KelabMama

Cool Gila! Ini Kedai Buku Kanak-kanak Yang ‘Best’ Di KL/Selangor

Kedai buku mungkin tempat yang anak Mama gemar untuk kunjungi kerana terdapat pelbagai alat tulis, mainan dan buku-buku menarik yang sesuai untuk si Manja terokai!

Bukan itu sahaja, kedai buku yang best ni mesti ada ruang membaca, suasana yang tenang dan juga harga yang berpatutan. Barulah lawatan ke kedai buku ni menjadi yang paling best mereka pernah pergi.

Mama Siti ada senarai kedai buku yang menarik yang Mama harus kunjungi bersama mereka.

Jom kita tengok~

5 Kedai Buku Kanak-kanak Menarik Di Lembah Klang

1. Twigs

Kredit gambar: Facebook Twigs

Nama Twigs diilhamkan oleh ranting yang akan tumbuh dan berkembang sehingga menjadi pokok.

Twigs menawarkan pelbagai jenis buku untuk memberi inspirasi kepada minda anak-anak Mama – daripada buku dwibahasa kepada cerita daripada pengarang tempatan yang baru dan terkenal.

Ia juga mempunyai ruang bacaan yang kecil di sebelah rak buku bagi memudahkan ibu bapa mengawasi anak kecil mereka.

Alamat: Unit 1F-12, Tingkat Satu, 163 Retail Park, 8 Jalan Kiara, Mont Kiara, Kuala Lumpur

2. Monalisa

Kredit gambar Petitmoi

Terletak di Bukit Jalil, kedai buku ni ada tiga tingkat tau, Mama! Sangat estetik ala-ala kedai buku Korea Selatan yang menggabungkan unsur timur dan juga barat.

Mereka mempunyai ruang khas untuk si kecil di tingkat atas. Di situ mereka mempunyai Tree of Life dimana ia merupakan menara buku untuk kanak-kanak duduk dan membelek buku-buku yang berada di situ.

Bukan sekadar kedai buku sahaja, ia juga mempunyai kafe yang cantik! Lepas beli buku, boleh la minum-minum dengan anak-anak kan?

Alamat: F-8-1 Pusat Perdagangan, Jalan Persiaran Jalil, Bukit Jalil, Kuala Lumpur

3. Silverfish Books

Kredit gamber: Facebook Silverfish Books

Telah wujud lebih 20 tahun, Silverfish ialah cetakan terkemuka karya Malaysia berkualiti yang ditulis dalam bahasa Inggeris, termasuk rangkaian buku untuk kanak-kanak.

Kat sinilah Mama boleh jumpa tajuk unik dan jarang ditemui yang di kedai-kedai yang lain. Jom kita singgah!

Alamat: 63 Lorong Maarof, Bangsar, Kuala Lumpur

4. BookXcess

Kredit gambar: Facebook BookXcess

Kalau jarang pergi kedai buku pun boleh kenal BookXcess ini kerana menjadi tempat yang sering dikunjungi oleh orang ramai dengan nilai estetiknya.

Dalam banyak-banyak cawangannya, BookXcess Petaling Jaya mempunyai rak buku gelung infiniti yang sangat menarik untuk anak-anak kita kunjung.

Bukan setakat rak buku sahaja, ruang bacaan mereka juga sangat kid-friendly yang memenuhi keselesaan pembaca. Kebanyakan cawangan mempunyai kafe yang sesuai untuk Mama dan anak-anak nikmati.

Alamat: BookXcess @ Tropicana Gardens Mall, Lot 1F, 26 & 26A, Tingkat Satu, 2A, Persiaran Surian, Tropicana Indah, Petaling Jaya, Selangor

5. The Museum of Picture Book Art

Kredit gambar: The Museum of Picture Book Art

Jalan-jalan ke bandaraya? Singgah la ke kedai buku ini! Terletak di tengah bandaraya, The Museum of Picture Book Art menyediakan pelbagai buku bergambar dan seni dari seluruh Malaysia.

Produk daripada penerbit tempatan Oyez!Books juga mempamerkan sastera berpaksikan warisan dan nilai Asia. Seronok kan dapat belajar tentang negara Asia?

Alamat: GMBB, 2 Jalan Robertson, Kuala Lumpur


Mana lagi tempat menarik yang boleh Mama lawat bersama si Manja? Klik di SINI!