KelabMama

5 Barang Yang Wajib Ada Dalam ‘Child Safety Kit’ Si Manja Mama

Bila dah nak hujung tahun ni, mulalah Mama dan Papa semua bersiap sedia nak pergi bercuti kan? Dah siap tempah bilik hotel, buat itinerari, fikir baju apa nak sediakan semua, itu ini dah lengkap, tetapi…eh ada satu benda yang mak-mak sekarang selalu lupa – ’emergency kit’ anak-anak, atau lebih dikenali sebagai ‘child safety kit’.

Sebenarnya masih ramai ibu bapa yang belum mempunyai kesedaran untuk sediakan safety kit dirumah mahupun ketika bercuti. Child Safety Kit juga sangat penting untuk dibawa bersama kemana-mana sahaja anda pergi. Dibawah merupakan lima barang-barang penting yang WAJIB ada dalam safety kit Mama.

+1 Cooling Gel Sheet

Cooling gel sheet sangat sesuai untuk digunakan sekiranya anak Mama tiba-tiba demam ketika bercuti. Selain itu, gel sheet ini juga boleh digunakan untuk maintain suhu badan anak Mama selepas seharian berjalan-jalan. Mama dan Papa pun boleh guna cooling get sheet ni juga tau!

+2 Minyak/Balsam panas

Minyak atau balsam panas seperti Tiger Balm yang bersaiz kecil juga harus disediakan untuk keselesaan perut anak Mama. Mama juga boleh gunakan balsam panas tersebut sekiranya pening kepala, mual-mual ketika perjalanan atau untuk kurangkan kegatalan akibat gigitan serangga mahupun nyamuk.

+3 Plaster

Bila anak-anak semakin membesar, dah mula dapat kaki, haa mula la ada calar sana sini. Sediakan plaster yang sesuai untuk kanak-kanak supaya tak berlaku iritasi di badan mereka.

+4 Semburan hidung

Semburan hidung atau nasal spray harus ada untuk melegakan hidung anak-anak yang tersumbat atau selesema.

+5 Penyembur Anti Nyamuk

Penyembur anti nyamuk yang mudah dibawa dan sesuai untuk kanak-kanak juga antara barang yang wajib ada dalam child safety kit. Ia sangat membantu dalam mencegah daripada gigitan nyamuk.

Jangan sangka nyamuk yang kecil tidak berisiko membawa penyakit ya. Selain Denggi dan Chikugunya, jangkitan bakteria turut boleh berlaku di anggota badan yang digigit nyamuk. Sebab tu penting untuk Mama sediakan semburan nyamuk, atau pelekat anti nyamuk (mosquito repellent patch), seperti produk keluaran Tiger Balm ini.

Tiger Balm yang terkenal dengan minyak anginnya sejak zaman nenek moyang kita telah mengeluarkan produk mencegah gigitan nyamuk yang sesuai untuk seisi keluarga – Tiger Balm Mosquito Repellent Patch, Tiger Balm Repellent Spray dan Tiger Balm Repellent Aerosol.

Sumber: Facebook @tigerbalmMY

Tiger Balm Mosquito Repellent Patch

Sumber: Facebook @tigerbalmMY

Pelekat anti nyamuk Tiger Balm ini mengandungi Eucalyptus oil, non toxic, dan menggunakan bahan semulajadi yang sesuai untuk kanak-kanak. Satu kotak mempunyai 10 pelekat. Hanya tampalkan patch tersebut di baju anak untuk mencegah nyamuk daripada mendekati si manja Mama.

Tiger Balm Repellent Spray

Penyembur anti nyamuk ini pula mengandungi citronella oil yang sesuai digunakan untuk anak-anak dan seisi keluarga. Hanya semburkan terus ke badan atau baju untuk menangkis nyamuk dan serangga lain.

Tiger Balm Repellent Aerosol

Sekiranya Mama merancang untuk berkhemah, beriadah di kawasan air terjun, berhampiran hutan atau diluar rumah sekali pun, jangan lupa untuk semburkan Tiger Balm Repellent Aerosol. Penyembur anti nyamuk aerosol ini sesuai untuk aktiviti-aktiviti di luar rumah kerana ia difomulasikan dengan semburan yang halus dan non greasy. Ia mencegah anda daripada digigit nyamuk selama beberapa jam, tahan lama, malah nak sembur dua tiga kali pun boleh!

Semburkan atau tampal pelekat anti nyamuk daripada Tiger Balm sebelum anda sekeluarga memulakan sebarang aktiviti. Senang tau ada produk-produk ini. Anak-anak nak main pun tak susah hati. Yelah, lebih baik mencegah daripada merawat bukan? Yang penting selamat, menggunakan bahan semulajadi dan sesuai dibawa kemana-mana sahaja.

Dapatkan produk Tiger Balm di laman rasmi Tiger Balm atau di farmasi yang berdekatan. Haa barulah lengkap child safety kits Mama bukan?