KelabMama

Dihukum Penjara, Denda RM500k+ Kalau Periksa ‘Handphone’ Suami

Kalau di Malaysia, periksa handphone suami tu perkara biasa tapi lain pula di Arab Saudi. Di sana telah menetapkan bahawa menjadi satu kesalahan jenayah sekiranya si isteri atau suami periksa handphone pasangan dan ia disenaraikan di bawah akta jenayah siber tau.

Hukum penjara dan denda

Tak kiralah suami atau isteri sekiranya disabitkan kesalahan memeriksa handphone pasangan masing-masing dengan tujuan untuk mengetahui sama ada pasangan curang atau tak akan dihukum penjara selama setahun dan denda sebanyak 500,000 Riyal bersamaan dengan RM558,429 duit Malaysia atau kedua-duanya sekali tau. Banyaknya! Boleh beli sebuah rumah di Malaysia!

Menurut sumber perundangan di sana, penalti ini dikenakan kepada suami atau isteri yang memeriksa handphone pasangan masing-masing tanpa kebenaran pasangan. Penalti itu menetapkan bahawa suami atau isteri yang melakukan kesalahan itu akan dikenakan hukuman penjara maksimum setahun dan juga denda sebanyak 500,000 Riyal. Tapi kalau pelaku hanya periksa handphone tanpa ambil gambar atau maklumat dalam handphone pasangan, penalti akan dikurangkan.

Abdul Aziz bin Batel, peguam dan penasihat undang-undang berkata, di sana sebarang jenayah yang melibatkan komputer, handphone dan kamera dikategorikan sebagai jenayah siber dan akan dikenakan tindakan undang-undang sekiranya didapati bersalah.

Sebab pasangan periksa handphone

#Trauma masa silam

Pernah gagal dalam perhubungan disebabkan pasangan curang merupakan salah satu dari sebabnya. Bila seseorang tu rasa takut pasangannya curang secara tak langsung akan mempengaruhi pasangan bertindak sedemikian.

#Tak percaya dengan pasangan

Jika pasangan pernah menipu kita berkali-kali pasti sukar untuk kita percaya lagi kan. Tapi jika mama kerap bertindak begitu pasti pasangan akan rasa tak suka dan tak selesa.

#Rasa ada sesuatu yang disorokkan oleh pasangan

Bila dah tak rasa percaya, pasti akan timbul pelbagai perasaan terhadap pasangan. Rasa diketepikan, rasa tak penting, rasa tak diperlukan. Bila timbul rasa begitu pasti ada sebabnya. Jadi untuk tahu sebabnya adalah dengan check handphone pasangan. Betul tak?

BACA JUGA TIP JADI ISTERI PENYAYANG & DISAYANGI SUAMI

Sumber : Arab News

Pesan Mama Siti

Wah..kalau kat Malaysia ni ada undang-undang yang sama pasti ramai yang akan kena penjara atau dendakan? Haha. Bukan tak boleh nak check handphone pasangan tapi kenalah minta izin dulu. Kalau pasangan bagi, Alhamdulillah maknanya tak ada apa lah yang perlu dirisaukan. Tapi kalau tak izin hmm faham-faham jelah ye..