KelabMama

Cipta Kenangan Hari Jadi Istimewa Yang Anak- Anak Tidak Dapat Lupakan!

Sejak bermulanya penyebaran wabak COVID-19, banyak masa anak-anak dihabiskan di rumah dengan gajet mereka. Tak kisahlah untuk pembelajaran atas talian dan juga untuk mengisi masa lapang. Sama juga untuk ibu dan ayah yang sibuk dengan bekerja dari rumah. Hal ini menyebabkan aktiviti sosial anak-anak berkurangan dan ia bukanlah sesuatu yang baik untuk mereka.

Tiba la saat bila anak mula bertanya tentang rakan-rakan sekolahnya dan juga ahli keluarganya yang sudah lama tidak berjumpa – lagi-lagi apabila melihat video di laman sesawang yang dimuat naik dahulu oleh orang lain, kanak-kanak sebaya dengannya bersuka ria menyambut hari jadi dan pesta keramaian bersama-sama kawan dan keluarga.

Hanya video call sahaja yang dapat mengubat rindu anak kecil kita dengan ahli keluarganya yang lain, walaupun kita sudah memasuki fasa endemik. Tidak sampai hati melihat keluhan anak, inilah masa Mama ada idea yang pasti menyeronokkan!

Sambutan hari lahir tidak semestinya perlu disambut di luar atau juga pada hari-hari tertentu sahaja. Raikan sahaja di rumah dengan mengadakan party kecil untuk anak dan juga ‘teman-teman’ sepermainan mereka. Ini juga boleh memupuk rasa ihsan dan kasih sayang pada semua benda yang anak ada.

Duduk di rumah pun boleh buat celebration yang meriah, menarik dan mudah tau Mama! Dengan McDonald’s Parties@Home, lengkap segala item untuk berparti hanya dari RM100.00 sahaja!

Pakej ini sangat sesuai untuk diraikan di rumah tanpa Mama perlu keluar mencari barang untuk sambutan hari lahir anak-anak. Dengan kemudahan di hujung jari, Mama hanya perlu membuat pesanan melalui McDelivery sahaja.

Klik-klik je dah sampai! Sungguh mudah bukan? Hanya perlu buat pesanan, dan pihak McDonald’s akan hantar terus ke rumah.

Pakej Parties@Home ini menyediakan pelbagai jenis makanan yang menjadi kegemaran ramai seperti ayam goreng, nugget, fries, dan banyak lagi! Pasti anak-anak sangat seronok melihat hidangan yang cukup lengkap mengikut cita rasa mereka.

Makanan, Percuma Hiasan Parti & Hadiah Istimewa!

Yang paling menarik, pakej ini juga menyediakan hiasan parti dan menawarkan hadiah istimewa secara percuma, iaitu bekas makanan berbentuk burger Big Mac yang super cute, khas untuk meraikan anak Mama.

Anak-anak bukan sahaja dapat menyambut parti bersama ‘teman-teman’ mainannya tetapi juga dapat belajar menjadi “party planner” kerana mereka sendiri akan teruja untuk sama-sama menyiapkan parti ini! Aktiviti yang cukup menarik bersama keluarga bukan?

Gembira rasa hati melihat si anak bersungguh-sungguh membuat persiapan hari lahir bersama keluarga dan mainan kesayangannya.

Dari penyusunan makanan di atas meja, menyiapkan invitation card untuk ‘tetamunya’, menghias meja dan banyak lagi. Setelah semuanya tersedia, ITS PARTY TIME!

Parti hari jadi anak bersama anak patung kesayangannya telah pun bermula! Memang seronok melihat anak akhirnya dapat melakukan sesuatu yang lain daripada yang lain untuk dilakukan di rumah.

Bukan itu sahaja, selepas menjamu selera, kita juga boleh melakukan beberapa aktiviti seperti menyelesaikan activity sheet yang didatangkan bersama pakej ini, bermain permainan bersama keluarga ataupun berkaraoke bersama ayahnya.

Semestinya menjadi satu kenangan yang pasti tidak akan dilupakan kami seisi keluarga! Walaupun berada di rumah, kita masih boleh melakukan aktiviti seperti diluar.

Dengan adanya Pakej McDonald’s Parties@Home ini, sambutan parti di rumah menjadi mudah dan lebih menyeronokkan. Anak-anak pun dapat belajar sesuatu daripada aktiviti yang dilakukan bersama.

Jadi, apa Mama tunggu lagi? Raikan hari lahir anak Mama bersama Pakej McDonald’s Parties@Home dengan membuat pesanan di https://www.mcdelivery.com.my/my/ hari ini!