KelabMama

CHECKLIST 20 KELENGKAPAN ASAS BAYI BARU LAHIR PERLU ADA

Saat kelahiran bayi adalah detik-detik penting yang dinantikan oleh pasangan suami isteri. Saat yang penuh mendebarkan dengan perasaan yang bercampur baur. Namun sebelum melalui saat-saat tersebut, ada perkara yang tidak kurang pentingnya juga iaitu menyediakan barang-barang keperluan ibu dan bayi sebelum kelahiran. Walau bagaimanapun, sebelum membuat senarai semak tersebut anda dinasihatkan agar mendapatkan nasihat serta pandangan individu yang lebih berpengalaman. Pada masa yang sama, pastikan barangan yang bakal dibeli itu mengikut kemampuan kewangan anda.

 

Pakaian Bayi
Pada masa ini ada banyak pilihan pakaian bayi di pasaran. Bagi yang pertama kali membeli, pasti rambang mata. Jadi, berhati-hatilah. Sebagai permulaan, anda dinasihatkan agar membeli pakaian asas bayi sahaja. Pakaian lain seperti gaun atau seluar denim belilah setelah bayi besar sedikit. Semasa membeli pakaian bayi baru lahir, anda digalakkan agar membeli pakaian bersaiz besar iaitu yang bersaiz enam bulan ke atas. Hal ini kerana kita tidak tahu saiz sebenar bayi yang dikandung. Lagipun, bayi cepat membesar. Jika pakaian yang dibeli kecil, tempoh pemakaiannya sangat pendek.

Pakaian asas ialah: 

Lampin
Anda boleh memilih sama ada ingin menggunakan lampin pakai buang atau lampin kain moden. Bagi kebanyakan ibu bapa baru yang mula peka terhadap saranan penjagaan alam sekitar, mereka lebih gemar memilih lampin kain moden. Lampin kain moden ini juga dikatakan lebih selamat untuk kulit bayi yang sememangnya sensitif.  Pada masa yang sama, lampin kain moden ini lebih menjimatkan kerana boleh dipakai selama tiga tahun. Untuk permulaan, seseorang bayi itu memerlukan enam hingga tujuh helai lampin kain moden.

Namun, sekiranya anda lebih selesa anak menggunakan lampin pakai buang, anda hanya perlu membeli satu pek lampin bersaiz kecil iaitu untuk bayi baru lahir. Tetapi, anda perlu juga menyediakan lampin pakai buang bersaiz ‘S’ sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya bayi yang lahir itu besar.

Tidak kira sama ada lampin kain moden atau lampin pakai buang, berikut adalah kelengkapan yang perlu disediakan.

Set mandian


Kulit bayi sangat sensitif. Mungkin ada produk mandian bayi tidak sesuai untuk kulit mereka. Oleh itu, anda disarankan agar hanya membeli pek percubaan atau pek kembara untuk melihat kesesuaian produk tersebut dengan kulit bayi anda. Sekiranya sesuai, barulah membeli pek yang lebih besar.

Untuk membersihkan tubuh bayi anda, dapatkan barangan seperti di bawah ini:

Set penjagaan bayi
Bagi memastikan bayi anda sentiasa bersih dan rasa selesa, ada beberapa barangan kelengkapannya perlu disediakan. Barangan tersebut ialah:

 

Tidur


Jika anda ingin tidur bersama bayi (co-sleeping) bagi melancarkan proses penyusuan susu ibu terutamanya pada waktu malam, katil bayi tidak perlu dibeli dahulu. Tunggulah sehingga bayi sudah sedikit besar. Ianya penting untuk membeli barangan yang sesuai untuk bayi bagi mengelakkan risiko bayi lemas ketika tidur.

Agar bayi anda rasa selesa semasa tidur, sediakan barangan berikut:

 

Penyusuan


Susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi terutamanya dalam tempoh enam bulan pertama mereka. Walaupun begitu, terpulanglah kepada masing-masing. Berikut merupakan barangan kelengkapan untuk memudahkan proses penyusuan.

Penyusuan susu ibu:

Penyusuan susu formula:

Biasanya, apabila usia kandungan telah mencecah 30 minggu, nurse yang bertugas akan mengingatkan agar para ibu untuk menyediakan barang keperluan ibu dan bayi untuk dibawa ke hospital sebelum bersalin. Semua barang ni selalunya kita letak di dalam sebuah beg, kemudian ditempatkan di dalam boot kereta yang dibawa ke mana-mana para ibu pergi. Persediaan lebih awal ni sangat penting agar ibu dan ayah tidak kelam-kabut di saat-saat kelahiran. Buatnya ibu bersalin awal daripada jangkaan, huru-hara jadinya. Masa inilah nak uruskan ibu dan bayi, masa inilah juga nak cari barang itu ini. Lagipun, ketenangan ibu turut mempengaruhi proses kelahiran yang lebih mudah. Kalau ibu dah stress, bayi pun susah nak keluar pulak karang.

 

KEPERLUAN IBU DI WAD

KEPERLUAN BAYI DI WAD

KEPERLUAN BAYI KE BILIK BERSALIN (LABOUR ROOM)

………………………………………………………………………………………………………………

CHECKLIST

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Intenet