KelabMama

10 Idea Deko Ruang Tamu Yang Terkini. Mama Sukakan Yang Mana?

deko ruang tamu

Kredit gambar: istockphoto

Dekorasi di bahagian ruang tamu memang antara yang menjadi keutamaan pemilik rumah kan? Maklumlah…di situlah ruang untuk kita menyambut dan menyantuni tetamu. Mestilah kena kemas dan cantik kan?

10 Idea Untuk Dekorasi Ruang Tamu

Terdapat banyak tema dan idea untuk deko ruang tamu. Dalam banyak-banyak ni, yang mana pilihan Mama?

1. Tema Ruang Tamu Tradisional (Rumah Kayu Kampung)

Jika rumah Mama adalah rumah kayu kampung dan Mama ingin kekalkan suasana klasik, tradisional dan kemelayuan, Mama bolehlah memilih hiasan dan reka bentuk yang bertemakan tradisional.

Sebagai contoh untuk perabot, Mama memilih set perabot kayu jati, coffee table ukiran kayu dan permaidani buluh.

2. Tema Ruang Tamu Moden Kontemporari

Selain itu, ramai juga yang meminati rumah bertemakan moden kontemporari. Pemilihan perabot dan barang hiasannya mudah untuk dicari dan tema ini dapat mencipta suasana yang ceria di kawasan ruang tamu rumah Mama.

Pemilihan perabot untuk tema ini biasanya simple je dan menurut Decco, ada yang mencipta kontra dengan menggunakan corak grafik.

3. Tema Ruang Tamu Moden Minimalis

Kredit gambar: istockphoto

Untuk Mama yang tidak sukakan penggunaan perabot dan barang hiasan yang banyak, sesuai sangat untuk hias ruang tamu Mama bertemakan moden minimalis ni.

Perabotnya hanya sekadar yang diperlukan seperti sofa, coffee table dan karpet je. Sebab itulah tema ini agak praktikal dan makin ramai yang menyukainya.

Jimat pun jimat kan?

4. Idea Ruang Tamu Memanjang

Banyak je reka bentuk rumah yang memanjang di bahagian ruang tamunya kan? Kadang-kadang tu, pening kepala memikirkan pemilihan dan susun atur yang sesuai.

Yelah.. tak semuanya sesuai dengan ruang tamu yang memanjang. Tetapi sebenarnya, banyak tau hiasan ruang dalaman yang sesuai untuk ruang tamu memanjang.

Sebagai contoh, kalau sofa, sofa berbentuk ‘L’. Yang penting, saiz perabot Mama haruslah bersesuaian dengan ruang tamu Mama. Elakkan memilih perabot yang bulat dan kurangkan jumlah perabot ya.

Untuk ruang tamu yang memanjang, adalah lebih sesuai hiasannya pada dinding untuk menjimatkan ruang.

5. Tema Ruang Tamu All-White

Mesti ada yang sukakan tema all-white kan? Kalau boleh, nak satu rumah serba putih, macam white house gitu.

Dari perabot, permaidani, langsir yang flowy putih bersih, memang cukup menawan dan menenangkan. Tema all-white ni mencipta suasana seperti fairy tale.

Memang sesuai untuk mereka yang sukakan simplicity.

6. Tema Ruang Tamu Scandinavian

Kredit gambar: istockphoto

Sekarang sudah makin ramai yang mula jatuh hati dengan tema ini kan? Penggunaan warna untuk tema ini yang berkisarkan earth tone membuatkan ia lebih menarik, sesuai dengan iklim tropika kita.

Warna perabot dan barang hiasan yang biasa digunakan untuk tema Scandinavian adalah, warna putih, cream dan ivory. Perabot pula banyak yang menggunakan wooden material dan diserikan dengan tanaman hiasan di dalam rumah.

7. Tema Ruang Tamu Muji

Tak kurang juga, tema Muji di ruang tamu turut menjadi antara pilihan idea popular untuk dekorasi ruang tamu.

Ia berasal dari Jepun yang mengetengahkan estetik yang elegan dan minimalis. Penggunaan warna untuk tema ini biasanya hampir sama dengan tema Scandinavian tetapi ada sedikit penambahan warna navy, hijau dan dark brown.

Cukup dengan sekali pandang sebenarnya, ia akan menampakkan unsur estetik Jepun pada tema ini.  

8. Tema Ruang Tamu Hitam dan Putih

Ada juga yang lebih sukakan padanan hitam dan putih. Idea dekorasi ruang tamu sebegini pun tidak kurang menariknya.

Warna-warni bukanlah menjadi pilihan tetapi seluruh ruang tamu bertemakan warna hitam dan putih. Sofa, rak televisyen dan barang hiasan, semuanya.

Mungkin ada yang fikir tema sebegini akan mencipta suasana yang suram tetapi sebenarnya, ruang tamu Mama boleh kelihatan klasik, moden dan elegen dengan gabungan dua warna ini.

9. Tema Ruang Tamu Gothic

Tema gothic adalah lebih kurang dengan tema hitam dan putih, tetapi ia ada tambahan warna yang lain seperti emerald green dan bantuan pencahayaan dari lampu kuning.

Warna-warna perabot dan barang hiasan adalah gelap dan biasanya ia akan diserikan dengan cahaya lampu. Tema gothic sememangnya unik dan hiasan lampu chandelier adalah wajib untuk tema ini.  

10. Tema English Style

Kredit gambar: istockphoto

Tema English style memang tak lapuk dek zaman kan? Pemilihan warna dan corak sofa, permaidani dan langsir sebagai contoh, memang perlu dititikberatkan untuk tema ini.

Sekarang, tema ruang tamu English style di Malaysia diserikan lagi dengan pemasangan wainscoting di dinding, memberikan ilusi seperti berada di dalam rumah agam British gitu.

Tips Memilih Perabot Dan Dekorasi

1. Saiz Yang Sesuai

Sama ada perabot atau barang dekorasi, anda mestilah menitikberatkan saiznya. Apakah sesuai dengan keluasan ruang tamu anda?

Tentukan perabot dan barang hiasan yang anda mahukan di ruang tamu dan pilih saiz yang sesuai untuk setiap satunya supaya ia nampak seragam ya.

2. Bahan Buatan Yang Utuh

Ini penting ya. Jangan kerana dijual pada harga yang lebih murah, anda sanggup menggadaikan keselamatan dengan membelinya.

Sofa dan meja sebagai contoh, mestilah diperbuat daripada bahan buatan yang kukuh supaya ia boleh menampung berat dengan selamat.

3. Bentuk Perabot Yang Sesuai

Bukan tu je, pemilihan bentuk perabot pun perlu ditimbang kira. Jika ruang tamu anda memanjang dan sempit, perabot yang berbentuk bulat sebagai contohnya, kurang sesuai.

Reka bentuk ruang tamu anda dan kedudukan bucu memang penting untuk menentukan, bentuk perabot yang manakah sesuai untuk disusun atur dalam ruang tamu anda.

4. Keseragaman Perabot

Kredit gambar: istockphoto

Tak dilupakan juga, dalam memilih perabot dan barang hiasan untuk diletakkan di ruang tamu, anda mestilah menilai kesesuaian antara satu sama lainnya.

Sebagai contoh, tinggi coffee table mestilah selaras dengan tinggi kusyen sofa. Berdasarkan perkongsian Property Guru, ketinggian skrin televisyen dengan ketinggian kusyen sofa pun mestilah berada pada laras yang selesa untuk anda menonton televisyen.

Tak boleh sembarangan ya. Bila seragam, barulah cantik dan praktikal!

Pilihlah Idea Dan Tema Ruang Tamu Mengikut Kesukaan Anda

Salah satu keseronokkan mempunyai ruang kita sendiri adalah, menghiasnya mengikut cara kita kan? Pilihlah tema yang anda sukai dan susun aturlah perabot dan barang hiasan di ruang tamu anda mengikut kesesuaian.