KelabMama

CHOMEL | PEMBERSIH SEMULA JADI BEBAS KIMIA TERBAIK BUAT BAYI

Setiap ibu bapa amat prihatin dalam memastikan anak-anak mereka membesar dalam persekitaran yang sihat. Namun, persekitaran kita hari ini kurang meyakinkan. Daripada lantai rumah hingga perabot, tahap kebersihan buah-buahan serta sayur-sayuran, pakaian yang dibasuh menggunakan serbuk pencuci, alat permainan, udara yang tercemar dan banyak lagi membawa seribu satu rugutan daripada ibu bapa. Semua ini boleh menyebabkan anak-anak, khususnya bayi mengalami masalah alahan pada kulit sekaligus menyebabkan penyakit lain seperti asma, ADHD, sistem pernafasan dan mata. Kulit merupakan organ terbesar pada tubuh manusia. Ia bertindak sebagai pelindung utama sebarang ancaman dari luar tubuh. Pada kulit juga mengandungi sel istimewa untuk sistem ketahanan badan manusia. Apabila kulit menghadapi masalah alahan atau iritasi ia mengurangi fungsi sebagai penghalang ancaman seperti kuman dari luar.

Keterbiasaan membeli produk yang ada di pasaran tanpa melihat isi kandungan produk itu boleh mengundang masalah dikemudian hari. Disebabkan kerisauan tersebut, Pengasas produk CHOMEL mengambil inisiatif untuk menghasilkan produk yang selamat untuk keluarga terutamanya kepada bayi. Beliau turut mempunyai kerisauan yang sama seperti apa yang ibu bapa lain fikirkan dalam memilih produk terbaik untuk si manja. Maka terhasilkan produk CHOMEL, rangkaian produk pembersihan yang menjadi jenama pilihan ibu bapa diserata dunia.

PRODUK CHOMEL- SELAMAT, BERKESAN, SEMULA JADI & MESRA ALAM

Sebagai jenama yang dipercayai untuk bayi, CHOMEL telah menghasilkan produk yang selamat, semula jadi, mesra alam, berkesan dan efektif, sekali gus memastikan setiap produk menepati tahap piawaian yang ditetapkan. Produk CHOMEL berasaskan semula jadi mampu memberikan yang terbaik kepada bayi. Ini kerana produk semula jadi tidak mengandungi bahan kimia berbahaya seperti  paraben, klorin, SLE, sodium sulfat, bahan pewarna dan pewangi tiruan, alkohol serta bahan sintetik berbahaya yang boleh memberi kesan negatif pada si manja. Jadi ianya sangat selamat untuk digunakan khususnya bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif. Apabila tiada bahan kimia digunakan, sabun pembersih yang terhasil tidak meninggalkan sebarang kesan dan bersifat lembut ke atas lapisan kulit.

Rangkaian produk pembersihan CHOMEL termasuk untuk kegunaan bayi baru lahir serta kegunaan harian, seperti  Baby Laundry Detergent (RM27.90), Toy & Surface Cleaner (RM23.90) , Breast Pump & Bottle Cleanser (RM23.90) dan  Travel & Highchair Cleaner (RM15.90)      

DIIKTIRAF & DIPERCAYAI

Produk Chomel telah mendapat kelulusan ujian dermatologi untuk kulit sensitif. Keberkesanan dan keselamatan menggunakan produk CHOMEL telah terbukti dengan pengiktirafan yang telah diberikan. Rangkaian produk pembersihan CHOMEL  diiktiraf mengikut piawaian detergen semula jadi  mengikut salah satu badan pensijilan terkemuka dunia dengan piawaian yang ditetapkan. Oleh itu, penggunaan produk ini adalah selamat dan telah diakui.

Sehubungan itu, ibu bapa harus membeli produk penjagaan rumah atau pembersihan harus memeriksa kandungan yang tertera.  Sasaran  CHOMEL adalah untuk membantu ibu bapa memastikan bayi mereka selamat daripada bahaya persekitaran dan pendedahan bahan kimia selain menjaga alam sekitar. Sebab itulah wujud Misi CHOMEL, ‘To empower people to live happy and healthy lives.  We believe in clean without compromise and meaningful transparency with thoughtful design.  We believe in changing the world, one product at a time.’

UNTUK MAKLUMAT LANJUT DAN PEMBELIAN PRODUK HUBUNGI:

ESONA Nature Sdn Bhd
46, Jalan 1, Taman Industri Pandan Indah
55100 Kuala Lumpur,
Telefon: +6016 – 7750 888
Website: http://www.chomelbaby.com
Email: chomelbb@gmail.com
Facebook:  CHOMEL ( https://www.facebook.com/chomelbb )