KelabMama

Cara Yang Betul Untuk Buka Buku Pink

Alhamdulillah, mama kini disahkan hamil. Tahniah mama! Dah buat buku pink belum? Ha..dalam teruja tu jangan lupa untuk daftar kehamilan dan buka buku pink tau! Buka buku pink? Untuk apa? Wajib ke?

Bagi mama-mama muda yang kali pertama bakal melahirkan cahaya mata, mama kena tahu langkah-langkah yang betul untuk membuat buku pink ni. Nak tahu? Jom semak!

Bila waktu yang sesuai untuk buka buku pink?

Ia seeloknya dibuat sebelum kandungan masuk 12 minggu (antara 6-12 minggu). Kalau tak akan dikira sebagai ‘late booking’. Kalau nak buat awal daripada tu pun tak sesuai lagi untuk dipantau, mungkin mama akan disuruh balik dan datang semula bila kandungan dah 6 minggu ke atas.

Tapi kalau kandungan sebelum ni mama ada komplikasi seperti keguguran, air ketuban kurang atau ada apa-apa masalah kesihatan lain, seeloknya pergilah awal supaya nurse dapat pantau keadaan mama lebih teliti.

Macam mana nak kira jangkaan tarikh kandungan?

Untuk buat UPT test, mama dah boleh buat sejurus period normal mama datang lewat. So untuk check tarikh kandungan, mama boleh buat macam ni ;

Tarikh Pertama datang period paling latest = 1 April

Tarikh buat UPT Test = 15 Mei

Kalau double line, alhamdulillah, maksudnya mama dah mengandung 6 minggu!

1 April – 30 April = 4 minggu

1 Mei – 15 Mei = 2 minggu

Jumlah = 6 minggu

Buat tarikh temujanji

Bila dah tahu mama mengandung, pertama sekali mama kena book tarikh appointment untuk buka buku pink. Caranya, pergi ke Klinik Kesihatan yang paling dekat dengan rumah, cari nombor telefon yang berkaitan, call, dan nurse akan terus setkan appointment untuk mama atau mama walk in je mana-mana KK untuk set appointment on the spot. Senang je kan?

Apa kena bawa masa appointment?

Untuk mama yang kali pertama datang ke KKIA, mama perlu membawa dokumen seperti :

Kemudian mama akan diberi buku pranatal a.k.a buku PINK yang merekodkan sejarah kehamilan mama termasuk tarikh temujanji antenatal di KKIA dan hospital kerajaan atau swasta.

Langkah-langkah untuk buat buku pink

Prosesnya agak mengambil masa jadi jangan hairanlah kenapa mama kena tunggu lama sampai berjam-jam ye.

1. Tinggi dan berat mama diukur

Nurse akan tanya soalan berkaitan kesihatan mama termasuk soalan rutin mengenai haid mama yang terakhir serta sejarah keluarga berkaitan penyakit-penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi.

2. Tarikh dijangka bersalin (EDD)

Tarikh dijangka bersalin (EDD) akan dikira berdasarkan tarikh haid terakhir mama (HARI PERTAMA BULAN TERAKHIR).

3. Ujian air kencing

Mama juga perlu menjalani ujian air kencing untuk memeriksa kandungan protein dan gula dalam urine dan mama mungkin diberi suntikan kancing gigi.

4. Suplement

Sebelum pulang, mama akan dibekalkan dengan suplement pranatal seperti vitamin C, vitamin B kompleks, asid folik dan zat besi. Suplement ni mama wajib makan sekali sehari untuk tumbesaran janin juga.

5. Temu janji seterusnya

Temu janji untuk seterusnya akan dijadualkan dan direkod dalam buku pranatal untuk rujukan mama. Buat sekali reminder kat dalam handphone ye!

Apa nak kena buat dengan buku pink ni?

Simpan buat pekasam je mama. Hehe tak adalah. Buku pink ni WAJIB bawa setiap kali mama ada appointment. Nasihat Mama Siti seeloknya mama balut atau wrap dengan transparent wrap cantik-cantik dan letak dalam handbag mama atau dalam kereta.

Dalam buku pink tu juga ada panduan sebelum, semasa, selepas ibu mengandung, dan tercatatnya rekod kesihatan mama dan bayi. Bayangkan kalau buku ni hilang, macam mana nurse nak monitor perkembangan mama setiap bulan? Rekod seperti berat badan, bacaan HB, kandungan gula, ukuran baby, ulasan doktor juga sangat penting. So kalau mama nak ke mana mana, bawa je buku pink ni dalam beg in case kalau anything happen, boleh terus refer mana mana klinik atau hospital.

Kalau terlupa tarikh appointment macam mana?

Jangan panik! Call je KK yang mama pergi tu dan sebut nama nurse yang handle mama haritu serta nama mama. Kenapa tak boleh bagi no IC? Sebab katanya sistem KK tak sama dengan sistem hospital, bukan cari by IC tapi kena cari by nurse yang handle.

Kalau tak ingat nama nurse jugak? Takpe, cuba selak setiap muka surat buku pink tu dan teliti betul betul tarikh appointment. Mesti jumpa punya! Kalau tak jumpa juga mungkin mama kena datang semula ke KK dan cari nurse yang handle mama dulu ye.

Semoga bermanfaat! Selamat membuka buku pink!

Sumber : simplynoorul.com, SirapLimau

BACA LAGI WARNA STIKER DI BUKU PINK MAMA

Pesan Mama Siti

Tahniah buat mama yang baru disahkan hamil! Bestnya, rindu pulak nak mengandung lagi hehe. Mama yang dah selesai buat buku pink, tahniah! Bagi mama yang baru nak buat, selamat buat buku pink! hehe. Jaga elok2 buku tu sebab nak guna sampailah mama dah beranak nanti.