KelabMama

Apa Yang Mama Papa Harus Tahu Jika Dipatuk Ular?

Terdapat lebih dari 140 spesis ular di Malaysia, tetapi hanya 17 spesis sahaja yang beracun. Beberapa jenis ular beracun dan berbahaya ialah seperti ular tedung (cobra dan King cobra), ular kapak (Russell’s Viper, Malaysian pit viper dan Green tree pit viper) dan ular ‘kraits’. Ular tedung biasanya dijumpai di kawasan ladang, paya, tanah lapang dan juga di kawasan perumahan di mana mudah bagi ular-ular tersebut mencari mangsanya seperti tikus. Manakala “king Cobra” pula biasanya di jumpai di hutan tebal.

Oleh yang demikian, kes-kes patukan ular sering terjadi kepada mereka yang tinggal atau bekerja dekat dengan kawasan-kawasan tersebut dan semasa aktiviti-aktiviti perkhemahan, berkelah dan riadah di kawasan-kawasan tersebut.

 

GEJALA & TANDA-TANDA DIPATUK ULAR

Kecedaraan atau kemudaratan akibat patukan ular bergantung kepada jenis dan saiz ular, jumlah racun, bilangan patukan, tempat patukan (kesan patukan menjadi teruk jika dipatuk di kepala, leher dan badan) dan saiz mangsa.

 

Racun ular bertindak melalui 3 cara yang berlainan :

 

Gejala awal:

Sakit setempat, bengkak dan perubahan warna kulit pada tempat patukan (patukan ular laut biasanya tidak mendatangkan reaksi mahupun rasa sakit). Gejala am yang mungkin timbul pada peringkat awal pada 10 hingga 15 minit selepas dipatuk ialah rasa cemas, lemah, muntah, sakit kepala, pening, berpeluh, sesak nafas, perasaan keliru, kekejangan dan kemudian mangsa mungkin akan lumpuh dan seterusnya mati.

 

Gejala yang berlaku agak lambat:

 

KESAN ATAU KOMPLIKASI PATUKAN ULAR

Walaupun kebanyakan orang yang dipatuk ular beracun akan sembuh, namun patukan ular boleh menjadi serius dan boleh membawa maut jika tidak dirawat dengan cepat. Kesan atau komplikasi yang boleh terjadi ialah :

 

JANGAN PANIK!

 

RAWATAN DI HOSPITAL

 

BAGAIMANA MENGELAK DARI DIPATUK ULAR

 

 

 

Sumber: myhealth.gov.my