KelabMama

Doa Abu Darda – Doa Mujarab Untuk Mencegah Kejahatan Manusia dan Makhluk

Doa keselamatan diri dan keluarga

Nama Abu Darda seringkali dikaitkan dengan barisan doa-doa yang diajarkan dari Nabi Muhammad SAW. 

Nama sebenar beliau ialah Uwaimir atau Amir. Terdapat perbezaan pendapat tentang nama aslinya. Nama Abu Darda pula berasal daripada anak perempuan beliau yang bernama Darda. 

Perkataan ‘Abu’ dalam bahasa Arab bermaksud ‘ayah kepada’. Jadi Abu Darda membawa erti ayah kepada Darda.

Baginda Rasulullah SAW mengatakan Abu Darda sebagai seorang yang bijaksana, pandai ilmu fekah serta zuhud dan rajin beribadah. Baginda memuji perwatakkan soleh beliau walaupun beliau antara yang terlambat memeluk Islam.

Doa Abu Darda

(Melindungi diri, keluarga dan harta)

Kredit gambar: Freepik
Kredit gambar: akumuslim.asia 

Maksudnya: Wahai Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan bagiku kecuali hanya Engkau. PadaMu aku bertawakal, dan Engkau adalah Tuhan dari ‘arsy yang besar. Apa yang dikehendaki Allah pasti terjadi, dan apa yang tidak dikehendakiNya pasti pula tidak akan terjadi, tiadalah daya upaya dan tiada pula kekuatan kecuali hanya dengan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Besar. Aku yakin, bahawasanya Allah berkuasa atas segala sesuatu dan bahawasanya Allah meliputi segala sesuatu dengan ilmunya. Wahai Allah, aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan diriku dari kejahatan tiap-tiap makhluk yang melata di bumi ini, Engkaulah yang mengendalikannya. Bahawasanya Tuhanku sentiasa berada di jalan yang lurus

Bila Waktu Yang Sesuai Untuk Baca Doa Abu Darda?

Kredit gambar: Freepik

Selepas subuh 

Tujuannya adalah untuk melindungi diri dan harta daripada musibah. Selain itu, doa Abu Darda boleh diamalkan untuk menghindari gangguan makhluk halus dan memagar kawasan rumah.

Apabila dibaca di waktu petang, sesiapa yang membacanya akan diselamatkan dari bencana sepanjang malam.

Abu Darda r.a menjelaskan bahawa dia mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesiapa yang mengamalkan doa ini dibacakan pada waktu pagi dan petang, dia tidak akan melihat sebarang perkara yang tidak disenanginya menimpa diri, anak-anak, pasangan dan rumahny.”

(Riwayat Tabrani)

Dalil Tentang Doa Abu Darda

Dari riwayat Ibnu Sunni, ada seorang lelaki datang kepada Abu Darda seraya berkata “Wahai Abu Darda’, aku lihat rumah engkau telah terbakar! ”

Abu Darda membalas “Bukan rumahku, kerana aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda”:

“Barangsiapa membaca doa ini (doa di atas) pada waktu pagi, maka terhindar dia dari bencana yang mungkin menimpa dirinya, ahli keluarganya dan hartanya”. Aku telah membaca doa itu pada waktu pagi hari ini. Lalu Abu Darda mengajak sahabatnya itu ke rumahnya untuk menyaksikan peristiwa kebakaran itu. Maka ternyatalah bahawa rumah-rumah di sekitar rumah Abu Darda sudah habis terbakar semuanya, sedangkan rumah Abu Darda masih kekal terpelihara” 

Tahun lalu Ustaz Don ada berkongsi kisah tentang anak beliau tidak sengaja menekan butang siaran langsung dan situasi tersebut hampir-hampir memperlihatkan aurat isterinya.

Lalu beliau berkongsi bagaimana aib keluarganya terpelihara. Rupa-rupanya, Ustaz Don mengamalkan doa Abu Darda sebagai zikir hariannya. 

Iktibar dari kisah ustaz selebriti tersebut jelas menunjukkan bukti bahawa doa Abu Darda ini benar berkesan. Doa ini untuk melindungi diri, keluarga, harta dan memagar kawasan rumah dari anasir jahat.

Bilakah lagi keadaan dimana kita boleh mengamalkan doa abu darda ini? 

Kredit gambar: Freepik

Apabila diri atau ahli keluarga ditimpa masalah kesihatan, kita juga boleh membaca doa Abu Darda. Sebagai contoh, ketika ini kita dikejutkan dengan monkeypox, dengan berikhtiar kepada Allah melalui doa dan usaha, semoga Allah memberikan kita keselamatan.

Zikir dan surah-surah lain yang boleh diamalkan agar dilindungi daripada anasir jahat:


Kredit gambar: Freepik

Zikir-zikir ini boleh dibaca pada bila-bila masa dan tidak terhad pada satu-satu masa atau keadaan. Boleh dibacakan selepas solat fardhu atau solat sunat dan pada masa-masa lain juga.

Akhir sekali, Mama Siti menyeru agar kita semua sebagai makhluk Allah SWT sentiasa menjaga diri, keluarga dan harta. Ini kerana semua itu amanah yang perlu dipelihara dengan penuh rasa tanggungjawab.

Tuhan telah memberikan kita peluang memiliki nyawa, keluarga dan harta. Tinggal lagi manusia yang perlu berusaha dan bertawakal agar dilindungi dari malapetaka dan bahaya. Jom baca doa ketenangan hati pula!


Tingkatkan amal ibadah lain dengan panduan dan bacaan yang betul seperti dikongsikan DI SINI.


Dapatkan e-baucar istimewa apabila Mama mengundi jenama barangan bayi dan keperluan ibu hamil kegemaran Mama di Motherhood Choice Awards 2022 hari ini!