KelabMama

Doa Ibu Bapa Dalam Quran Serta Cara Melayani Mereka di Dunia dan Akhirat

Doa Ibu Bapa

Salah satu amalan yang selalu diingat kepada kita ialah mendoakan ibu dan bapanya. Darjat ibu bapa sangat besar di sisi Allah. 

Bahkan nanti apabila ibu bapa kita telah meninggal dunia, hanya doa sahaja yang mampu memudahkan urusan mereka di akhirat. 

Dari Abu Hurairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Apabila seorang anak Adam itu meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak soleh yang mendoakan untuknya”.

(Hadis Riwayat Muslim)

Boleh jadi dengan doa-doa yang kita panjatkan, Allah meringankan seksaan di kubur atau dengan doa yang ikhlas dibacakan itu Allah memasukkan ibu bapa ke dalam syurga.

Lanjut, apa lagi bakti yang sepatutnya kita lakukan sementara mereka masih hidup didunia. Ada beberapa cara yang Mama Siti usulkan dalam artikel kali ini. 

Mari kita lihat lebih terperinci doa-doa untuk ibu bapa dan orang tua serta bakti yang seharusnya dilakukan. 

Doa Ibu Bapa Dalam Quran

Kredit gambar: darunnajah.com

#1 Doa Ibu Bapa 

اَللَّهُمَّ اغْفِرْلِيْ ذُنُوْبِيْ وَلِوَالِدِيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صِغِيْرًا

‘Allahummagh firli zunubi wa li wa lidayya warhamhuma kama robbayani soghiro’

Maksud doa untuk ibu bapa: “Ya Allah! ampunilah dosaku dan dosa kedua orang tuaku dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sejak kecil.”

Jika dibacakan beramai-ramai, tukarkan kepada ini:

اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلِوَالِدَيْنَا وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانَا صِغَارًا

‘Allahumma fighlana zunubana wa li wa lidaina warhamhuma kama rabbayani soghira’

Maksudnya: “Ya Allah! ampunilah dosa kami dan dosa kedua orang tua kami dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi kami sejak kecil.”

#2 Doa Ibu Bapa (Surah Ibrahim, Ayat 41)

رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

‘Rabbanagfir lī wa liwālidayya wa lil-mu`minīna yauma yaqụmul-ḥisāb’

Maksudnya, “Tuhan kami, berilah ampun aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat).” 

#3 Doa Ibu Bapa (Surah Nuh, Ayat 28)

رَبِّ اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِمَنْ دَخَلَ بَيْتِيَ مُؤْمِنًا وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَلَا تَزِدِ الظَّالِمِينَ إِلَّا تَبَارًا

‘Rabbighfir lī wa liwālidayya wa liman dakhala baitiya mu`minaw wa lil-mu`minīna wal-mu`mināt, wa lā tazidiẓ-ẓālimīna illā tabārā’

Maksudnya, “Ya Tuhanku! Ampunilah aku, ibu bapaku, orang yang masuk ke rumahku dengan beriman dan semua orang yang beriman laki-laki dan perempuan. Dan janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang yang zalim itu selain kebinasaan.” 

#4 Doa Ibu Bapa (Surah an-Naml, Ayat 19)

رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ

‘Fa tabassama ḍāḥikam ming qaulihā wa qāla rabbi auzi’nī an asykura ni’matakallatī an’amta ‘alayya wa ‘alā wālidayya wa an a’mala ṣāliḥan tarḍāhu wa adkhilnī biraḥmatika fī ‘ibādikaṣ-ṣāliḥīn’

Maksudnya, “…Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmatMu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh.” 

Cara Berbakti dan Melayani Kepada Ibu Bapa 

Mengajarkan Agama Yang Benar 

Kredit gambar: riwaqalazhar.com

“Ceritakanlah (Hai Muhammad) kisah Ibrahim di dalam Al Kitab (Al Quran) ini. Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat membenarkan lagi seorang Nabi. Ingatlah ketika ia berkata kepada bapanya; “Wahai bapakku, mengapa kamu menyembah sesuatu yang tidak mendengar, tidak melihat dan tidak dapat menolong kamu sedikitpun? Wahai bapaku, sesungguhnya telah datang kepadaku sebahagian ilmu pengetahuan yang tidak datang kepadamu, maka ikutilah aku, nescaya aku akan menunjukkan kepadamu jalan yang lurus. Wahai bapaku, janganlah kamu menyembah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu derhaka kepada Tuhan Yang Maha Pemurah. Wahai bapaku, sesungguhnya aku khawatir bahawa kamu akan ditimpa azab dari Tuhan Yang Maha Pemurah, maka kamu menjadi kawan bagi syaitan” (QS. Maryam: 41-45).

Memelihara Maruah Keluarga 

Kredit gambar: islamituindah.us

Dari Abdullah bin Umar radhiallahu’anhuma, Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:

إِنَّ اللَّهَ حَرَّمَ عَلَيْكُمْ دِمَاءَكُمْ وَأَمْوَالَكُمْ وَأَعْرَاضَكُمْ كَحُرْمَةِ يَوْمِكُمْ هَذَا ، فِي شَهْرِكُمْ هَذَا، فِي بَلَدِكُمْ هَذَا

“Sesungguhnya Allah telah mengharamkan atas sesama kalian darah kalian (untuk ditumpakan) dan harta kalian (untuk dirampas) dan kehormatan (untuk dirosak). Sebagaimana haramnya hari ini, haramnya bulan ini dan haramnya negeri ini” (HR. Bukhari).

Berbincang Ketika Berbeza Pendapat

Kredit gambar: istockphoto.com

Ajaklah orang tua untuk berdiskusi dalam masalah-masalahmu. Allah Ta’ala berfirman:

وَشَاوِرْهُمْ فِي الْأَمْرِ

“Bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan-urusanmu” (QS. Al Imran: 159).

Menziarahi Ibu Bapa 

Kredit gambar: Freepik

“Pernah ada seseorang pergi mengunjungi saudaranya di daerah yang lain. Lalu Allah pun mengutus Malaikat kepadanya di tengah perjalanannya. Ketika mendatanginya, Malaikat tersebut bertanya: “engkau mahu kemana?”. Ia menjawab: “aku ingin mengunjungi saudaraku di daerah ini”. Malaikat bertanya: “apakah ada suatu keuntungan yang ingin engkau dapatkan darinya?”. Orang tadi mengatakan: “tidak ada, kecuali karena aku mencintainya karena Allah ‘Azza wa Jalla”. Maka malaikat mengatakan: “sesungguhnya aku diutus oleh Allah kepadamu untuk mengkhabarkan bahawa Allah mencintaimu sebagaimana engkau mencintai saudaramu kerana-Nya“ (HR Muslim no.2567).

Menziarahi kubur mereka & sering-sering doakan mereka

Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:

كنت نهيتكم عن زيارة القبور ألا فزوروها فإنها ترق القلب ، وتدمع العين ، وتذكر الآخرة ، ولا تقولوا هجرا

“Dulu aku pernah melarang kalian untuk berziarah-kubur. Namun sekarang ketahuilah, hendaknya kalian berziarah kubur. Karena ia dapat melembutkan hati, membuat air mata berlinang, dan mengingatkan kalian akan akhirat namun jangan kalian mengatakan perkataan yang tidak layak (qaulul hujr), ketika berziarah” (HR. Al Haakim no.1393, dishahihkan Al Albani dalam Shahih Al Jaami’, 7584)

Allah mengangkat darjat ibu bapa di dunia. Tiada apa yang dapat menghubungkan anak dan ibu bapa setelah berpisah alam dunia dan akhirat melainkan doa. 

Sementara ibu bapa kita masih hidup, baiklah jika kita manfaatkan peluang ini dengan berbakti dan berbakti kepada mereka. Contohnya, mengajarkan agama yang benar, memelihara maruah keluarga serta berbincang ketika berbeza pendapat. 

Kita tidak akan pernah tahu bagaimana Allah menentukan nasib ibu bapa di akhirat. Tapi harapnya agar ibu bapa kita dimasukan ke syurga melalui doa-doa yang kita bacakan untuk mereka. 

Semoga Allah menerima usaha mereka membesarkan anak-anak. Sesungguhnya, menjadi ibu bapa ialah pekerjaan yang paling lama tempohnya. 


Tingkatkan amal ibadah lain dengan panduan dan bacaan yang betul seperti dikongsikan DI SINI.