KelabMama

Koleksi Doa Ringkas Yang Terdapat Dalam Al Quran Agar Dipermudahkan Segala Urusan

Baca doa dari alquran khas dipermudahkan urusan

Dalam kita menjalani urusan seharian, ada kalanya kita diuji dengan kesulitan. Pada satu-satu masa, kita terdedah kepada masalah di tempat kerja, di rumah, urusan perniagaan mahupun pelajaran.

Ada doa yang boleh Mama amalkan apabila sedang melalui masa-masa sukar. Kali ini, Mama Siti bawakan doa-doa yang ringkas dan ayat-ayat yang biasa kita dengar. 

Ayuh Mama Siti kongsikan apa lima doa agar dipermudahkan segala urusan yang boleh kita semua amalkan tak kira kita berada dalam situasi apa pun.

5 Doa Agar Dipermudahkan Segala Urusan Yang Boleh Diamalkan Setiap Hari

#1 Doa Ashabul Kahfi

(Ayat 10 Surah Al-Kahfi)

Kredit gambar: Freepik

رَبَّنَآ اٰتِنَا مِنْ لَّدُنْكَ رَحْمَةً وَّهَيِّئْ لَنَا مِنْ اَمْرِنَا رَشَدًا

“Rabbana atina mil ladunka wahaiyik lana min amrina rashada”

Maksudnya: Ya Tuhan kami. Berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah petunjuk yang lurus bagi kami dalam urusan kami.

Kadang-kadang Mama Siti baca doa ini selepas solat. Kalau kita lihat pada maknanya, kita merendahkan diri untuk memohon rahmat dan petunjuk dari Allah. Semoga langkah kita selepas ini dipelihara dan dipermudahkan. 

#2 Doa Penyerahan

(Ayat 173 Surah Ali Imran)

Kredit gambar: Freepik

حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ

“Hasbunallah wa ni’mal wakil”

Maksudnya: Cukup hanya Allah bagi kami dan Dia lah Maha Pelindung.

Ini ialah doa yang dibacakan Nabi Ibrahim ketika dibakar hidup-hidup oleh kaumnya. Baginda tahu tidak ada jalan untuk keluar dari api yang marak itu, tetapi baginda masih yakin dengan kekuasaan Allah.

Ketika Mama rasa masalah Mama menemui jalan buntu, bacalah doa ini. Dengan izin Allah, Dia akan mengilhamkan penyelesaian kepada kesulitan itu. 

#3 Doa Nabi Musa

(Ayat 25-28 Surah Taha)

رَبِّ ٱشْرَحْ لِى صَدْرِى

وَيَسِّرْ لِىٓ أَمْرِى 

وَٱحْلُلْ عُقْدَةًۭ مِّن لِّسَانِى 

يَفْقَهُوا۟ قَوْلِى 

“Rabbi shrahli sodri wa yassirli amri wahlul uqdatan min lisani yafqahuqauli”

Maksudnya: Ya Rabbku, lapangkanlah untukku dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku.

Kalau Mama nak tahu, ini ialah doa Nabi Musa ketika berhadapan dengan Firaun. Seperti yang kita tahu, perwatakan Firaun sangatlah kejam dan menggerunkan. 

Nabi Musa meminta pertolongan Allah agar dimudahkan percakapannya semasa bertemu dengan raja itu.

#3 Doa Mohon Kesabaran

(Ayat 126 Surah Al-A’raf)

رَبَّنَاۤ اَفۡرِغۡ عَلَيۡنَا صَبۡرًا

“Rabbana afghir ‘alaina sobran”

Maksudnya: Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kesabaran kepada kami.

#4 Zikir Al-Mathurat

(Ayat 286 Surah Al-Baqarah)

Kredit gambar: Aiman Khair / Shutterstock.com

لَا يُكَلِّفُ اللّٰهُ نَفْسًا اِلَّا وُسْعَهَا ۗ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَآ اِنْ نَّسِيْنَآ اَوْ اَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَآ اِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهٗ عَلَى الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهٖۚ وَاعْفُ عَنَّاۗ وَاغْفِرْ لَنَاۗ وَارْحَمْنَا ۗ اَنْتَ مَوْلٰىنَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكٰفِرِيْنَ ࣖ

“La yukalliful-laahu nafsan illa wus’aha; laha ma kasabat wa ‘alaihaa maktasabat; Rabbanaa laa tu’aakhiznaaa in naseenaaa aw akhtaanaa; Rabbanaa wa laa tahmil-‘alainaaa isran kamaa hamaltahoo ‘alal-lazeena min qablinaa; Rabbanaa wa laa tuhammilnaa maa laa taaqata lanaa bih; wa’fu ‘anna waghfirlana warhamna; Anta mawlaanaa fansurnaa ‘alal qawmil kaafireen”

Maksudnya: Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannya dan dia mendapat (siksa) dari (kejahatan) yang diperbuatnya. (Mereka berdoa), “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebani kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir

Jadi Mama Siti, kena baca semua doa-doa ni ke? 

Taklah Mama. Ikut keselesaan masing-masing. Kalau Mama belum pandai membaca doa yang panjang, boleh mulakan dengan doa agar dipermudahkan urusan yang pendek. 

Setelah itu, sedikit demi sedikit baru kita bacakan doa yang lebih panjang. Tapi kalau dah selalu baca, tak terasa pun susah kan. Jadi kata kuncinya ialah latihan berkala. 

Ditambah pula dengan mengamalkan doa keluar rumah sebelum melangkah melakukan sesuatu urusan, inshaAllah, semoga Allah mempermudahkan urusan Mama, Papa dan Mama Siti juga!