KelabMama

Jika Barang Kesayangan Hilang, Ikhtiarlah Dengan Doa Ketika Barang Hilang Ini

Depressed man

Mencari barang yang hilang kadang-kadang boleh mengundang marah kan? Iya lah, mana tak nya bila kita tak perlu, dia ada dan masa nak guna, hilang entah ke mana.

Kadang-kala barang tersebut akan dijumpai bila kerja kita dah selesai kan. Mungkin nak menguji kesabaran kita kan Mama.

Dari sudut lain pula, keadaan akan bertambah sukar apabila barang kesayangan kita hilang akibat dicuri orang. Lagi-lagi kalau kita sudah bersusah payah berusaha mendapatkan barang tersebut. 

Kali ini, Mama Siti kumpulkan doa-doa yang boleh kita amalkan agar barang yang hilang dijumpai kembali. 

Tapi sebelum itu, Mama Siti nak bagitahu satu perkara. Berdoa ialah ikhtiar kita agar diberikan jalan untuk mendapatkan barang tersebut. Namun, boleh jadi dengan kehendak Allah, barang itu tidak akan lagi ditemukan. 

Jika perkara tersebut berlaku, Mama Siti harap Mama tidak marahkan tuhan. Ilmu pengetahuan Allah sangat luas, setiap yang ditakdirkan Allah semestinya membawa hikmah untuk hambaNya. 

Doa Ketika Barang Hilang

Kredit gambar: R.Ashrafov/ Shuterstock

اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لَا رَيْبَ فِيْهِ اِجْمَعْ بَيْنِيْ وَبَيْنَ ضَالَّتِيْ فِيْ خَيْرٍ وَعَافِيَةٍ

‘Allahumma ya jami‘an nasi li yaumin la raiba fihi, ijma’ baiia wa baina dlallati fi khairin wa ‘afiyah’

Maksudnya: Ya Allah, wahai tuhan yang mengumpulkan semua manusia di hari yang tiada ragu lagi padanya. Pertemukan aku dan barangku yang hilang dengan kebaikan dan ‘afiyah

اللّهُمَّ أجِرْنِي فِيْ مُصِيْبَتِيْ وَاخْلُفْنِيْ خَيْرًا مِنْهَا

‘allahumma ajirni fii musiibatii wakhlufnii khoiran minha’

Maksudnya: Ya Allah berilah ganjaran atas musibah yang menimpaku ini, dan gantilah dengan yang lebih baik daripadanya

Amalan Tambahan Ketika Barang Hilang

Kredit gambar: Chanyanuch Wannasinlapin/ Shutterstock

Selain membaca doa khusus beberapa kali, Mama boleh membaca surah dan zikir tambahan seperti yang Mama Siti senaraikan di bawah.

Pertama sekali, baca surah-surah di bawah sebanyak tujuh kali.

  1. Surah Al-Fatihah 
  2. Surah Al Fath ayat 1 hingga 3

إِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحًۭا مُّبِينًۭا(١)

لِّيَغْفِرَ لَكَ ٱللَّهُ مَا تَقَدَّمَ مِن ذَنۢبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ وَيُتِمَّ نِعْمَتَهُۥ عَلَيْكَ وَيَهْدِيَكَ صِرَٰطًۭا مُّسْتَقِيمًۭا(٢)

وَيَنصُرَكَ ٱللَّهُ نَصْرًا عَزِيزًا(٣)

Ayat 1: innaa fatahnaa laka fatham mubina 

Ayat 2: liyaghfiro laka allaahu maa taqaddama min dzanbika wamaa ta-akhkhara wayutimma ni’matahu ‘alayka wayahdiyaka shiraatham mustaqiimaan 

Ayat 3: Wayan’ suraka allaahu nashran ‘aziizaa

  1. Surah Kahfi ayat 19
Kredit gambar: Alquran.my

‘Wa kazaalika ba’asnaahum liyatasaaa’aloo bainahum; qaala qaaa’ilum minhum kam labistum qaaloo labisnaa yawman aw ba’da yawm; qaaloo Rabbukum a’lamu bimaa labistum fab’asooo ahadakum biwariqikum haazihee ilal madeenati falyanzur ayyuhaaa azkaa ta’aaman falyaatikum birizqim minhu walyatalattaf wa laa yush’iranna bikum ahadaa’

  1. Surah Al-Ikhlas 

Seterusnya disambung lagi dengan membaca wirid Ya Hafiz. Kemudian tadahkan tangan dan mohon kepada Allah supaya barang yang hilang dipulangkan atau setidaknya digantikan. 

Al-Hafiz ialah salah satu dari 99 nama Allah yang bermaksud Yang Maha Memelihara.

Kredit gambar: Kerem Caligraphy/ Shutterstock

Kesimpulannya, janganlah kita berputus asa dan membiarkan sahaja barang yang hilang begitu saja. Sebagai seorang Islam, kita diajarkan untuk berikhtiar dan bertawakal

Sama ada barang tersebut tidak ditemui kerana khilaf diri sendiri oleh kerana lupa atau kerana dicuri, kedua-duanya perlukan usaha. 

Semoga dengan membaca doa serta mengamalkan zikir-zikir di atas sedikit sebanyak memberikan kita petunjuk keberadaan barang itu. Namun, jika Allah berkehendak sebaliknya, kita perlu tabahkan hati dan reda dengan takdir tersebut. 

Mama Siti doakan agar barang kesayangan Mama yang hilang itu akan segera kembali, insya allah. Jika anda atau sahabat anda mengalami kehilangan kucing, boleh ikhtiar untuk menggunakan doa hilang kucing ini!


Dapatkan e-baucar istimewa apabila Mama mengundi jenama barangan bayi dan keperluan ibu hamil kegemaran Mama di Motherhood Choice Awards 2022 hari ini!