KelabMama

Baca 5 Doa Halau Semut Nabi Sulaiman Kalau Tak Memudaratkan

doa halau semut di rumah

Mari kita sembang tentang serangga kecil bernama semut. Dimulakan dengan persoalan;

“Adakah benar, kita tidak boleh berbuat apa-apa jika semut mula menguasai rumah?”

Sebab dulu Mama Siti diajar supaya tidak membunuh semut kerana ianya ialah makhluk yang dihormati syarak. Lagipun kisah semut pun ada dalam al- Quran kan. Istimewa lah maksudnya kan? 

Paling-paling pun, orang akan nasihatkan supaya baca doa halau semut. Doa semut boleh dibaca ketika mereka hadir dalam bilangan kecil dan tidak memudaratkan. 

Berikut ialah koleksi doa halau semut dari al- Quran yang boleh diamalkan.

Doa Halau Semut Yang Sahih Daripada Al- Quran

Kredit gambar: SehatQ

#1 Surah An- Naml, ayat 18

حَتّٰىٓ اِذَآ اَتَوْا عَلٰى وَادِ النَّمْلِۙ قَالَتْ نَمْلَةٌ يّٰٓاَيُّهَا النَّمْلُ ادْخُلُوْا مَسٰكِنَكُمْۚ لَا يَحْطِمَنَّكُمْ سُلَيْمٰنُ وَجُنُوْدُهٗۙ وَهُمْ لَا يَشْعُرُوْنَ

‘Hatta itha ataw AAala wadi alnnamli qalat namlatun ya ayyuha al namlu odkhuloo masakinakum la yahtimannakum sulaymanu wajunooduhu wahum la yashuroona’

Maksudnya: “Hingga ketika mereka sampai di lembah semut, berkatalah seekor semut, “Wahai semut-semut! Masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan bala tentaranya, sedangkan mereka tidak menyadari.”

#2 Surah An- Naml, ayat 30-31

إِنَّهُۥ مِن سُلَيْمَٰنَ وَإِنَّهُۥ بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ(30)

أَلَّا تَعْلُوا۟ عَلَىَّ وَأْتُونِى مُسْلِمِينَ(31)

‘Innahụ min sulaimāna wa innahụ bismillāhir-raḥmānir-raḥīm (30) allā ta’lụ ‘alayya wa`tụnī muslimīn’ (31)

Maksudnya: Sesungguhnya surat itu, dari SuIaiman dan sesungguhnya (isi) nya: “Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang (30) Bahawa janganlah kamu sekalian berlaku sombong terhadapku dan datanglah kepadaku sebagai orang-orang yang berserah diri (31)

#3 Surah Al-Israk, ayat 44

Kredit gambar: berita.99.co

تُسَبِّحُ لَهُ ٱلسَّمَٰوَٰتُ ٱلسَّبْعُ وَٱلْأَرْضُ وَمَن فِيهِنَّ ۚ وَإِن مِّن شَىْءٍ إِلَّا يُسَبِّحُ بِحَمْدِهِۦ وَلَٰكِن لَّا تَفْقَهُونَ تَسْبِيحَهُمْ ۗ إِنَّهُۥ كَانَ حَلِيمًا غَفُورًا

‘Tusabbiḥu lahus-samāwātus-sab’u wal-arḍu wa man fīhinn, wa im min syai`in illā yusabbiḥu biḥamdihī wa lākil lā tafqahụna tasbīḥahum, innahụ kāna ḥalīman gafụrā’

Maksudnya: Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tak ada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun.

Doa-doa Tambahan Bagi Menghalau Semut

#4 Bacaan rumi: ‘Hadza Lil Timbalan Qadi’

Maksudnya: kepunyaan penolong hakim.

#5 Bacaan rumi: ‘Hadza Li Rosulil Hakim’

Maksudnya: ia milik utusan hakim.

Bila Boleh Hapuskan Semut?

(Keadaan yang membolehkan seseorang membunuh semut)

Sudah bermacam cara halau semut kita usahakan. Pun begitu, masih belum berjaya. Walaupun sudah banyak kali membaca doa halau semut, mereka masih tidak berganjak dari kediaman kita. 

Jadi, benarkah kita tidak boleh berbuat apa-apa untuk selesaikan masalah ini?  

Youtube ustaz azhar idrus: boleh tak bunuh semut

Semut memang istimewa, sampaikan kisahnya dengan Nabi Sulaiman AS tercatat dalam kitab suci orang Islam, al- Quran. 

Mereka haiwan yang dihormati syarak, manusia tidak boleh membunuh tanpa sebab munasabah. Tetapi jika mereka hadir dalam bilangan yang banyak dan membahayakan kesihatan, keadaan itu dibenarkan. 

“Oh jadi salahlah kefahaman saya sebelum ni ya, Mama Siti?”

Tidak juga. Mungkin ketika itu, kita masih kecil dan orang sekeliling sedang mengajarkan kita erti ihsan kepada haiwan. 

Sekarang, apabila sudah dewasa, kita dah ada kemampuan mencari maklumat sahih melalui sumber yang dipercayai. 

Kesimpulannya, kita tak salah, cuma menjadi lebih bijak sahaja!

Petua Halau Semut Dari Rumah

Kredit gambar: Terminix

Di samping itu, Mama juga boleh usahakan halau semut dengan petua-petua ini supaya mereka tidak datang lagi. 

#1 Cuka

Larutkan cuka dengan air dan masukkan ke dalam botol semburan. Seterusnya, semburkan di kawasan tumpuan semut seperti di sekeliling makanan manis di atas meja makan. 

#2 Kopi

Kredit gambar: Insectic

Aroma kopi mengganggu deria menghidu semut. Mama boleh letakkan biji kopi berhampiran dengan makanan yang dihidang. 

#3 Bedak atau Tepung 

Caranya adalah dengan taburkan bedak di kaki kerusi dan meja. Kaedah ini mencegah semut menghampiri makanan. 

#4 Kulit Limau atau Kulit Oren

Kredit gambar: The Indian Express

Kesegaran bau limau menenangkan deria bau manusia tetapi tidak kepada semut. Mama hanya perlu letakkan kulit limau yang dikupas di kawasan tumpuan semut.  

#5 Campuran Sabun

Renjiskan campuran sabun dan air di kawasan tertentu yang jauh dari tempat makanan. Contoh-contoh sabun yang boleh digunakan ialah sabun pencuci pinggan dan sabun mandi.

Kredit gambar: tvonenews.com

Jika semut tidak mengganggu urusan kita, lebih baik biarkan sahaja mereka hidup dan cuba bacakan doa halau semut. Mana tahu berhasil kan. 

Baiklah harapnya, doa halau semut dan persoalan mengenai menghapuskan semut dalam artikel ini menjawab persoalan Mama ya. 


Tingkatkan amal ibadah lain dengan panduan dan bacaan yang betul seperti dikongsikan DI SINI.