KelabMama

Makin Viral! Idea Dekorasi Ruang Snek, Teh & Kopi Yang Terkini

Tea and coffee lover harus baca entri kali ini! Pastinya Mama atau Papa sering membancuh kopi atau teh dan dihirup ketika masih panas bagi menikmati keaslian rasanya. Bagaimanapun, untuk membancuh secawan minuman itu je pasti tak cukup, bukan?

Tapi, kalau buat sampai satu teko atau thermos macam banyak sangat pula takut tak habis. Lagipun, kalau terbiar lama nanti suhu panas minuman itu akan berkurangan menyebabkan rasanya juga sedikit terjejas.

Hmm, mungkin Mama patut cipta sebuah ruang teh, kopi, dan snek mini bagi menyediakan air panas dengan mudah. Tetapi coffee and tea station ini lebih menjimatkan masa kerana semua bahan telah disediakan di satu tempat. Jadi tak akan ada masalah kalau perlu bancuh banyak kali untuk hirupan dalam setiap cawan.

Kedengaran leceh tapi percayalah Mama hanya perlukan coffee maker pun dah memadai.

Caranya cuma bancuhkan serbuk kopi atau teh ke dalam coffee maker dan biarkan seharian dengan mode suis ON. Ia akan memastikan kopi dan teh itu kekal hangat.

Kemudian, kalau nak minum, masukkan saja bahan tambahan seperti gula, susu atau krimer manis mengikut citarasa Mama dan Papa bagi menghasilkan Kopi O atau Kopi Susu.

Tapi, macam mana nak susun atur station coffee and tea ini? Ha, jom tengok perkongsian Mama Siti tentang idea dekorasi bagi ruang snek, teh dan kopi yang unik!

1. Stesen Kabinet

Hasil daripada kreativiti Ross Alan mewujudkan ruang kopi dan teh dengan hanya menggunakan cabinet kitchen, tapi tetap tampak kemas dan cantik.

Susunan mugs di atas para pastinya memudahkan sesiapa sahaja untuk membancuh minuman mereka sendiri. Dekorasi begini turut sesuai dihidangkan untuk tetamu yang mahu membancuh minuman pana mengikut citarasa mereka.

2. Trolley Station

Ini juga mudah dan ringkas! Hanya susun peralatan dan bahan untuk teh dan kopi bar di atas troli. Idea oleh laman web Good House Keeping ini juga sesuai bagi mereka yang tidak mempunyai ruang khas untuk mewujudkan coffee and tea station di kediaman mereka.

Malah, penggunaan troli juga memudahkan bar minuman Mama bergerak tak kira sama ada di dapur, ruang tamu, malahan di bilik tidur juga, bukan? Cuma cari plug jerr untuk ON kan suis.

3. WFH Station

Bagi individu yang work from home dan memerlukan minuman panas ini untuk temani Mama, ini deko menarik bagi ruangan kopi dan teh di bilik pejabat rumah anda yang dikongsikan oleh Recast Home. Simple but nice!

4. Modern Concept

Menurut perkongsian daripada Think Chic Interiors, coffee and tea station yang direka dengan konsep modern semestinya lebih menonjol dan bergaya.

Jika ruang kediaman Mama adalah bertemakan moden, maka dekorasi ini sangat sesuai untuk kediaman anda yang mana sekaligus menyerikan ruang di seluruh kediaman.

5. Rustic Style

Peminat konsep minimalist yang gemar dengan style ala-ala rustic iaitu campuran antara perabot kayu, tikar mengkuang dan hiasan tumbuhan lalang sangat sesuai mengikuti gaya yang dikongsikan Angela Lloyd menerusi kreativiti dipaparkan di blog beliau.

Kelihatan simple tapi tetap bergaya dan tampak cantik. Konsep sebegini hanya perlu bijak dengan pemilihan warna. Pastikan color perhiasan atau peralatan tidak terlalu striking atau dark. Warna perlulah natural dan tona hampir sama. Tapi tetap menjadikan coffee and tea station Mama dan Papa kekal menarik!


Dapatkan inspirasi deko rumah yang cantik dan trendy di ruang INI.