KelabMama

Ciri-ciri Autisme – Kenalinya Dari Peringkat Awal

Membesarkan anak adalah satu tanggungjawab yang besar. Nak besarkan anak yang normal pun dah cukup mencabar. Cabaran menjaga dan membesarkan anak yang ada ciri-ciri Autisme adalah ujian buat Mama Papa. Tapi percayalah, kita tak akan diuji diluar tahap kemampuan kita. Yakinlah hikmah di sebalik segala ujian. 

Hakikatnya, ramai Mama di luar sana yang diuji dengan kehadiran anak Autisme. Cuma, kehadiran mereka agak kurang dirasai, mungkin atas sebab-sebab tertentu. Mungkin juga ada Mama Papa yang tak menyedari anak mereka ada ciri-ciri Autisme.

Banyak yang Mama Siti dengar Mama Papa yang diuji dengan anak Autisme ini lebih selesa berada di dalam kelompok mereka yang memahami berbanding dengan masyarakat awam. 

Malah, tak mustahil jika ada juga di antara Mama yang tak faham masalah anak sendiri hingga membuatkan Mama memencilkan diri dari komuniti kerana ‘malu’ bila anak mula menjerit-jerit di tempat awam. 

Sebenarnya, langkah pertama untuk membantu Mama dan anak yang menghidap Autisme ini ialah dengan memahami apa itu Autisme dan ciri-ciri Autisme yang ditunjukkan oleh anak. 

Jika kita faham apa punca anak-anak berkelakuan sedemikian, barulah kita boleh cari jalan penyelesaian untuk membantu anak-anak istimewa ini.

Apa itu Autisme? 

Kredit Autism Services Malaysia

Autisme ialah penyakit yang berkait rapat dengan emosi dan mental anak. Nama formalnya ialah Autism Spectrum Disorder (ASD)

Anak autisme sukar untuk berkomunikasi dan berhubung dengan orang di sekelilingnya. Mereka seringkali menghadapi masalah untuk berinteraksi secara sosial dengan orang ramai. 

Sains masih belum dapat membuktikan apakah punca sebenar atau perkara yang menyebabkan seseorang itu menghidap autisme. Kajian demi kajian menunjukkan yang genetik memainkan peranan penting sebagai salah satu faktor penyebab autisme. 

Anak autisme berbeza antara satu sama lain. Kebanyakkannya akan fokus pada satu perkara dalam satu masa. Mereka cenderung untuk memberontak tiba-tiba dan melakukan sesuatu yang boleh mencederakan diri berulang-ulang seperti memukul diri sendiri. Anak autisme kurang memahami bahasa tubuh dan nada suara. 

Walau apa pun yang menyebabkan autisme, Mama kenalah sentiasa positif dan tak menyalahkan diri sendiri atau sesiapa kerana itu semua adalah takdir ujian dari Maha Pencipta untuk dihadapi dengan sabar. 

Apakah Ciri-ciri Autisme?

Kebiasaannya, ciri-ciri Autisme ni boleh dilihat dan diperhatikan melalui perubahan si manja dari peringkat awal lagi. 

Anak autisme menunjukkan ciri-ciri dan karakter berbeza mengikut masa dan peringkat umur mereka. Ianya jelas kelihatan di antara umur 2 hingga 3 tahun. 

Kredit Freepik

Tak semua anak-anak menunjukkan ciri-ciri autisme dan ada juga yang kelihatan seperti autisme tetapi tak. Atas sebab inilah, Mama dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat pakar sebelum membuat apa-apa keputusan. 

Secara amnya, ada tiga kategori tanda-tanda atau ciri-ciri anak autisme iaitu daripada cara mereka berkomunikasi, kemahiran sosial (dan interaksi) serta perubahan dari segi habit dan tabiat. 

Naluri seorang Mama itu sangat kuat. Jika Mama ada berasa ‘kelainan’ pada si manja, mungkin Mama ingin memastikan dengan lebih terperinci. Sebagai aras pengukur,  Mama boleh menggunakan informasi berikut untuk tindakan lanjut, mengikut peringkat umur si manja. 

Ciri-ciri Autisme : Peringkat Umur 6 Hingga 9 Bulan 

Bayi autisme berumur 6 hingga 9 bulan menunjukkan tanda-tanda awal dengan:

Kredit Hello Sehat

Ciri-ciri Autisme : Peringkat Umur 12 Bulan 

Menjelang umur setahun, si comel Mama mungkin memerlukan pemerhatian dan nasihat pakar jika dia :

Ciri-ciri Autisme : Peringkat Umur 16 Bulan 

Jika menjangkau umur setahun setengah anak akan cenderung untuk mula bercakap menggunakan bahasa mereka. Bayi akan menghasilkan bunyi-bunyi untuk berkomunikasi. 

Jika Mama perhatikan si manja kurang atau langsung tak ada verbal atau bercakap, dia mungkin menunjukkan tanda-tanda anak autisme. 

Peringkat Umur 24 Bulan 

Anak yang berumur 2 tahun sudah mula pandai berkomunikasi dan berinteraksi dengan bahasa verbal dan bahasa tubuh. 

Jika anak Mama hanya mampu bertutur hanya menggunakan dua frasa seperti ‘nak itu’ dan ‘tak nak’ atau menggunakan tutur kata yang tak mudah untuk difahami juga tanda autisme. 

Kredit Hello Sehat

Di Setiap Peringkat Umur 

Secara amnya, Mama harus dapatkan diagnosis pakar bila anak:

Pengalaman Anak Autisme

Menurut data World Health Organization (WHO), 1 daripada 160 anak di dunia ini didiagnos dengan penyait autisme. 

Di Malaysia sendiri, ada beberapa orang selebriti tempatan yang rajin berkongsi pengalaman mereka membesar dengan anak autisme. Mama Siti banyak mengikuti perkongsian daripada Mama Zarina Zainuddin dan Fynn Jamal bersama anak-anak syurga mereka itu. 

Diuji dengan anak kembar yang didiagnos dengan autisme, Zarina Zainuddin banyak bercerita asam-garam, pahit-manis membesarkan Azal dan Azil yang kini makin meningkat dewasa. Melalui perkongsiannya di salah sebuah radio tempatan, Zarina menyatakan walaupun anaknya adalah pasangan kembar, mereka menunjukkan ciri-ciri autisme yang berbeza. Sejak kecil lagi, Azal mempunyai karakter yang hiperaktif, sukar dikawal, moodnya tak boleh dijangka, tak boleh membaca dan berkomunikasi. Manakala Azil pula lebih menunjukkan simptom yang agak bersederhana berbanding Azal.   

Foto kredit Astro Awani

Selebriti Fynn Jamal juga banyak berkongsi suka-duka membesarkan anakanda autisme tercintanya Arjuna Beta. Mama Siti selalu membaca posting Fynn di Instagram dan jatuh cinta dengan limpahan kasih-sayang dan usaha yang dilakukan oleh Fynn dan suaminya, Tri. 

Melalui perkongsiannya dengan di salah satu akhbar tempatan, Fynn mengakui yang Juna tak verbal tetapi dia ada caranya yang tersendiri bila berkomunikasi. Jika dia lapar atau mahukan susu, Juna akan menarik tangan ibu atau ayahnya ke arah beg susu atau sebarang makanan yang dikehendakinya. 

Foto kredit MStar

Berbeza dengan anak-anak kurang upaya yang lain, anak autisme kelihatan normal dari segi fizikal. Ini menjadi cabaran utama bagi Mama dan keluarga kerana masyarakat sering salah-faham dan memandang serong kepada anak-anak ini.

Hakikatnya, anak-anak istimewa ini perlu kasih-sayang yang lebih dari anak lain. Semoga dengan pemahaman yang betul, masyarakat akan lebih mengenali dan menerima insan autisme dan keluarganya seadanya.

Semoga bermanfaat!

Baca juga CABARAN BESARKAN KEMBAR AUTISMA – ZARINA ZAINUDDIN

Pesanan Mama Siti

Menjaga anak kecil, memang mencabar. Tetapi menjaga anak kecil istimewa, super duper mencabar. Semoga Mama Papa yang ada anak istimewa ini sentiasa diberi kekuatan untuk terus menjaga dan memberi pendidikan terbaik untuk mereka.