KelabMama

Bacaan Doa Keluar Tandas & Sunnah Rasulullah SAW Apabila Keluar Dari Tandas

keluar tandas

Tandas ialah tempat tinggal syaitan. Buktinya, Allah ada berkata tentang perkara ini dalam satu hadis sahih dari riwayat Bukhari.

“Ya Allah, Adam dan keturunannya Engkau beri tempat tinggal di bumi, maka berilah pula aku tempat tinggal,” kata Iblis

Allah swt berfirman: “Tempat tinggalmu adalah bilik air (bilik mandi atau jamban),”

(Hadis Riwayat Bukhari)

Sebab itulah, orang tua-tua kata tak elok lama-lama dalam tandas. Selesaikan hajat segera dan cepat-cepat keluar dari tandas. 

Oleh itu, setiap kali keluar dari tandas, kita disarankan untuk baca doa seperti yang diajarkan oleh nabi kita, Nabi Muhammad SAW. 

Doa Keluar Tandas

Kredit gambar: Indonesiainside.id

Doa keluar tandas ini diambil dari isteri baginda Aisyah R.A;

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إذَا خَرَجَ مِنْ الْخَلَاءِ قَالَ :” غُفْرَانَكَعَنْ عَائِشَةَ، رضى الله عنها قَالَتْ كَانَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم إِذَا خَرَجَ مِنَ الْخَلاَءِ قَالَ ‏ “‏غُفْرَانَك

Daripada Aisyah Radhiallahu ‘anha  berkata, sesungguhnya nabi Muhammad S.A.W apabila baginda keluar daripada tandas, baginda berkata “Aku memohon keampunan Mu (Ya Allah)

 (Jami` at-Tirmidzi)

Doa Keluar Tandas Lengkap

Kredit gambar: Productnation

غُفْرَانَكَ الْحَمْدُ ِللهِ الَّذِىْ اَذْهَبَ عَنّى اْلاَذَى وَعَافَانِىْ

Ghuf ronaka. Alhamdulillahillazi azhaba a’nni aza wa ‘afani

Maksudnya: Aku memohon keampunan Mu (Ya Allah), segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan dariku sesuatu yang menyakiti dan menyihatkan aku.

Adab Keluar Tandas

  1. Keluar Dengan Kaki Kanan
Kredit gambar: Warta Kota

عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ كَانَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم يُعْجِبُهُ التَّيَمُّنُ فِي تَنَعُّلِهِ وَتَرَجُّلِهِ وَطُهُورِهِ وَفِي شَأْنِهِ كُلِّهِ‏.‏

Maksudnya : “Daripada Aisyah Radhiyallahu Anha berkata, Rasulullah S.A.W sangat menyukai mendahulukan yang kanan ketika memakai sandal, ketika menyisir rambut dan ketika bersuci, juga dalam setiap perkara yang baik-baik”  

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Kenapakah keluar tandas dengan kaki kanan dikira sebagai perkara baik?

Sebabnya ialah kerana kita keluar dari tempat yang kotor dan menjadi tempat tinggal syaitan. Jadi, ia dianggap perkara baik kerana keluar dari tandas. 

Selain itu, amalan berlama-lamaan di dalam tandas juga tidak digalakkan agar tidak terpedaya dengan tipu daya syaitan. Apabila kita meluangkan banyak masa di dalam tandas, khuatir jika perbuatan itu melalaikan kita terhadap Allah SWT. 

  1. Baca Doa Keluar Tandas

Amalan membaca doa selepas keluar tandas ialah sebagai usaha untuk mengelakkan diri dari gangguan syaitan yang menyesatkan manusia. 

Sesungguhnya, syaitan tidak pernah lepa untuk menghasut anak Adam AS mengikut jejak langkah mereka.

Dalam Surah Al-Araf, ayat 16 hingga 17, syaitan ada bersumpah untuk menggoda manusia melakukan kejahatan. Syaitan akan mencuba dari setiap sudut untuk melalaikan manusia ke jalan Allah SWT.

Iblis menjawab, ‘Karena Engkau telah menghukumku tersesat, maka saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan-Mu yang lurus, kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur.

Lihatlah bagaimana Nabi Muhammad SAW mengingatkan kita agar tidak terjerumus ke dalam hasutan syaitan. Apabila masuk tandas, segera menyelesaikan urusan dan keluar dengan membaca doa. 

Pernah ditanyakan kepada Aisyah R.A dari Sa’d bin Hisyam bertanyakan tentang akhlak Rasulullah SAW. 

Lalu Aisyah menjawab dan bertanya kepadanya: “Apakah engkau tidak membaca al-Quran?” Sa’d menjawab: Bahkan aku membacanya. Lalu Aisyah berkata:

قَالَت : فَإِنَّ خُلُقَ نَبِيِّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ كَانَ القُرآنَ 

“Sesungguhnya akhlak Nabi itu adalah al-Quran” 

(HR Muslim)

Disini Mama Siti ingin mengajak Mama untuk sama-sama membaca doa selepas keluar dari tandas. Bukan sahaja kita memohon keampunan dari Allah SWT tetapi juga kerana ingin mengikut akhlak baik Nabi SAW. 

Untuk si kecil Mama pula, mulakan didik mereka doa keluar tandas ini sambil Mama mengajar mereka untuk ke tandas.


Tingkatkan amal ibadah lain dengan panduan dan bacaan yang betul seperti dikongsikan DI SINI.


Dapatkan e-baucar istimewa apabila Mama mengundi jenama barangan bayi dan keperluan ibu hamil kegemaran Mama di Motherhood Choice Awards 2022 hari ini!