KelabMama

3 Ciri Ibu Bapa Progresif Yang Sangat ‘Ons’ Dengan Mak Ayah Zaman Sekarang

Ibu bapa zaman sekarang mempunyai cabaran yang berbeza berbanding zaman mak ayah kita dahulu. Kalau dulu mungkin ibu bapa kita lebih bersifat terlalu tegas, dan sangat membiarkan kita berdikari sejak usia muda, tetapi zaman kita sekarang, kita harus menyesuaikan diri seiring dengan teknologi dan kemodenan dunia. Zaman millennial la katakan.

Bagi Mama Siti sendiri, ada masa Mama Siti masih setuju dan terima teguran dan pendapat mak tentang cara saya besarkan anak-anak, namun kebanyakannya adalah lebih baik untuk tidak diikuti atau ditambahbaik mengikut keadaan semasa. 

Contohnya petua-petua zaman nenek moyang kita, tidak semua masih boleh digunapakai zaman sekarang. Bukanlah menidakkan apa yang telah mereka ajarkan, tetapi, ada sesetengah itu, sudah tidak lagi relevan untuk diterapkan dalam membesarkan anak-anak zaman ini. 

Sebab tu penting untuk kita menjadi ibu bapa yang progresif kerana ia membantu kita dan anak-anak membesar dengan pemikiran di luar kotak dan lebih optimistik pada masa hadapan. 

Bagaimana pula dengan Mama? Mama rasa Mama progresif atau tidak? Mama seperti mak ayah zaman sekarang atau masih berada di takuk lama? 

Haa nak tau Mama dan encik suami adalah ibu bapa yang mana, jom lihat ciri-ciri ibu bapa progresif yang sering diamalkan mak ayah zaman sekarang dalam membesarkan anak-anak. 

Ciri-ciri Ibu Bapa Progresif 

1. Sentiasa Up-to-date dan Menerima Perubahan 

Mama dan Papa tidak hanya berpegang kepada kepercayaan atau cara yang sudah lama digunakan, sebaliknya Mama sangat open dan sentiasa up-to-date dengan perubahan yang seiring dengan peredaran zaman. 

Mama dan Papa sangat on dengan cara zaman sekarang dan terbuka untuk menerima pengalaman baru bersama anak-anak. Zaman yang serba serbi dihujung jari dan cuba untuk memahami cabaran anak-anak membesar dalam dunia moden ini. 

2. Mempunyai dan Mengamalkan Gaya Keibubapaan Tersendiri 

Selain itu, Mama juga tidak mengikuti cara didikan atau kaedah yang diamalkan mak ayah kita dahulu. Sebaliknya, Mama lebih cuba untuk memahami anak-anak, dan menyesuaikan gaya didikan Mama dengan keadaan sekarang. 

Dalam erti kata lain, Mama tidak mudah mengikut Asian moms’ style dimana kebanyakannya terlalu bersikap autoritarian – tegas, itu ini tidak boleh, dan hanya menerima kejayaan dan mengkritik kegagalan. Walhal, mak-mak zaman sekarang lebih terbuka untuk menerima kedua-duanya. 

Mama Siti ingat lagi macam mana anak sulung Mama Siti rasa sangat sedih dan bersalah dengan keputusan peperiksaan yang kurang memuaskan. Takut kecewakan Mama katanya. 

Terus Mama Siti peluk dan berikan kata-kata semangat padanya. Kadang-kadang, anak-anak kita ni hanya perlukan masa untuk meluahkan perasaan pada kita dan pelukan seorang ibu supaya mereka lebih tenang dan percayakan kita. 

3. ‘Membesar’ Bersama Anak-anak 

Anak-anak sekarang lebih gemar dan suka jika ibu bapa mereka sentiasa bersama mereka dalam apa sahaja perkara yang dilakukan. 

Walaupun Mama dan Papa bukanlah seorang yang perfectionist, tetapi cara dan usaha kita untuk bersama anak-anak dalam setiap cabaran dan pengalaman itu membuatkan mereka lebih gembira dan menghargai masa bersama-sama. 

Lagi satu, kalau Mama perasan, ibu bapa zaman sekarang pun lebih banyak meluahkan kata-kata sayang pada anak-anak berbanding zaman mak ayah kita. Teruskan sifat dan cara itu agar anak-anak tahu mereka sentiasa disayangi dan apa sahaja yang berlaku, kita sentiasa ada untuk mereka. Tetapi, jangan terlalu manjakan pula ya. Yang mana salah, tetap perlu ditegur dan dibetulkan. 

Adakah anda setuju dengan tiga perkara di atas? Atau adakah anda sebagai ibu bapa mempunyai ciri-ciri ibu bapa progresif tersendiri seperti di atas?

Jika ya, jom kongsi pengalaman dan kisah anda dengan menyertai Friso® Gold DadMombassador 2022 untuk berpeluang memenangi hadiah wang tunai, produk Friso® Gold yang senang dihadam agar simanja kuat dari dalam serta hadiah bonus yang menarik!

Friso® Gold Meraikan Mama Papa di Friso® Gold DadMombassador 2022! 

Pencarian Friso® Gold Mombassadors kembali lagi pada tahun ini bersama Friso® Gold AmbassaDads! Ya Mama, kali ini, Friso® Gold, jenama susu terkenal dari negara Belanda yang senang dihadam agar si manja kuat dari dalam, bukan sahaja ingin meraikan Mama, tetapi Papa, si ayah juga! 

Kredit gambar: Facebook @Friso® Gold

Pencarian Friso® Gold DadMombassador ini bermula 30 Mei hingga 10 Julai 2022. Melalui peraduan ini, para peserta bukan sahaja berpeluang menjadi sebahagian daripada komuniti keibubapaan yang menakjubkan di Malaysia, tetapi Mama Papa juga akan membawa pulang hadiah-hadiah lumayan* seperti: 

Untuk menyertai, Mama Papa hanya perlu: 

Langkah 1: Beli produk Friso® Gold Langkah 3 atau 4 dalam satu resit.

Langkah 2: Ambil gambar/video dimana produk Friso® Gold perlu dipamerkan, berserta kapsyen “Bagaimana susu berkualiti tinggi yang mudah dihadam dan diserap, tanpa sukrosa/perisa tambahan menyokong perkembangan keseluruhan si manja”.

Langkah 3: Muat naik gambar atau video di FB dan/atau IG dengan hashtag #FGDadMombassador #FrisoGoldMY #EasyToDigestStrongerInside dan tag @frisogoldmy. Pastikan akaun Mama atau Papa berada dalam mod PUBLIC.

Langkah 4: Hantar bukti pembelian produk Friso® Gold Langkah 3 atau 4 berserta link posting tersebut melalui WhatsApp ke +6011-7221 9139.

Senang sangat kan Mama? Haa, jangan tunggu lagi dah. Kongsikan pengalaman dan kisah Mama atau Papa bersama Friso® Gold melalui peraduan ini bermula hari ini! Untuk maklumat lanjut, layari www.frisogold.com.my/dadmombassador atau Facebook Friso® Gold

*Tertakluk kepada Terma & Syarat.