KelabMama

“Wahai Allah, Bantulah Hamba Dengan Doa Istikharah Ini”

Dah belajar solat istikharah, doanya pula belum hafal. Macam mana ni Mama Siti? 

Jom Mama Siti tolong Mama cara baca doa istikharah yang lengkap dengan rumi dan juga maksudnya ini.

Doa Istikharah

اللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْتَخِيْرُكَ بِعِلْمِكَ، وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ، وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيْمِ، فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلاَ أَقْدِرُ، وَتَعْلَمُ وَلاَ أَعْلَمُ، وَأَنْتَ عَلاَّمُ الْغُيُوْبِ. اَللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا اْلأَمْرَ -وَيُسَمَّى حَاجَتَهُ- خَيْرٌ لِيْ فِيْ دِيْنِيْ وَمَعَاشِيْ وَعَاقِبَةِ أَمْرِيْ فَاقْدُرْهُ لِيْ وَيَسِّرْهُ لِيْ ثُمَّ بَارِكْ لِيْ فِيْهِ، وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا اْلأَمْرَ شَرٌّ لِيْ فِيْ دِيْنِيْ وَمَعَاشِيْ وَعَاقِبَةِ أَمْرِيْ فَاصْرِفْهُ عَنِّيْ وَاصْرِفْنِيْ عَنْهُ وَاقْدُرْ لِيَ الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ أَرْضِنِيْ بِهِ

Allahumma Innii Astakhiiruka bi’ilmika
Wa Astaqdiruka Biqudrotika
Wa As-aluka Min Fadhlikal Azhiim
Fainnaka Taqdiiru Wa Laa Aqdiru
Wata’lamu Wa Laa A’lamu
Wa Anta ‘allaamul Ghuyuub
Allaahumma In Kunta Ta’lamu

Anna Haadzal Amro Khoirun Lii Fii Diinii Wa Ma’aasyii Wa ‘aaqibati Amri
Faqdurhu lii Wayassirhu lii
Tsumma Baarikli Fiihi
Wa In Kunta Ta’lamu

Anna Haadzal Amro Syarrun Lii Fii Diini
Wa Ma’aasyii Wa ‘aaqibati Amri
Fashrifhu ‘annii Washrifnii ‘anhu
Waqdur Liyal Khairahaytsu Kaana
Tsumma Aor Dhinii Bih

Maksudnya: Ya Allah, aku memohon agar memilih mana yang baik menurut Engkau ya Allah. Aku juga memohon diberikan kepastian dengan ketentuanMu dan aku memohon dengan kemurahanMu Tuhan yang Maha Agung.

Sesungguhnya Engkau Tuhan yang Berkuasa, sedangkan aku tidak tahu. Engkau Tuhan yang amat mengetahui segala sesuatu yang masih tersembunyi.

Ya Allah! Jika menurut pendapatMu urusan ini (sebutkan perkara tersebut) memberi kebaikan bagiku untuk agamaku, kehidupanku, dan pekerjaanku, maka takdirkanlah ia bagiku dan berkatilah ia padaku.

Jika menurut pengetahuanMu bahawa urusan ini (sebutkan perkara tersebut) memberi keburukan bagiku untuk agamaku, kehidupanku dan pekerjaanku, maka ku mohon agar Engkau jauhkan ia daripadaku dan kurniakanlah bagiku hanya kebaikan di mana sahaja aku berada.

Jadilah aku orang yang redha atas anugerahMu.

(Rekod Imam al-Bukhari)

Nak mudahkan lagi Mama ingat doa ni, Mama Siti sedia juga lantunan lagu.

Kredit gambar: Terengganu 11

Solat dan Doa Istikharah Untuk Siapa?

Kita akan diuji dengan pilihan-pilihan yang rumit dalam hidup kita. Bahkan kadang-kadang membuat pilihan yang kecil pun kita perlukan bantuan.

Allah SWT telah mengajar hamba-Nya apabila menghadapi keraguan dengan memilih dan mengerjakan solat Sunat Istikharah. 

Kredit gambar: Pxhere

Imam Nawawi menyebut dalam karyanya al-Azkar bahawa solat Istikharah hukumnya adalah sunat dan sangat dianjurkan dalam semua perkara atau perkara yang mempunyai banyak pilihan. Ini berdasarkan  hadis Nabi Muhammad SAW dalam riwayat Jabir Ibn Abdullah RA bahawa Nabi SAW bersabda:

إذا هم أحد كم بالأمر فليركع ركعتين ثم ليقل: أللهم…

Maksudnya: “Jika di antara kamu hendak melakukan perkara/urusan, maka rukuklah (solatlah) dua rakaat, kemudian berdoa…”

(Riwayat al-Bukhari)

Bilakah Waktu Buat Solat Istikharah?

Kredit gambar: Pxhere

Tiada sekatan waktu untuk solat solat istikharah tetapi tidak dibenarkan solat sunat dalam waktu yang dilarang solat contohnya;

  1. Waktu terbit matahari sehinggalah ia naik pada kadar segalah.
  2. Waktu istiwa’ (matahari rembang) sehingga gelincir matahari; kecuali pada hari Jumaat.
  3. Waktu senja sehingga terbenam matahari.
  4. Waktu selepas solat Subuh sehingga terbit matahari.
  5. Waktu selepas solat Asar sehingga terbenam matahari.

Semoga dengan membaca doa istikharah ini, Allah membimbing kita membuat keputusan yang baik untuk diri sendiri, orang sekeliling dan natijahnya di masa depan nanti. 

Oh ya, Mama dan Papa bacalah doa istikharah ini beberapa kali ya, kerana selain Allah meminta kita berdoa, Dia juga melihat usaha kita. Dengan banyak doa yang kita panjatkan, harap-harap membantu hidup Mama nanti, insya allah. 


Tingkatkan amal ibadah lain dengan panduan dan bacaan yang betul seperti dikongsikan DI SINI.


Dapatkan e-baucar istimewa apabila Mama mengundi jenama barangan bayi dan keperluan ibu hamil kegemaran Mama di Motherhood Choice Awards 2022 hari ini!