KelabMama

Doa Mendapat Jodoh Yang Membahagiakan dan Berpanjangan

pengantin lelaki dan tok kadi

Kredit gambar: akids.photo.graphy / Shutterstock.com

Bernikahlah, kerana dalam perkahwinan ada ketenangan. Dalam menjalani kerasnya kehidupan, pasangan dan anak-anak hadir mencerikan hati. 

Pernikahan ialah sunnah dan bernikah melengkapkan sebahagian agama seseorang. Teruslah berusaha mencari calon terbaik. Bacakan lah doa-doa ini sebagai ikhtiar mempercepatkan jodoh.  

Mengapa Ada Yang Bimbang Jika Jodohnya Belum Sampai? 

Salah satu sebab kepada kebimbangan tersebut ialah kerana usia dan tenaga manusia yang semakin berkurangan seiring meningkat usia. 

Ada yang bimbang jika bernikah pada lewat usia, mereka tidak mampu mengasuh seperti pasangan ibu bapa yang lebih muda. Lagi pula, mereka juga perlu bekerja ketika tua kerana perlu menampung kehidupan anak-anak. 

Ada juga yang risau tentang risiko kelahiran anak jika hamil di lewat usia. 

Perkahwinan, Ibadah Yang Panjang

Kredit gambar: Khalifah Media

Perkahwinan itu tanggungjawab dan ibadah yang sangat panjang dalam riwayat seorang Islam. Ianya ialah kerjasama kedua-dua belah pihak iaitu suami dan isteri. 

Oleh itu, kita perlu memulakan usaha mencari pasangan dari awal lagi berdasar dalil dari Nabi Muhammad SAW; 

‏ تَخَيَّرُوا لِنُطَفِكُمْ وَانْكِحُوا الأَكْفَاءَ وَأَنْكِحُوا إِلَيْهِمْ

Maksudnya: Hendaklah kalian membuat pilihan bakal isteri yang terbaik untuk bakal zuriat kalian, hendaklah kalian berkahwin dengan yang sekufu, dan kawinkanlah mereka dengan perempuan yang sekufu.

(Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Doa Agar Jodoh Dipercepatkan

Baik lelaki atau perempuan, kita semuanya perlu melibatkan Allah dalam pencarian seseorang yang melengkapkan sebahagian agama ini. Doa-doa yang Mama Siti kongsikan boleh diamalkan tidak kira walau dimana atau waktunya. 

#1 Doa Jodoh Yang Boleh Diamalkan Kaum Lelaki

رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ زَوْجَة طَيِّبَة أَخْطَبُهَا وَأَتَزَوَّجُ بِهَا وَتَكُوْنُ صَاحِبَة لِي فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ

‘Robbi hablii milladunka zaujatan thoyyibah akhubuha wa atzawwaj biha watakuna shoohibatan lii fiddiini waddunyaa wal akhiroh’

Maksudnya: Ya Allah, berikanlah kepada ku isteri terbaik dari sisiMu, isteri aku lamar dan nikahi, dan isteri yang menjadi sahabat ku dalam urusan agama, urusan dunia serta di akhirat nanti.

#2 Doa Jodoh Yang Boleh Diamalkan Kaum Wanita

رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ زَوْجًا طَيِّبًا أَخْطَبُهَ وَأَتَزَوَّجُ بِهِ وَيَكُونُ صَاحِبًا لِي فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَ

‘Robbi hablii milladunka zaujan thoyyiban wayakuuna shoohiban lii fiddiini waddunyaa wal akhiroh’

Maksudnya: Ya Allah, berikanlah kepada ku suami terbaik dari sisiMu, suami dan menjadi sahabat ku dalam urusan agama, urusan dunia serta di akhirat nanti.

#3 Doa Nabi Musa

(Surah Al-Qasas, ayat 24)

#4 Surah Al Furqaan, ayat 74

Kredit gambar: surahquran.com

‘Robbana hablana min azwaajina, wa dzurriyyatina qurrata a’yuniw, waj’alna lil muttaqiena imaama’

Maksudnya: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.

#5 Surah An-Anfaal, ayat 63

Kredit gambar: islamphotos.net

‘Wa allafa baina quloobihim; law anfaqta maa fil ardi jamee’am maaa allafta baina quloobihim wa laakinnallaaha allafa bainahum; innaahoo ‘azeezun hakeem’

Maksudnya: Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

5 Petua Dipercepatkan Jodoh

Kredit gambar: RAF 02 / Shutterstock.com
  1. Muhasabah Diri

Apabila kita menilai diri sendiri, barulah kita sedar apa yang perlu dikekalkan dan apa yang haris ditinggalkan. 

Menjadi baik sebelum bernikah ialah untuk diri sendiri dan bakal keluarga yang bakal dibina nanti. Kita inginkan pasangan dan anak-anak yang soleh maka ia perlu dimulakan dengan diri sendiri agar dapat dijadikan teladan. 

  1. Memperbaiki Diri

Apabila kita mula memperbaiki diri, sedikit demi sedikit hal-hal baik akan datang dalam hidup. Boleh jadi salah satunya ialah jodoh. 

“Aku nak kahwin dengan orang soleh nanti dia boleh bimbing aku”

Itu benar, lagi-lagi kalau kita seorang perempuan. Namun begitu, agama dan keimanan kita itu bukankah tanggungjawab sendiri. Sampai bila kita ingin mengharapkan orang lain untuk menjadikan kita lebih baik. 

Sesungguhnya, hanya kita yang sepenuhnya bertanggungjawab kepada diri sendiri.

  1. Memperbetulkan Niat

“Aku cabar kau kahwin tahun ini” 

Moga-moga kita tidak tergolong dengan permainan taruhan seperti itu. Perkahwinan itu ibarat membina masjid. 

Eloklah, jika ia dimulakan dengan niat-niat kerana Allah dan mengikuti sunnah baginda Nabi SAW. 

  1. Berbakti Kepada Ibu Bapa dan Keluarga

Anak lelaki akan menjadi anak kepada ibu bapanya seumur hidup. Manakala anak perempuan, apabila tiba masanya dia akan mengalihkan fokusnya kepada si suami. 

Malahan selepas berkahwin, peringkat ketaatan perempuan pun berubah. Lebih baik kita memanfaatkan zaman bujang dengan memberikan perhatian kepada ibu bapa dan keluarga. 

Tapi Mama Siti harap Mama tak abaikan ibu bapa selepas berkahwin ya. Kita masih perlu berbuat ihsan kepada mereka.

  1. Bersedekah dan Melakukan Amalan Sunat

Dengan bersedekah, kita mendekatkan diri kepada Allah. Insya Allah, Dia semakin sayang kepada kita

Sedekah juga menambah rezeki. Semoga salah satu daripadanya ialah jodoh yang baik untuk seumur hidup. 

Kredit gambar: Penang Wedding Tourism

Iktiar yang dilakukan ialah cara untuk memperolehi perkahwinan yang mawaddah, sakinah dan warahmah. 

Begitulah pernikahan menjemput ketenangan, kasih sayang dan cinta antara dua insan dan dua keluarga. 


Tingkatkan amal ibadah lain dengan panduan dan bacaan yang betul seperti dikongsikan DI SINI.