KelabMama

Panduan Ringkas Doa Bulan Rejab dan Amalan-amalannya

doa bulan rejab

Kredit gambar: mantrapandeglang.pikiran-rakyat.com

Bulan Rejab merupakan antara bulan mulia yang penuh dengan kebaikan serta keajaibannya tersendiri dan sebagai satu cara untuk menyambutnya, disunnahkan kepada kita sebagai umat Islam untuk membaca doa bulan Rejab. Bulan yang dipanggil sebagai bulan Mikraj ini merupakan bulan ketujuh dalam tahun hijrah di mana terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj.

Disebabkan banyak kebaikan yang ada pada bulan Rejab ini, umat Islam sangat digalakkan untuk menghidupkan bulan ini dengan pelbagai amalan-amalan sunat seperti berpuasa sunat, berzikir, bersedekah, membaca al-Quran, memperbanyakkan doa bulan Rejab dan banyak lagi.

Untuk mengetahui dengan lebih jelas bagaimanakah doa bulan Rejab dan apakah kebaikan-kebaikan yang terkandung dalam bulan mulia ini, jom ikuti perkongsian ini!

Doa Bulan Rejab dan Keistimewaan Bulan Rejab

Kredit gambar: themuslimvibe.com

Bulan ini turut digelar sebagai bulan Haram yang bermaksud Bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab yang dihormati dalam agama Nabi Ibrahim a.s serta dimuliakan oleh orang Arab, dimana segala peperangan tidak dibenarkan dalam bulan ini. Hal ini jelas berdasarkan hadis di mana Nabi Muhammad S.A.W bersabda bahawa:

عن أبي بكرة – رضي الله عنه – عن النبي – صلى الله عليه وسلم – قال: ((إن الزمان قد استدار كهيئته يوم خَلَق الله السموات والأرض، السنة: اثنا عشر شهرًا، منها أربعة حُرُم؛ ثلاثٌ متواليات: ذو القعدة، وذو الحجة، والمحرم، ورجب مُضر الذي بين جمادَى وشعبان))

Maksudnya:

Abu Bakrah berkata bahawa Nabi S.A.W bersabda: “Zaman (masa) terus berjalan dari sejak awal penciptaan langit dan bumi. Satu tahun ada dua belas bulan antaranya ada empat bulan haram (suci), tiga bulan berurutan, iaitu Zulkaedah, Zulhijah dan Muharam serta Rejab yang berada antara Jamadilakhir dan Syaaban.”

(Hadis Riwayat al-Bukhari)

Malah, terdapat hadis yang diriwayatkan dari Aisyah r.a yang menyatakan bahawa bulan rejab merupakan bulan yang diiktiraf oleh Allah sebagai bulan Allah.

عن عائشة,قالت رسول الله صلى الله عليه وسلم : ((ٳن رجب شهر الله))

Maksudnya:

“A’ishah r.a berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: “Sesungguhnya Rejab merupakan bulan Allah S.W.T.”

(Hadis Riwayat al-Baihaqi)

Doa Bulan Rejab

Anas bin Malik menceritakan bahawa Nabi S.A.W apabila memasuki bulan Rejab, maka Baginda mengatakan bahawa:

اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان

Maksudnya:

“Ya Allah, berkatilah kami di Rejab dan Syaaban dan berkatilah kami di bulan Ramadan.”

(Al-Bazzar, al-Tabrani, dan al-Bayhaqi)

Amalan-amalan Yang Boleh Dilakukan

Kredit gambar: tutormaster.pk

Antara amalan-amalan yang boleh dikerjakan pada malam Rejab adalah seperti berikut:

Semoga dengan perkongsian ini, ia mampu membantu anda memperbanyakkan amal ibadat dan mendapat manfaat yang berpanjangan darinya, InsyaAllah!

Tingkatkan amal ibadah lain dengan panduan dan bacaan yang betul seperti dikongsikan DI SINI.