KelabMama

Nanti Dulu! 7 Checkpoints Penting Mama Papa WAJIB Check Sebelum Pergi Bercuti

Tunggu dulu! Mesti tak sabarkan nak bercuti? Dengan kerenah anak-anak lagi, nak pek barang dan pakaian lagi, mungkin ada perkara yang Mama dan Papa akan terlepas pandang.

Sebelum pergi bercuti, pastikan Mama periksa ketujuh-tujuh checkpoints penting ini demi keselamatan rumah dan kesejahteraan Mama Papa sendiri semasa bercuti.

Rumah kosong pun kena make sure selamat tau! Jom kita tengok!

7 Checkpoints Penting Yang Perlu Diperiksa Sebelum Bercuti

1. Matikan Semua Suis

Kredit gambar: Shutterstock

Ini checkpoint penting yang ramai lupa atau ambil tak endah! Mungkin Mama akan terlepas pandang, tapi periksa dahulu semua suis sebelum bercuti tau Mama.

Adalah lebih baik untuk Mama switch off suis-suis seperti penghawa dingin, televisyen, mesin basuh, cerek elektrik, suis wifi, dan lain-lain.

Cabut semua plug yang tidak digunakan untuk extra protection.

Kalau dibiarkan terbuka, takut nanti bil pula melambung!

2. Matikan Air

Kredit gambar: Shutterstock

Jika Mama akan pergi lebih lama daripada seminggu, matikan bekalan air utama. Kalau taknak tutup semua, boleh tutup injap mesin basuh, mesin basuh pinggan mangkuk, pembuat ais dan tandas untuk mengelakkan kemungkinan kebocoran.

3. Tutup Langsir Separa dan Jangan Lupa Kunci

Kredit gambar: Shutterstock

Mama mesti tak mahu rumah nampak seperti kosong bila bercuti kan? Tarik langsir separa dan pastikan tingkap-tingkap semua dikunci. Ni semua langkah keselamatan untuk orang tidak datang merompak. Hati-hati ya Mama.

4. Cuci Dapur Sampai Berkilat

Kredit gambar: Shutterstock

Basuh pinggan kotor, bersihkan perangkap sinki dan tuangkan cuka ke dalam sinki. Lap semua permukaan yang berada dapur untuk mengelakkan ‘serangan’ serangga perosak di dapur Mama.

Buang makanan yang sudah rosak di dalam peti sejuk dan pantri. Pastikan ketuhar dan dapur api juga dimatikan. Dah selesai semua ni, pastikan Mama buat point yang ke-5 di bawah ini.

5. Kosongkan Tong Sampah

Kredit gambar: Shutterstock

Nak elak bau busuk dan serangga hinggap di rumah? Buang sampah supaya Mama tidak pulang ke rumah dengan bau busuk atau lihat serangga atau haiwan yang tidak diingini.

Bukan sampah di dapur je tau Mama. Buangkan semua sampah yang ada di dalam semua tong sampah di rumah.

Seronok nanti bila balik rumah dah bersih dan segar.

6. Angkat Kain di Ampaian

Kredit gambar: Shutterstock

Jangan tinggal baju di ampaian tu. Kalau tak kering juga, sidaikan baju di tempah teduh dan berbumbung di kawasan rumah.

Lebih elok sekiranya tiada baju di luar rumah. Jadi, cuba untuk plan hari dan waktu terbaik untuk Mama basuh baju sebelum pergi bercuti agar tiada baju di ampaian.

7. Siram Tanaman Mama

Kredit gambar: Shutterstock

Kesian pokok Mama kehausan nanti! Kalau boleh, jangan biarkan pokok-pokok di rumah macam tu sahaja semasa Mama tiada dirumah.

Sebaliknya, minta tolong jiran-jiran untuk datang siram pokok supaya sekiranya Mama akan pergi bercuti dalam tempoh waktu yang lama.

Mudah sahaja kan Mama? Senarai ini adalah perkara yang penting yang Mama perlu buat sebelum bercuti dengan anak-anak. Semoga membantu!


Dapatkan lebih baik tips penjagaan rumah di SINI!