KelabMama

Doa Ketika Hujan – Lengkap Dengan Teks Arab, Rumi & Maknanya

hujan

Ketika waktu hujan, ada orang yang sangat suka kan keadaan tersebut. Ada pula yang mulai takut apabila hujan semakin lebat. 

Benar hujan itu rahmat, namun pengetahuan lanjut tentang kenapa hujan diturunkan di suatu tempat bukan dalam bidang kuasa manusia. 

Sesungguhnya Allah yang lebih tahu tentang penurunan hujan. Oleh itu, semasa hujan kita hendaklah berdoa supaya Allah bawakan rahmat bersama-sama dengan hujan yang turun itu kerana doa ketika hujan merupakan salah satu waktu doa mujarab.

Ada beberapa doa yang boleh kita bacakan semasa hujan turun hingga apabila cuaca semakin memburuk. Semoga dengan doa-doa itu, keadaan bertambah baik.

Senarai Doa Ketika Hujan Yang Boleh Diamalkan

  1. Doa Ketika Hujan Turun 
Kredit gambar: Freepik

ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺻَﻴِّﺒًﺎ ﻧَﺎﻓِﻌًﺎ

Allahumma shoyyiban naafi’an

“Ya Allah turunkanlah pada kami hujan yang bermanfaat.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

  1. Doa Selepas Hujan Turun
Kredit gambar: Freepik

ﻣُﻄِﺮْﻧَﺎ ﺑِﻔَﻀْﻞِ ﺍﻟﻠﻪِ ﻭَﺭَﺣْﻤَﺘِﻪِ

Muthirna bi fadhlillahi wa rohmatih

“Kita diberi hujan kerana kurnia dan rahmat Allah.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

  1. Doa ketika hujan semakin buruk

ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺣَﻮَﺍﻟَﻴْﻨَﺎ ﻭَﻟَﺎ ﻋَﻠَﻴْﻨَﺎ,ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﻋَﻠَﻰ ﺍلآكَاﻡِ ﻭَﺍﻟﻈِّﺮَﺍﺏِ ﻭَﺑُﻄُﻮﻥِ ﺍﻟﺄَﻭْﺩِﻳَﺔِ ﻭَﻣَﻨَﺎﺑِﺖِ ﺍﻟﺸَّﺠَﺮِ

Allahumma haulanaa walaa ‘alaynaa, Allahumma ‘alal akaami wazharaabi wabuthuunil awdiyati wamanaa bitisy syajari

“Ya Allah, turunkanlah hujan di sekitar kami, bukan untuk merosak kami. Ya Allah, turunkanlah hujan di dataran tinggi, bukit-bukit, perut lembah dan tempat tumbuhnya pokok-pokok.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

  1. Doa Ketika Petir
Kredit gambar: Freepik

Dari riwayat Abdullah bin Umar, baginda membaca doa ini;

اللَّهُمَّ لَا تَقْتُلْنَا بِصَعْقِكَ، وَلَا تُهْلِكْنَا بِعَذَابِكَ، وَعَافِنَا قَبْلَ ذَلِكَ

Maksudnya: “Ya Allah! Janganlah Engkau membunuh kami dengan kemarahanmu dan janganlah Engkau binasakan kami dengan azab Mu serta ampunilah kami sebelum daripada itu.”

  1. Doa Ketika Petir

Daripada Abdullah bin Zubair RA, apabila mendengar petir, baginda terus berhenti bercakap dan membaca:

سُبْحَانَ الَّذِي (يُسَبِّحُ الرَّعْدُ بِحَمْدِهِ وَالْمَلَائِكَةُ مِنْ خِيفَتِه)

Subhanalladzii yusabbihur ra’du bihamidihi wal malaaikatu min khiifatihi

ثُمَّ يَقُولُ: إِنَّ هَذَا لَوَعِيدٌ شَدِيدٌ لِأَهْلِ الْأَرْضِ

Maksudnya: “Maha suci Allah yang Dialah juga yang disucikan oleh guruh dan para malaikat dengan bertasbih memujiNya kerana takut kepadaNya.”

Sesudah berdoa, baginda bersabda pula dengan maksud: “Sesungguhnya ini adalah peringatan yang keras untuk penduduk bumi.” (Riwayat Imam Malik)

  1. Doa Ketika Angin Kencang
Kredit gambar: Berita Harian

Daripada ‘Aisyah R.A berkata: Apabila ada angin kencang bertiup Nabi saw berdoa:

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ خَيْرَهَا، وَخَيْرَ مَا فِيهَا، وَخَيْرَ مَا أُرْسِلَتْ بِهِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّهَا، وَشَرِّ مَا فِيهَا، وَشَرِّ مَا أُرْسِلَتْ بِهِ

Allahumma innii as’aluka khairahaa wa khaira maa fiiha wa khaira maa ursilat bihi wa a’uudzubika min syarrihaa wa syarri maa fiiha wa syarri maa ursilat bihi

Yang bermaksud: Ya Allah! Ya Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu akan kebaikan angin ini dan kebaikan apa yang terkandung di dalamnya, serta segala kebaikan yang dibawanya, dan aku memohon perlindungan dengan-Mu daripada keburukan angin ini dan keburukan apa yang terkandung di dalamnya serta segala keburukan yang dibawanya.

(Hadis Riwayat Muslim)

Sunnah Ketika Hujan Turun

> Menikmati hujan

Kredit gambar: Freepik

Anas menceritakan: “Kami bersama-sama Rasulullah pernah ditimpa hujan, lalu Rasulullah menyinsing pakaiannya sehingga hujan mengenanya.” Kami bertanya, “Wahai Rasulullah, kenapa Tuan lakukan hal ini?’ Jawab Nabi: “Kerana hujan tadi mahkluk yang baru Allah ciptakan” (Hadis Riwayat Muslim)

> Tidak mencaci hujan, angin dan seumpamanya

Ada seorang lelaki mencela angin, lalu Baginda mendidiknya: “Janganlah kamu mencela angin, sesungguhnya angin hanya menurut perintah-Nya. Sesiapa yang mencela sesuatu sedangkan ia tidak berhak terhadap celaan tersebut, laknat itu akan kembali kepadanya.” (Hadis riwayat al-Tirmizi)

> Berdoa apabila mendengar guruh dan petir

Ibn Umar berkata bahawa apabila mendengar petir dan guruh, Nabi pun berdoa (yang bermaksud):

“Ya Allah, janganlah Engkau membunuh kami dengan kemurkaan-Mu dan janganlah menghancurkan kami dengan azab-Mu, ampunkanlah kami sebelum itu.” (Hadis riwayat Ahmad dan al-Tirmizi)

> Mengambil kesempatan untuk doa memohon hajat

Kredit gambar: Freepik

Terdapat beberapa waktu dan tempat yang mustajab doa, antaranya ketika hujan. Diriwayatkan Nabi SAW bersabda: “Dua doa yang tidak ditolak, semasa azan dan di bawah hujan.” (Hadis riwayat al-Hakim)

> Memohon diberikan kebaikan dan dijauhkan keburukan akibat angin, hujan dan seumpamanya

Apabila merasai tiupan angin, Nabi akan berdoa: “Ya Allah, aku memohon kebaikannya dan kebaikan apa yang ada padanya, serta kebaikan apa yang telah Engkau utuskan dengannya, dan aku berlindung daripada keburukannya dan keburukan yang ada padanya serta keburukan yang Engkau utuskan dengannya.” (Hadis riwayat Muslim)

Begitulah Nabi Muhammad SAW mengajarkan kita untuk sentiasa berserah diri kepada Allah ketika hujan. kita juga tidak hanya perlu berdoa semasa hujan bahkan ketika angin mula bertiup dan petir sabung menyabung pun ada doanya juga.

Kita harap apa yang Allah turunkan itu ialah kebaikan buat umat manusia. Jadi kerana itu, kita berdoa. Untuk Mama yang sering risau dengan keadaan petir, angin kuat dan hujan, bacakanlah doa-doa tadi.

Insya allah keadaan akan bertambah baik. Jom amalkan doa selepas bangun tidur pula!