KelabMama

Cuaca Panas Membahang, Ini Tips Kekalkan Rasa Sejuk di Rumah Dalam Keadaan Sekarang

aircond

Cuaca panas di Malaysia sekarang boleh mencecah sehingga 37 darjah celcius tau. Bukan setakat panas waktu siang hari je malam pun sama panas sampaikan nak tidur pun turut berpeluh kan.

Cuaca ni jugak menyebabkan Mama Papa perlu kurangkan aktiviti luar rumah seperti yang telah dinasihati oleh pakar kesihatan.

Jadi dengan cuaca yang membahang ni macam mana nak kekal sejuk dalam rumah tu ye? Jangan risau, Mama Siti akan kongsikan beberapa cara untuk mengekalkan rasa sejuk waktu cuaca panas ni.

Bagaimana Nak Kekal Rasa Sejuk Time Cuaca Panas Kali Ni?

Dah pasang aircond pun tak rasa sejuk jugak kan? Dengan suhu panas yang tinggi ni takkan nak pasang aircond 24 jam kan?

1. Cuaca Panas di Rumah Pasangkan Bidai

Kredit Gambar: Shopee Malaysia

Salah satu sebab yang buatkan rumah jadi makin panas adalah dinding rumah yang terdedah kepada matahari. Situasi ni akan menyebabkan haba panas tersebar ke dalam rumah tau.

Jadi, untuk kurangkan bahang panas siang hari, Papa perlu memasang bidai untuk mengelakkan dinding rumah jadi panas.

Dengan adanya bidai ni dapat menghalang haba dari meresap ke dinding. Rumah Mama Papa pun akan rasa lebih selesa sedikit.

Boleh jugak pasangkan bidai di dapur, jadi tak adalah Mama rasa makin membahang panasnya bila nak memasak. Bidai yang gelap ni akan meminimumkan penambahan haba di dapur tau.

2. Gunakan Mentol LED

“Eh Papa tutup lampu, jangan bukak nanti rasa makin panas” dalam tak sedar mentol jugak mempengaruhi suhu dalam bilik tau.

Peralatan elektrik ni akan meningkatkan haba panas dalam suhu bilik. Lagi-lagi kalau bilik Mama Papa gunakan mentol pijar. Terus rasa membahang apabila bukak lampu kan Mama Papa?

Mentor LED ni boleh kurangkan menjana haba serta lebih cekap tenaga tau. Kalau Mama Papa mahu menyejukkan suhu dalam bilik, lebih baik tukarkan kepada mentol LED ni.

Bukan setakat merendahkan suhu bilik, tetapi boleh mengurangkan bil elektrik Mama Papa jugak.

3. Saiz dan Bukaan Tingkap

Pemasangan tingkap di rumah pun turut memainkan peranan jugak ye. Sebab tingkap ni lah yang akan mengurangkan bahang dan rasa panas dalam rumah.

Kalau rumah Mama Papa gunakan tingkap yang bersaiz besar akan membuatkan aliran udara dan angin masuk ke dalam rumah dengan lebih bebas. Malah, lebih cepat jugak dapat keluarkan haba panas.

Bukan tu je, bukaan tingkap yang besar jugak meningkatkan pengudaraan dengan baik dan mampu menyamankan udara dalam rumah khusus nya di ruang tamu.

4. Pemasangan Tinted Tingkap yang Gelap

Mungkin ada rumah Mama Papa yang bukan bercermin yang gelap jadi, boleh lah Mama Papa tinted kan cermin tingkap.

Lekatkan tinted yang berwarna gelap boleh mengurangkan haba panas. Sebab haba tersebut telah menghalang masuk cahaya matahari ke dalam rumah.

Tinted tingkap ni berfungsi untuk mantulkan haba jadi dapatlah elakkan suhu yang terlampau panas.

Lagipun sekarang sudah banyak tinted dijual malah online pun ada jugak. Jadi ada pelbagai jenis tinted tinggal Mama Papa pilih dan beli je. Tinted ni memang direka khas untuk perlindungan daripada sinaran UV.

5. Kombinasi Kipas dan Ais

Letakkan Ais Depan Kipas untuk Dapatkan Udara Sejuk

Ni mungkin salah satu trick yang senang untuk Mama Papa lakukan. Cuma gunakan kipas dan ais je tau.

Macam mana caranya? Okay Mama Papa bekukan air dalam botol, selepas air tu beku letakkan dalam bekas yang sesuai dengan saiz botol dan diletakkannya di depan kipas ye.

Dengan cara ni,udara akan jadi lebih sejuk dengan mudah ye lagipun senang je kan cara ni. Boleh lah Mama Papa try buat dekat rumah nanti.

6. Lap Kipas dengan Kerap

Mama Papa perlu bersihkan kipas di rumah sekurang nya seminggu sekali tau. Habuk yang ada pada kipas ni turut mempengaruhi rasa sejuk dalam rumah.

Habuk yang ada dekat kipas tu bukan je tak bersih tau malah, menyebabkan kipas berputar dalam keadaan perlahan jugak.

Mama Siti faham nak bersihkan kipas ni sedikit leceh tetapi Mama Papa perlu bersihkan nya untuk mendapat aliran udara sejuk yang baik.

Cuba lah Mama Papa bandingkan dengan kipas yang kotor dengan bersih mana lagi kuat berputar. Aliran angin kipas pun ada bezanya jugak.

7. Cadar dan Selimut yang Sesuai

Mama time musim panas ni elakkan guna cadar dan selimut yang fabrik poliester atau flanel tau. Sebab fabik jenis macam ni akan mudah memerangkap haba.

Pilihlah jenis cadar dan selimut yang material kapas sebab ia nya lebih ringan, nipis dan sesuai dipakai time cuaca panas ni. Nak tidur pun selesa je kalau guna cadar jenis material kapas ni.

Bahaya! Cuaca Panas Penyebab Strok Haba

Kredit Gambar: Vecteezy

Cuaca panas yang membahang sampai mandi waktu malam pun masih rasa air suam panas. Panas yang membahang sehingga menjejas aktiviti luar rumah.

Tekak pula sentiasa rasa kering dan haus walapun dah minum banyak air kan. Oleh sebab tu Mama Papa kena alert dengan tanda-tanda awal strok haba ni tau.

Strok haba ni akan berlaku bila suhu badan Mama Papa meningkat melebihi 40.5 darjah celcius ye sebab suhu normal badan 37.0 darjah celcius je.

Antara tanda awal strok haba ni sakit kepala berdenyut, mual, denyutan nadi pantas dan kurang berpeluh walaupun dalam suhu yang panas.

Ada juga tanda lain seperti otot badan lemah dan kejang, muntah, kulit jadi kering dan sawan sehingga pitam.

Suhu panas yang tinggi ni jugak boleh memberi kesan kepada sistem saraf otak yang boleh menyebabkan sawan, koma dan jugak kematian ye.

Mama Siti harap dengan perkongsian tips ni boleh membantu Mama Papa menyejukkan aliran udara dalam rumah.

Selain tu, Mama Papa jangan lupa minum air masak ye untuk kekalkan hidrasi badan. Oh ye Mama Papa jangan lupa jugak selalu ingatkan dekat anak-anak untuk minum air masak tau.


Mama Papa dapatkan tips rahsia rumah tangga di SINI.