KelabMama

Tetap Berisiko Tinggi! Seorang Wanita Buta Selepas Cucuk ‘Dermal Fillers’ Daripada Doktor Berdaftar

Seorang wanita di Singapura menjadi buta selepas menerima AestheFill, salah satu jenama dermal fillers. Pihak Berkuasa Sains Kesihatan (HSA) telah dimaklumkan mengenai kejadian itu dan ia kini sedang menyiasat perkara yang berlaku.

Apa yang berlaku, dan bagaimana ia boleh terjadi?

Kejadian yang berlaku pada 29 Julai 2023 lalu melaporkan bahawa wanita tersebut masih muda dan sudah berkahwin, telah menerima suntikan fillers di wajah di sebuah klinik di Redhill, Singapura.

The Straits Times telah melaporkan bahawa doktor yang melakukan suntikan itu adalah jurulatih bertauliah dalam suntikan AestheFill yang digunakan untuk memperbaiki kedutan dan lipatan muka buat sementara waktu. Ianya disuntik terus ke dalam lapisan kulit muka.

Selepas menerima suntikan, wanita itu dilaporkan buta pada kedua-dua matanya. Parvus, syarikat yang mengedarkan AestheFill di Singapura, melaporkan kepada HSA satu insiden saluran darah tersumbat, yang bermaksud kejadian tersebut terjadi mungkin disebabkan saluran darah yang tersumbat.

Mama hati-hati! Nak cantik boleh, tapi kena tahu risiko-risiko prosedur yang Mama ingin jalankan. Tahu tak apa tu dermal filler dan risiko penggunaannya?

Untuk menjawab persoalan-persoalan ini, Mama Siti akan kongsikan khas buat Mama ATAU Papa yang teringin nak cantik!

Dermal Fillers & Risikonya

Apakah itu Dermal Fillers? Dermal fillers merupakan bahan sintetik yang disuntik ke dalam lapisan dermis (Kulit) untuk memberi sokongan dalam lapisan tersebut. Penggunaan bahan ini adalah meluas dalam bidang kosmetik kerana ia melibatkan prosedur kurang invasif.

Ianya boleh dibahagi kepada dua jenis iaitu:

Komplikasi Penggunaan Dermal Fillers

Dermal filler adalah bahan asing yang disuntik ke dalam tisu kulit seseorang. Ianya boleh menyebabkan benjolan kulit yang tidak sekata, radang kulit, jangkitan kuman, lebam serta pendarahan sekiranya suntikan terlalu dalam.

Kredit gambar: Change.org

Saluran darah tersumbat yang mengakibatkan kebutaan biasanya disenaraikan sebagai risiko yang berkemungkinan buruk dalam penggunaan Dermal Fillers.

Khususnya, arahan penggunaan AestheFill menyatakan supaya berhati-hati terhadap suntikan produk ke dalam saluran darah kerana ia boleh menyebabkan tersumbat.

Komplikasi biasa lain yang telah dilaporkan dengan penggunaannya ialah:

Ianya juga diklasifikasikan oleh HSA sebagai peranti perubatan Kelas D, yang merupakan kelas risiko tertinggi.

Hukum Cucuk Fillers dan Lain-lain Dalam Islam

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, suntikan pada kawasan rahang agar kelihatan runcing atau segala suntikan pada bahagian wajah agar muka berbentuk V (V-Shape face)  bagi  tujuan  kecantikan adalah dilarang! Hukum rawatan kosmetik bertujuan kecantikan yang boleh menyebabkan pengubahsuaian bentuk ciptaan Allah SWT adalah haram.

Hal ini kerana:

Rawatan Alternatif

Kalau Mama nak juga gunakan sebarang jenis fillers, Mama Siti dah ingatkan tau! Bukan dengan kaedah fillers sahaja boleh cantikkan wajah. Berikut pula adalah hukum suntikan kolagen untuk kesihatan kulit.

Kolagen daripada sudut Bahasa ialah: “Protein utama yang terdapat pada tisu penghubung, kulit, tulang dan tulang rawan, yang menghasilkan gelatin apabila direbus.

Dr. Soleh bin Muhamad al-Fawzan menetapkan tiga syarat untuk mengharuskan penggunaan suntikan kolagen pada bahagian-bahagian tubuh badan:

Tapi kalau bagi golongan biasa macam Mama Siti ni, mungkin tak mampu nak suntik kolagen dan sebagainya, jadi macam mana nak cantik? Sebenarnya, bagi Mama Siti, semua orang ada kecantikan tersendiri, dan tak perlu mengubah ciptaan yang telah ALLAH kurniakan.

Sebenarnya bagi kebanyakan orang, cukup sekadar pemakanan yang sihat, aktiviti harian yang cergas, dan kesihatan mental dan emosi sudah cukup untuk membuatkan seseorang itu sangat cantik!


Mama Siti akan kongsikan pelbagai maklumat kesihatan kulit di SINI.