KelabMama

Cara Membaca Doa Ketika Berbuka Puasa Secara Beramai-ramai

doa berbuka puasa ramai

Kredit gambar: www.liputan6.com

Setiap kali menjelangnya waktu Ramadan, umat islam akan berbuka puasa secara beramai-ramai dengan memulakan bacaan doa berbuka puasa ramai. Untuk makluman Mama Papa, doa berbuka puasa ramai adalah berbeza dengan doa berbuka ketika kita bersendirian.

Daripada Ibn Umar r.a berkata, bahawa Nabi Muhammad S.A.W apabila hendak berbuka puasa, baginda akan membaca doa:

ذَهَبَ الظَّمَأُ، وَابْتَلَّتِ الْعُرُوقُ، وَثَبَتَ الْأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ

Maksudnya:

“Telah hilang dahaga, telah basah urat-urat dan telah ditetapkan pahala insyaAllah”.

(Riwayat Abu Daud 2357)

Berpuasa dari segi bahasa adalah menahan diri daripada melakukan sesuatu perkara manakala dari segi syarak pula ia bermaksud menahan diri dari lapar dan dahaga serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa tersebut bermula dari terbit fajar sehinggalah terbenamnya matahari beserta dengan niat.

Sifat kesabaran yang tinggi diperlukan untuk menyelesaikan ibadah puasa di bulan ramadhan iaitu selama sebulan sahaja dalam setahun.

Terdapat ganjaran pahala yang tinggi bagi mereka yang berjaya berpuasa di bulan ramadhan. Malah, dalam Islam juga kita sangat dituntut untuk sentiasa berdoa kepada Allah walaupun ketika makan.

Apatah lagi dengan doa-doa orang yang berpuasa yang sememangnya adalah sangat mustajab.

Di bawah ini kami kongsikan cara bacaannya untuk dijadikan rujukan oleh anda semua.

Cara Membaca Doa Berbuka Puasa Ramai

Kredit gambar: www.liputan6.com

Berikut merupakan cara untuk membaca doa ketika berbuka puasa secara beramai-ramai iaitu:

اللَّهُمَّ لَكَ صُمْنَا وَبِكَ أمَنَّا وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْنَا بِرَحْمَتِكَ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

“Allahumma Lakasumna Wabika Aamanna, Wa’alaa Rizqika Afthorna,Birohmatika Yaa Arhamar Roohimiin .”

Maksudnya:

Ya Allah kerana Mu kami berpuasa, Dengan Mu kami beriman, kepada Mu kami berserah dan dengan rezeki Mu kami berbuka (puasa) dengan Rahmat Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih“.

Kredit gambar: thegorbalsla.com

Amalan Ketika Berbuka Puasa:

Oleh itu, jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk berdoa apa-apa sahaja hajat kebaikan untuk dunia dan akhirat.

Amatlah rugi jika kita menghabiskan minit-minit terakhir dengan perkara yang tidak mendatangkan sebarang manfaat atau pun faedah. Bersama-samalah kita berebut mencari pahala dalam bulan ramadhan.

Semoga dengan perkongsian doa berbuka puasa ini ia akan menjadi amalan sepanjang kita berpuasa.


Dapatkan lebih banyak tips amalan bulan Ramadan di SINI!