KelabMama

Cetaphil® Memajukan Inovasi Ceramide Berteraskan Formulasi Sains Untuk Kesihatan Kulit

Cetaphil® Ceramide Repair Lotion

Cetaphil®, rangkaian penjagaan kulit sensitif terkemuka antarabangsa yang dipercayai dan jenama penjagaan kulit dermatologikal No. 1 di Malaysia1, hari ini memperkenalkan inovasi terbarunya iaitu Ceramide Repair Lotion.

Inovasi ini merupakan formulasi baharu yang mampu menguatkan lapisan perlindungan kelembapan kulit serta memberikan kelegaan yang pantas dan ketara untuk kulit sensitif. Diperkenalkan khas untuk individu yang berdepan masalah kekeringan, kegatalan dan iritasi kulit, losen ini mampu bantu mengukuhkan penjagaan kelembapan kulit dari dalam.

Memperkukuh Legasi Cetaphil® sebagai Peneraju Penjagaan Kulit Sensitif

Dalam ucapan beliau ketika majlis pelancaran di 1 Utama Shopping Centre, Ms. Cindy Tiu, Pengurus Negara Galderma Malaysia berkata,

“Di Cetaphil®, kami sedia untuk membantu kulit sensitif orang ramai. Oleh itu, fokus kami adalah untuk menyokong kesihatan kulit rakyat Malaysia melalui penyelesaian penjagaan kulit yang lembut, berkesan dan disokong oleh pakar dermatologi. Kami percaya bahawa pendidikan yang tepat dan bertanggungjawab memainkan peranan penting dalam membantu pengguna membuat pilihan yang selamat dan berkesan. Oleh itu, kami sentiasa menjalin kerjasama rapat dengan pakar dermatologi, ahli profesional kesihatan dan pelbagai komuniti untuk mempromosikan penjagaan kulit yang lembut namun berkesan untuk semua. Komitmen Cetaphil® adalah untuk menyediakan penyelesaian penjagaan kulit yang berasaskan sains, diuji oleh pakar dermatologi dan terbukti secara klinikal bagi memenuhi keperluan kulit yang pelbagai, memastikan setiap individu tanpa mengira jenis atau masalah kulit mempunyai akses kepada penjagaan kulit yang boleh dipercayai.”

Beliau turut berkongsi bahawa peningkatan kes masalah kulit kering dan sensitif jelas membuktikan keperluan mendesak terhadap penyelesaian yang berfokus kepada pengukuhan pelindung kulit.

“Kulit sensitif boleh menjejaskan sehingga 70% populasi global2, berpunca daripada faktor gaya hidup moden seperti pencemaran persekitaran, tekanan kronik, kualiti tidur yang tidak mencukupi serta pemakanan yang tidak seimbang. Di Malaysia khususnya, cuaca panas dan tahap kelembapan yang tinggi menjadi antara punca utama kebimbangan. Sehubungan itu, pengguna semakin cenderung mencari rutin penjagaan kulit yang lebih ringkas, lembut dan berkesan yang bukan sahaja boleh membantu memperbaiki masalah kulit kering dan sensitif, malah menyokong kesihatan kulit tanpa membebankannya dengan penggunaan terlalu banyak produk,” kata Cindy.

Selama lebih 75 tahun, Cetaphil® telah menerajui kemajuan sains kulit dengan komitmen berterusan untuk menyokong dan melindungi kulit sensitif melalui penyelesaian yang berasaskan sains serta diuji oleh pakar dermatologi.

Hari ini, jenama Cetaphil® telah dikenali sebagai produk yang boleh dipercayai secara klinikal dan menjadi pilihan jutaan pengguna yang mengutamakan formulasi yang disahkan pakar serta terbukti secara saintifik.

Perspektif Pakar – Kepentingan Penjagaan Kulit Berasaskan Sains

Ketika di sesi demonstrasi, bertajuk “Demi Kulit Anda – Dapatkan Perlindungan Ceramide & Keyakinan Baharu!”, Dr. Benji Teoh, Pakar Perunding Dermatologi dari Klinik Pakar Dermatologi Central, berkongsi pandangannya mengenai peranan sains dan penjagaan kulit berasaskan klinikal.

“Saya sering menerima maklum balas daripada pesakit mengenai pelbagai masalah kulit, dengan kulit sensitif antara kebimbangan yang paling kerap dikongsi. Keadaan ini dipengaruhi oleh pelbagai faktor, termasuk tekanan persekitaran seperti pendedahan UV berterusan, pencemaran alam sekitar, gaya hidup yang sibuk serta rutin penjagaan kulit harian. Semakin ramai pesakit kini mencari rutin yang lebih ringkas, dengan fokus mengekalkan kelembapan, menyokong lapisan pelindung kulit dan meningkatkan keselesaan kulit secara keseluruhan,” ujar Dr. Benji.

Beliau turut menjelaskan bahawa ceramide memainkan peranan penting dalam mengekalkan kelembapan kulit dan memastikan pelindung kulit berfungsi dengan baik.

“Kajian dan pemerhatian klinikal menunjukkan bahawa penjagaan kulit yang menumpukan kepada lapisan pelindung kulit, termasuk formulasi yang mengandungi ceramide, boleh membantu meningkatkan daya tahan dan keselesaan kulit. Secara umumnya, rutin penjagaan kulit yang lembut dan seimbang, menggunakan produk yang berkesan dan dibangunkan dengan kepakaran dermatologi, dapat menyokong fungsi semula jadi pelindung kulit,” tambah beliau.

Selebriti Malaysia, Amelia Henderson turut berkongsi pandangannya mengenai rutin penjagaan kulit peribadi serta keperluan dalam memilih produk yang dipercayai, khususnya bagi menyokong gaya hidup beliau yang kerap melibatkan penggambaran dan penampilan di hadapan kamera.

“Sebagai individu yang sentiasa mengimbangi kehidupan profesional dan sosial yang sibuk, bekerja dalam tempoh yang panjang serta terlibat dalam penggambaran di luar membuatkan kulit saya mudah menjadi lebih reaktif akibat tekanan. Justeru, saya memilih produk yang dapat melindungi dan mengekalkan kelembapan kulit. Penting bagi saya untuk menggunakan produk yang boleh dipercayai dan berkesan bagi mengurangkan risiko iritasi, terutama bagi saya yang sering terdedah kepada cahaya matahari dan iklim yang tidak menentu semasa penggambaran di luar,” katanya.

Memperkenalkan Pendidikan Kulit Sensitif kepada Rakyat Malaysia: Pengalaman Cetaphil® SkinLABS

Sebagai usaha memperkukuh komitmen terhadap advokasi berteraskan kepakaran dan pendidikan kesihatan kulit pengguna, Cetaphil® menganjurkan pameran komuniti imersif selama enam hari di 1 Utama Shopping Centre dari 6 hingga 11 Januari 2026.

Aktiviti ini bertujuan memperkenalkan Cetaphil® SkinLABS yang baharu, di mana pengunjung dapat merasai sendiri pengalaman meneroka zon interaktif serta mendalami ilmu penjagaan kesihatan kulit secara komprehensif melalui demonstrasi produk secara langsung serta aktiviti yang mempamerkan inovasi terbaharu Cetaphil®Ceramide Repair Lotion.

“Pelancaran hari ini mencerminkan komitmen berterusan kami terhadap advokasi dan pendidikan penjagaan kulit oleh pakar dermatologi serta pakar industri berkaitan. Matlamatnya adalah untuk membimbing rakyat Malaysia ke arah rutin penjagaan kulit yang lebih selamat, berkesan dan berasaskan sains. Kami ingin memperkasakan semua orang dengan pengetahuan terhadap dermatologi yang boleh dipercayai agar mereka dapat menjaga kulit dengan lebih yakin,” tambah Cindy.

Memperkenalkan Ceramide Repair Lotion: Memperbaiki Kelembapan dan Kesihatan Kulit dari Dalam

Inovasi Terbaru Cetaphil® – Ceramide Repair Lotion dilihat mampu memenuhi kehendak pasaran dengan menggabungkan formulasi yang terbukti berkesan secara klinikal dengan manfaat berikut:

Ceramide Repair Lotion dirumus khas dengan Teknologi Triple Barrier yang mengandungi Ceramide, Asid Amino dan Minyak Bunga Matahari — gabungan sinergistik yang membantu menghidrat, melembutkan serta melegakan kulit kasar dan gatal.

Diuji secara klinikal oleh pakar dermatologi, formulasi ini terbukti berkesan mengurangkan kerengsaan dan kekeringan kulit pada wajah dan badan.

Apabila digandingkan dengan Cetaphil® Hydrating Foam Cleanser, losen ini melengkapkan rutin penjagaan kulit kering atau sangat kering melalui Cetaphil® Barrier Restoration Regimen — rutin penjagaan kulit sensitif yang ringkas dan mudah, hanya dengan dua langkah untuk membersih, menghidrat dan menguatkan lapisan pelindung kulit.

Untuk maklumat lanjut mengenai Cetaphil® Ceramide Repair Lotion, sila layari www.cetaphil.com.my.


Rujukan:

  1. Source: IQVIA Malaysia, Emollients & Protective Market, MAT Q1’2025 (Values)
  2. Farage MA. Front Med 2019; 6: 98
  3. Galderma data on file [EL-240326168]