KelabMama

Cegah Si Kecil Daripada Dijangkiti Bisul

Jika kawasan nanah adalah kecil iaitu kurang dari satu sentimeter atau kurang dari setengah inci, mampatkan kawasan itu selama lebih kurang 30 minit empat kali sehari dengan tuala kecil yang dipanaskan dengan air (demah atau tuam panas).

 

BAGAIMANA BISUL TERJADI?

Bisul lazimnya menyerang golongan dewasa berbanding kanak-kanak, namun risiko untuk golongan kanak-kanak terkena bisul juga tinggi, malah memungkinkan komplikasi yang lebih buruk memandangkan kanak-kanak lebih terdedah kepada kekotoran. Bisul merupakan kumpulan nanah yang berlaku di bawah kulit yang sangat menyakitkan akibat proses jangkitan, biasanya disebabkan oleh bakteria atau parasit. Selalunya, masyarakat menganggap kelompang pada kulit yang berwarna kuning (nanah) adalah bisul, namun pengumpulan nanah boleh berlaku pada mana-mana tisu dalam tubuh seperti otak, hati dan ginjal.

Proses pembentukan nanah adalah salah satu proses tindak balas daya tahan melawan penyakit tubuh untuk menghalang penyebaran kuman terutamanya bakteria kepada bahagian tisu badan yang lain. Ketika kuman telah memasuki tisu badan dan mula merosakkan sel-sel, sistem daya tahan tubuh akan dirangsangkan dan menyebabkan pembebasan cytokines (sejenis protein) ke dalam peredaran darah. Cytokines akan menyebabkan tindak balas keradangan yang akan menarik jutaan sel-sel darah putih untuk datang ke bahagian tersebut bagi membunuh kuman-kuman di kawasan itu.

Kuman dan tisu badan yang mati berkumpul dan membentuk nanah dan dalam pada masa yang sama, sel-sel sihat yang bersebelahan dengan kawasan tersebut akan membentuk dinding untuk menyekat nanah ini merebak ke tisu yang lain. Pengumpulan nanah dalam dinding inilah yang akan membentuk bisul. Bisul dan nanah boleh berlaku apabila kulit yang berminyak memudahkan lekatan habuk pada kulit dan menyebabkan liang peluh tersumbat. Peluh yang tidak dapat dikeluarkan akan menyebabkan kuman mudah menjangkiti akar rambut yang akhirnya membentuk nanah dan apabila berkumpul dengan lebih banyak menyebabkan bisul.

Nanah dan bisul juga boleh berlaku apabila permukaan kulit terkoyak akibat kecederaan terjatuh atau luka terkena benda tajam. Kulit yang koyak membenarkan kuman masuk ke bawah kulit dan menyebabkan jangkitan kuman dan akhirnya menghasilkan nanah dan bisul. Jangkitan kuman dan bakteria adalah punca yang paling biasa. Dalam satu jangkitan kuman yang menyebabkan bisul, adakalanya terdapat beberapa jenis kuman bakteria.

Selalunya kuman bakteria jenis Staphylococcus aureus yang sentiasa berada di permukaan kulit, menunggu peluang untuk masuk ke dalam kulit dan menyebabkan nanah dan bisul, namun bisul mudah dirawat dengan antibiotik. Namun terdapat jenis kuman bakteria yang kebal terhadap antibiotik iaitu methicillin-resistant yang agak sukar dirawat dan boleh menyebabkan komplikasi lain seperti jangkitan kuman merebak ke organ penting lain seperti ginjal dan hati dan apa yang dibimbangkan kanak-kanak juga berisiko diserang jangkitan itu.

 

RISIKO BISUL

 

PENCEGAHAN

 

 

 

Sumber:  Utusan & Dr Zubaidi