KelabMama

DEMI KANAK-KANAK, HENTIKANLAH TABIAT MEROKOK ANDA!

Di era globalisasi ini, kanak-kanak akan lebih terdedah kepada pelbagai maklumat sama ada negatif ataupun positif. Pemantauan ibu bapa secara kerap dan berterusan amat penting bagi memastikan saluran dan maklumat yang diterima selari dengan kehendak pembentukan sahsiah kanak-kanak, dengan kata lain kanak-kanak perlu didedahkan dengan maklumat yang positif.

 

KANAK-KANAK BERPOTENSI MENIRU

 

PENGARUH INDUSTRI ROKOK TERHADAP KANAK-KANAK

Di Malaysia, kawalan penggunaan tembakau dijalankan di peringkat awal lagi iaitu melalui pendidikan kesihatan di sekolah-sekolah. Pendekatan awal ini amat berguna bagi membendung amalan merokok di usia muda. Namun terdapat usaha pengusaha industri rokok untuk mempengaruhi kanak-kanak melalui penjualan gula-gula rokok. Gula-gula ini dijenamakan dengan jenama-jenama rokok yang terkenal seperti Marlboro, Kent, Camel dan rokok 888. Ia disusun bersama-sama produk makanan lain untuk kanak-kanak. Memang tidak mustahil untuk gula-gula jenis ini menjadi pilihan golongan kanak-kanak yang mahu berketrampilan seperti orang dewasa.

 

FIZIKAL DAN SOSIAL KANAK-KANAK TERGANGGU

Ibu bapa yang merokok bukan sahaja meletakkan anak-anak mereka kepada bahaya penyakit tertentu akibat merokok, tetapi juga kemungkinan bagi kecacatan anggota serta menggugat pertumbuhan fizikal dan minda ahli keluarga mereka sendiri. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan anggaran 40 peratus kanak-kanak di seluruh dunia terdedah kepada kesan asap rokok basi di rumah dan 31 peratus daripada kematian terkait kesan asap rokok basi terdiri daripada golongan ini. Kanak-kanak terutamanya lebih terdedah kepada kesan fizikal dan sosial akibat asap rokok kerana pada peringkat umur ini mereka sangat rentan terhadap jangkitan.

KESAN FIZIKAL TERHADAP PENDEDAHAN ASAP ROKOK BASI

KESAN SOSIAL YANG SERING BERLAKU

 

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENJAUHI KANAK-KANAK DARIPADA BAHAYA ASAP ROKOK

 

 

 

Sumber: myhealth.gov.my