KelabMama

Dua Cara Tanam Pokok Kari Menggunakan Batang dan Akar (+ Petua Pokok Subur)

Tak ada daun kari, kurang ‘umph’ masakan kita. Baik kita tanam pokok daun kari sendiri, senang bila nak guna nanti. Kali ini, Mama Siti kongsikan dua cara tanam daun kari iaitu dari batang pokok dan anak pokok.

Kedua-dua cara ini memerlukan kaedah berbeza untuk menanam pokok daun kari yang sihat. 

Jom, kita lihat bagaimana untuk mulakan penanaman.  

Dua Cara Tanam Pokok Kari

Kredit gambar: Root of Science

#1 Cara Tanam Pokok Kari Dari Batang

Kelebihan kaedah penanaman melalui semaian batang daun kari ialah ia boleh mengeluarkan tunas lebih banyak tunas hanya dengan satu batang sahaja. 

#1 Kenal pasti pokok daun kari yang sudah tua. Pangkas 4 hingga 5 inci keratan batang pokok daun kari dengan menggunakan peralatan yang bersesuaian. 

Kredit gambar: Fazli Che Fauzi

#2 Batang pokok daun kari itu perlu dibuang pada sebelah bahagian. Maksudnya, Mama perlu buang separuh kulit keras batang pokok daun kari menggunakan pisau tajam. 

Kredit gambar: Fazli Che Fauzi

#3 Sediakan tanah untuk tapak semaian pokok daun kari. Selepas itu, letakkan daun kari yang telah dibuang kulit itu di tapak semaian. 

Nota penting: Pastikan bahagian batang yang terbuang kulit menghadap ke bawah iaitu bersentuhan dengan tanah. 

Kredit gambar: Fazli Che Fauzi

#4 Bagi memastikan semaian pokok kari kita berjaya, Mama perlu siram keratan batang daun kari itu setiap hari hingga tunas mula tumbuh. 

Tempoh dari mula menyemai hingga tunas mulai tumbuh ialah satu minggu. 

Kredit gambar: Fazli Che Fauzi

#2 Cara Tanam Pokok Daun Kari Dari Anak Pokok

#1 Di sekeliling pokok daun kari, perhatikan anak pokok yang masih kecil yang terdapat satu hingga tiga batang. 

Cabut anak pokok tersebut secara perlahan-lahan kerana kita ingin dapatkan akarnya untuk menanam pokok daun kari. 

Kredit gambar: dorinadelight.blogspot.com

#2 Penting untuk Mama membuat gumpalan tanah lembab di bahagian akar untuk menjaga akar dan supaya anak pokok tidak layu. 

Kredit gambar: dorinadelight.blogspot.com

#3 Sediakan satu tempat khusus untuk tanam anak pokok daun kari. Jika Mama tinggal di rumah pangsa, pangsapuri atau kondominium, tanam dalam pasu pun boleh. 

Kredit gambar: dorinadelight.blogspot.com

#4 Selesai mengambus tanah anak pokok daun kari, mulakan siraman setiap hari. Langkah ini penting supaya akar pokok boleh memulakan proses fotosintesis dengan baik.  

Kredit gambar: dorinadelight.blogspot.com

Petua Tanam Pokok Kari

Kredit gambar: SP Models

Kalau nak pokok menjadi, disarankan untuk tanam pada waktu petang kerana keamatan cahaya matahari lebih rendah di waktu malam jika dibandingkan dengan penanaman di waktu pagi. 

Jika Mama mula tanam anak pokok kari pada waktu pagi, dikhuatiri ia akan layu dan mati kerana tidak mampu menahan terik matahari di waktu tengah hari. 

Tak perlu kalut cari baja kalau anak pokok kari masih berusia tiga hari tetapi sebaik sahaja ia mencapai usia tiga atau empat minggu, barulah boleh ditabur baca. 

Oh ya, sebelum menabur baja, Mama wajib gembur tanah di sekeliling pokok kari. Ini kerana tanah yang terlalu mampat tidak sesuai untuk pembesaran pokok kari yang sihat. 

Nak Kena Guna Tanah Khas Ke? 

Kredit gambar: Dictio Community

Ada kawasan memang sukar nak cari sumber tanah terbaik untuk semaian. Jadi, kalau tak ada tanah baru dari kedai pun tak apa sebab Mama masih boleh tanam anak pokok kari dengan tanah yang ada dalam pasu di rumah masing-masing.  

Tanam melalui batang memerlukan ketelitian manakala tanam melalui anak pokok memerlukan kecermatan. 

Pokok kari buat masakan kita jadi lebih sedap. Dua cara yang Mama Siti kongsikan ini boleh diaplikasikan mengikut kesesuaian masing-masing. 


Dapatkan petua penanaman dan idea dekorasi di SINI!