KelabMama

15 Idea Deco Dapur Kecil Yang Simple Tapi Tampak Mewah. Love Sangat!

“Abang, dapur kita ni macam membosankanlah. Nak deco lain sikit untuk dapur kecil kita ni boleh?”

Setiap hari ke dapur, setiap hari juga tengok ruang yang sama. Ruang yang tak lagi buat kita teruja nak masak atau makan di dapur. Apa kata Mama pujuk cik suami, untuk tukar deco dapur kecil Mama tu menjadi sesuatu yang baru dan tampak mewah?

Antara elemen yang terpenting apabila ingin deco dapur kecil mahupun besar adalah backsplash. Pemilihan backsplash memainkan peranan dalam menonjolkan sisi mewah serta menjadikan dapur kecil kita tampak lebih luas.

Jadi, jangan asal tampal sahaja ya. Terus ikuti tips cara deco dapur kecil yang Mama Siti kongsikan di bawah.

15 Idea Deco Dapur Kecil Untuk Upgrade Rumah Mama

#1 Bermain Dengan Corak

Kredit gambar: Pinterest

Kertas dinding, backsplash, langsir mahupun permaidani. Pilih dekorasi yang bercorak kerana ia mampu menyuntikan dos gembira apabila kita berada di dapur. 

#2 Rak Terbuka

Kalau Mama nak tahu, ini antara konsep deco dapur kecil yang sangat popular sejak akhir-akhir ini. Konsep open shelf ini memang cantik dan nampak lain daripada yang lain, namun, Mama perlu mahir dalam bab susunan barang-barang di rak tersebut.

Jangan letakkan terlalu banyak barang dan Mama kena pastikan ia sentiasa tersusun rapi dan bebas habuk.

Jadi, kena extra rajin ye kalau ada open shelf ni.

#3 Ala Roman

Kredit gambar: bhg.com

Idea dapur kecil seterusnya lebih kurang sama dengan dapur mak-mak kita di kampung zaman dahulu. 

Separuh tingkap ditutup dengan langsir manakala sebahagian lagi dibiarkan terbuka supaya cahaya dan udara dapat masuk ke ruangan dapur. 

#4 Lampu Bergaya

Kredit gambar: Pinterest

Tidak dinafikan faktor pencahayaan mencantikkan lagi dapur kecil. Tips memasang lampu hiasan ialah letakkan ia berhampiran dengan sinki dan ruang bertingkap. 

#5 Rak Pinggan

Kredit gambar: quintessentiallyquinlan.com

Dapur kecil bukan masalah untuk kita mencuba gaya ‘tradisional cottage’. Kabinet dipasangkan di satu bahagian dapur sahaja. 

Ia dibahagikan kepada rak menegak dan melintang. Mama Siti suka idea dapur kecil yang satu ini kerana ia memudahkan seseorang mengambil pinggan dan cawan.

#6 Kerusi Berwarna-warni

kredit gambar: digsdigs.com

Idea deco dapur kecil yang moden seterusnya cukup dengan menggunakan island stool yang berwarna warni seperti dalam gambar di atas.

Sekali pandang seperti sedang lepak dalam kafe hipster pula. 

#7 Ruang Simpan

Kredit gambar: bhg.com

Bila dapur bersaiz kecil maka kita perlu memanfaatkan setiap ruang yang ada. Sekiranya Mama ada kabinet khas untuk letak peti sejuk, bahagian tepinya boleh buat satu almari khas untuk gantung kunci, letak surat menyurat, nota pesanan, paper bag yang selalu disimpan dan sebagainya.

Mama boleh buat ia seperti hidden cabinet supaya tetamu yang datang tidak tahu. Barulah ada satu deco dapur kecil yang unik di situ!

#8 Backsplash Bercorak

Kredit gambar: mydomaine.com

Hiaskan dinding dapur Mama mempunyai kemasan jubin yang kosong dengan pelekat backsplash bercorak. Dapur Mama bakal berwajah baru dalam sekelip mata  walaupun dengan kos yang rendah.

#9 Corak Jubin

Kredit gambar: thespruce.com

Pilih jubin yang bercorak untuk menonjolkan keunikan dapur kecil Mama. satu kelebihan jika kabinet dan dinding berwarna putih kerana ia mudah dipadankan dengan pelbagai jenis corak.

#10 Seni Sesuai Personaliti

Kredit gambar: anniescatalog.com

Rumah menggambarkan personaliti pemiliknya. Oleh itu, pilih karya seni seperti lukisan, hasil kraf dan sulaman di mana-mana bahagian dapur.

#11 Warnai Dapur Mama

Kredit gambar: decoist.com

Tingkatkan mood di dapur dengan warna-warna yang ceria. Contohnya gabungan warna firus, kuning dan biru. Jangan biarkan dapur Mama kelihatan kusam dan membosankan. 

#12 Serlahkan Warna

Kredit gambar: architecturaldigest.com

Idea ini sesuai untuk Mama yang sukakan ‘open cabinet’ dan ‘closed cabinet’. Open kabinet memberikan kesan luas di dapur. Ambil kesempatan ini dengan mempamerkan pasu, bingkai gambar atau pinggan yang cantik. 

Di bahagian ‘closed cabinet’ ialah tempat Mama simpan barang-barang lain seperti periuk dan kuali. 

#13 Backsplash Memukau

Kredit gambar: hgtv.com

Tips untuk dapur nampak lebih glam dan drama. Ruang yang dipasangkan backsplash berkilau bakal menjadi tumpuan tetamu yang singgah ke dapur Mama. 

#14 Pilih Satu Tema

Mama Siti terinspirasi dengan dekorasi dapur sebuah rumah kampung. Hampir keseluruhan ruang dapurnya berwarna hijau. 

Terserlah nilai estetika. Kalau macam ni barulah sedap mata memandang. 

#15 Langsir Gantikan Kabinet

Kredit gambar: Sarah Hassan

Satu lagi idea untuk ubai suai dapur rumah kampung. Memandangkan ada keadaan yang menghalang pemasangan kabinet di dapur jadi ia boleh digantikan dengan langsir. 

Tujuannya adalah untuk menutup kesan tukangan bawah para, tempat simpanan periuk dan tong gas. 

Cara menaikkan mood di dapur tak lain tak buakan adalah dengan ubah suai dapur kecil Mama. Bila sudah berwajah baru, barulah senang hati nak masak dan makan bersama keluarga kan.

Backsplash, warna dinding dan karya seni antara yang Mama Siti paling suka. Maklumlah Mama Siti jiwa melankolik sikit.

Rasanya itu sahaja perkongsian Mama Siti kali ini. Mama dan Papa bincang sama-sama dan pilih idea terbaik untuk ubah suai dapur kecil dengan cara paling simple dengan kesan mewah.

Jumpa lagi di artikel seterusnya.


Dapatkan lebih banyak info tentang pokok hiasan dan dekorasi rumah di SINI.