KelabMama

3 Cara Tanam Daun Sup di Tanah dan Air Yang Mungkin Mama Belum Tahu!

Tahukah Mama, daun sup dan daun ketumbar tergolong dalam kategori sayur yang mudah ditanam.

Kaedah penanaman di atas tanah sesuai untuk bahagian akar dan biji benih. Manakala, cara tanam daun sup menggunakan air hanya sesuai untuk rendaman akar sahaja.

Jom kita mula menanam!

3 Cara Tanam Daun Sup Dari Batang dan Biji Benih

#1 Cara Tanam Daun Sup Guna Tali Mop

@maivodyakonov

Replying to @ibuhaziqrizqi___ Cara saya tanam daun sup wajib hidup walaupun kurang matahari dan kasih sayang serta selalu kena tinggal Daun sup suka air tetapi tidak suka tanah lembab dan tidak suka air kena batang nya. Daun sup saya tanam sejak September 2022 memang ada untuk makan setiap hari.alhamdulillah hidup sampai ke hari ini sejak saya tanam pun saya rasa baru 2 kali saya buh baja Daun celery saya baru tanam sahaja pada February tahun ini baru tanam tapi sudah banyak kali dapat makan. Baja yang sesuai di guna untuk penanaman kaedah ini ialah baja hydroponic atau baja AB CAMPUR DALAM AIR MENGIKUT SUKATAN DI BOTOL KEMUDIAN BARU TUANG KE DALAM BEKAS BAWAH PASU INI #tipsberkebun #tanamdaunsup #gardening #tipsandtricks #fyp #kebun #asiangarden #tiktokmalaysia #tiktokindonesia

♬ Aesthetic – Tollan Kim
  1. Sediakan pasu bunga kecil, batu kerikil, tali mop dan bekas yogurt. Langkah pertama, tarik keluar tali mop mengikut bilangan pasu bunga yang ingin digunakan. 
  2. Masukkan tali mop pada lubang pasu secara bertentangan. 
  3. Seterusnya, masukkan segenggam batu kerikil ke dalam pasu. Mama boleh gunakan pelbagai jenis batu kerikil. Asalkan saiznya kecil. 
  4. Selepas itu, masukkan tanah ke dalam pasu. Pastikan tali mop ditarik hingga ke bahagian atas pasu dan tertimbus tanah.
  5. Kemudian, masukkan pasu ke dalam bekas yogurt.
  6. Daun sup yang baru dibeli perlu dikerat lebih kurang sejengkal dari akarnya. Lalu rendam daun sup itu selama dua malam. 
  7. Basahkan tanah di dalam pasu dan buatkan lubang di tengah-tengah. Kemudian ambil batang sup dan tanam dalam pasu.
  8. Isikan air dalam bekas yogurt dan pastikan tali mop mencecah air dan tidak terkena pasu. 
  9. Isi semula air setiap 3 hingga 4 hari. Penggunaan baja bagi cara tanam daun sup ini hanya sesuai untuk baja cair.     

#2 Cara Tanam Daun Sup Dalam Air

  1. Mula proses akar daun sup dengan memisahkan iaitu memotong bahagian akarnya dahulu. 
  2. Seterusnya, buang akar-akar kecil yang terdapat pada pokok daun sup. Pastikan hanya terdapat akar besar sahaja. 
  3. Guna semula botol yang sudah tidak digunakan lagi dan potong bahagian atas botol itu. 
  4. Letakkan sedikit serbuk monosodium glutamate (MSG) ke dalam botol yang dipotong tadi. 
  5. Tambahkan air dan kacau hingga serbuk MSG itu larut. Kemudian, letakkan semula penutup botol secara terbalik. 
  6. Letakkan akar yang telah diproses tadi dan pastikan ianya dalam keadaan menegak. 
  7. Susun di tempat yang terdedah dengan cahaya matahari.  

#3 Cara Tanam Daun Sup Dari Biji Benih

Melalui perkongsikan Nur Allia Zahra, beliau menunjukkan cara menanam daun sup dari biji benih. Kaedah ini mengambil masa beberapa minggu dan perlu melalui beberapa proses.

Cara tanam daun sup ini memerlukan biji benih yang berkualiti dan penjagaan rapi bermula dari semaian hinggalah tempoh menuai.

  1. Sediakan benih daun sup, dulang semaian dan tanah. 
  2. Masukkan tanah ke dalam dulang semaian dan siram hingga keseluruhan tanah basah. 
  3. Setiap satu lubang, taburkan secubit biji benih daun sup dan semburkan air pada benih itu. 
  4. Biji benih akan mula bercambah pada hari ke-5. Percambahan biji benih adalah tidak sekata. Jadi jangan bimbang jika ada yang benih yang belum bercambah lagi. 
  5. Jika anak pokok daun kepada daun sup sebenar, alihkan ke pasu yang lebih besar. 
  6. Cara tanam daun sup ini menggunakan cocopeat semata-mata. Boleh juga menggunakan tanah campuran dengan serat yang banyak. 
  7. Daun sup sudah boleh dituai apabila sudah mencapai tinggi sejengkal. 

Tips Tanam Semula Daun Sup

Kredit gambar: desigusxpro.com
Kredit gambar: Sis Hawa

Penanaman di atas tanah sesuai untuk pertumbuhan akar dan biji benih, sementara cara rendaman air hanya boleh diaplikasikan untuk akar sahaja.

Pastikan Mama ikut tips tanam semula daun sup supaya tanaman Mama hidup subur. Semoga bermanfaat dan selamat bercucuk tanam.


Dapatkan lebih banyak tips di dapur dan rumah tangga di SINI!