KelabMama

Panduan Cara Amalkan Doa Ketenangan Hati Untuk Hidup Lebih Bahagia

doa ketenangan hati

Kredit gambar: muslimmatters.org

Diuji dengan ujian kadang-kala mampu membuat jiwa menjadi resah dan antara cara untuk redakannya adalah dengan membaca doa ketenangan hati. Sebagai hamba Allah yang beriman, ujian yang diterima adalah untuk meningkatkan keimanan dan kesabaran yang tinggi dalam diri.

Bagi menghadapi segala ujian dengan ketabahan dan tanpa rasa putus asa, salah satu cara dalam membantu diri adalah dengan mengamalkan doa ketenangan hati ini agar sentiasa dalam keadaan bersedia dari segi mental dan rohani.

Dalam perkongsian ini, kami telah senaraikan beberapa potongan doa yang boleh diamalkan anda. Jom kita lihat!

Senarai Doa Ketenangan Hati Untuk Jiwa Yang Mantap

1. Doa Untuk Kedamaian Jiwa

Untuk hilangkan segala keresahan di hati, anda boleh mengamalkan bacaan doa ini iaitu:

أَللّٰهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ نَفْسًا بِكَ مُطْمَئِنَّةً، تُؤْمِنُ بِلِقَائِكَ، وَتَرْضَى بِقَضَائِكَ، وَتَقْنَعُ بِعَطَائِكَ

Allahumma inni as aluka nafsaan bika muthma innah tu, minu biliqooika watardho biqodoika wataqna’u bi’athoika

Maksudnya:

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu jiwa yang merasa tenteram kepada-Mu, yang yakin akan menemui-Mu, yang redha dengan ketentuan-Mu, dan yang redha dengan pemberian-Mu“.

2. Doa Untuk Dipermudahkan Segala Urusan

Doa ini pula dibaca dengan tujuan untuk memohon agar segala urusan diberi kelancaran dan dijauhkan dari sebarang kesulitan.

رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي

Robbisy rohlii shodrii, wa yassirlii amrii, wahlul’udatam-milisaanii. Yafqohuu qouli

Maksudnya:

Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan hilangkanlah kekuatan dari lidahku, agar mereka mengerti perkataanku“.

3. Doa Memperbaiki Segala Urusan

Bagi anda yang ingin memperbaiki segala urusan agar ia menjadi lebih sempurna mohonlah kepada Allah dengan mengamalkan doa ini iaitu:

اللَّهُمَّ رَحْمَتَكَ أَرْجُو فَلاَ تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ، وَأَصْلِحْ لِيْ شَأْنِي كُلَّهُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ

Allahumma rahmataka arju fala takilni ila nafsi tharfaka ainin ashlihli syani kullahu lailaha illa anta

Maksudnya:

Ya Allah, aku mengharapkan rahmat-Mu, maka janganlah Engkau bebankan aku walau sekelip mata (urusan ini) dan perbaikilah segala urusanku, tiada Tuhan selain Engkau“.

4. Doa Ketenangan Hati Untuk Melepaskan Keperitan

Allahummaj’al li nran fi qalbi, wa nran fi qabri, wa nran fi sam’i, wa nran fi bashari, wa nran fi sya’ri, wa nran fi basyari, wa nuran fi lahran f, wa damran ‘izhami, wa nran min bayni yadayya, wa nran fi khafli, wa nran ‘an yamini, wa nran ‘an syimali, wa nran min fawqi, wa nran min tahti. Allahumma zidn nura. Wa a’thini nura. Waj’al li nra. Waj’aln nra.

Maksudnya:

Ya Allah, jadikanlah cahaya dalam hatiku, dalam kuburku, dalam pendengaranku, dalam penglihatanku, dalam rambutku, dalam kulitku, dalam dagingku, dalam darahku, dalam tulangku, di hadapanku, di belakangku, di sebelah kananku, di sebelah kiriku, di sebelah atasku, dan di sebelah bawahku. Ya Allah, tambahkanlah cahayaku. Berilah aku cahaya. Jadikanlah aku cahaya. Jadikanlah aku bersinar.”

#5. Doa Agar Hilang Segala Rasa Resah

اَللَّهُمَّ اِنِّى اَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَاَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّ جَالِ

Allahumma Inni a’udzubika minal hammi wal huzni, wal ajzi, wal kasali, wal bukhli, wal jubni, wal dhola’id daini, wa gholabatir rijali.

Maksudnya:

Ya Tuhanku, aku berlindung kepada-Mu dari kesedihan dan kesedihan atau kegelisahan, dari kelemahan dan kelemahan, dari sifat bakhil dan pengecut, dan beban hutang dan tekanan dari orang (yang jahat)“.

Kredit gambar: www.freepik.com

Sentiasa amalkan doa-doa ini untuk dipermudahkan segala urusan serta mengurangkan rasa beban yang ditanggung. Amalkan juga doa untuk anda yang selalu dianiayai bagi memohon pertolongan Illahi di SINI!

Semoga dengan perkongsian ini anda beroleh manfaat yang berpanjangan, InsyaAllah!