rahli sadri. Wayassirli amri. Wahlul uqdatam millisani. Yafqahu qauli’

Maksudnya: Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan mudahkanlah bagiku urusanku, dan lancarkanlah lidahku supaya mereka faham ucapanku.

#6 Doa Nabi Ibrahim AS 

(Surah Al-Imran, 3:173)

حسبُنا اللهُ ونِعم الوكِيلُ

‘Hasbunallāhu wa ni’mal-wakīl’

Maksud: “Cukuplah ALLAH menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung, ” 

#7 Doa Ketika Sedih

يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْث

‘Yaa hayyu yaa qayyuumm. Bi rahmatika astaghiiths’

Maksudnya: Wahai Rabb Yang Maha Hidup, wahai Rabb Yang Berdiri Sendiri tidak memerlukan segala sesuatu, dengan rahmat-Mu aku meminta pertolongan.

(Hadis Riwayat Tirmidzi)

#8 Doa Ketika Sedih

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ نَفْسًا بِكَ مُطْمَئِنَّةً، تُؤْمِنُ بِلِقَائِكَ، وَتَرْضَى بِقَضَائِكَ، وَتَقْنَعُ بِعَطَائِكَ

‘Allahumma inni as-aluka nafsan bika muthma-innah, tu’minu biliqo-ika wa tardho bi qodho-ika wataqna’u bi ’atho-ika’

Maksudnya: “Ya Allah, aku memohon kepadaMu jiwa yang merasa tenang kepadaMu, yang yakin akan bertemu denganMu, yang reda dengan ketetapanMu, dan yang merasa cukup dengan pemberianMu.” 

(Hadis riwayat Thabrani)

Tuhan Beri Saya Kesedihan Sebagai Hukuman? 

Kredit gambar: Pexels

Belum tentu, Allahu a’lam (الله أعلمُ) yang bermaksud dan Allah lebih tahu. Tetapi apabila kesedihan melanda diri sendiri, anggaplah sebagai pelajaran hidup agar kita belajar reda dengan takdir yang berlaku. 

Kalau perasaan sedih masih berlanjutan, mungkin sudah saatnya Mama lakukan ujian psikiatri. Kita tak gila, kita hanya sedang berusaha menjadi lebih sihat secara mental. 

Semoga Allah SWT segera memperkenankan doa-doa Mama. Paling penting Mama kena percaya dalam hati dengan makna doa yang dibaca ya. 


Tingkatkan amal ibadah lain dengan panduan dan bacaan yang betul seperti dikongsikan DI SINI.