KelabMama

Cara Mengerjakan Solat Tahajjud Yang Betul Berserta Doa (Bacaan Arab dan Rumi)

Solat sunat di waktu malam selepas bangun dari tidur. Itu tadi ialah dua perkara penting untuk menunaikan solat sunat tahajjud.

Namun ada agamawan mengatakan kita masih boleh mengerjakan solat tahajjud walaupun tidak tidur? Apakah itu benar?

Persoalan dan jawapan tersebut ada dalam artikel kali ini di bahagian waktu solat sunat tahajjud.

Solat tahajjud boleh dilakukan dengan sekurang-kurangnnya dua rakaat. Manakala tiada had dalam bilangan rakaat solat sunat tahajjud.

Di samping itu, sebagai moivasi agar kita rajin bertahajjud. Mama Siti kongsikan sekali lima kelebihan untuk mereka yang menunaikan solat sunat tahajjud.

Ayuh kita lihat dengan lebih terperinci cara-cara menunaikan solat tahajjud lengkap dengan doanya sekali. Macam biasa, Mama Siti sediakan sekali bacaan niat dan doa dalam rumi.

Cara-Cara Solat Sunat Tahajjud

Lafaz Niat (Arab dan Rumi)

Kredit gambar: akuislam.com

 ‘Usolli Sunnatat Tahajjudi Rak’ataini Lilaahi Ta’ala’

Maksudnya: Sahaja aku solat tahajjud dua rakaat kerana Allah Taala

Waktu dan Syarat Solat Sunat Tahajjud

Solat sunat tahajjud ialah solat sunat yang hanya boleh dilakukan di waktu malam. Namun terdapat perbezaan pendapat tentang adakah tidur itu sebagai syarat wajib mendirikan solat tahajjud.

Bagi menjawab persoalan ini, Mama Siti merujuk kepada dua individu penting yang diyakini keilmuannya. 

Huraian ringkas dan singkat ialah daripada Ustaz Azhar Idrus. Beliau menjawab persoalan ini dengan menyatakan solat sunat tahajjud hanya boleh dilakukan selepas seseorang itu bangun dari tidur. Jawapan ini diambil berdasarkan pendapat yang paling kuat oleh para ulama.

Manakala untuk penjelasan yang lebih lengkap, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri bakal menjawab soalan berkenaan bilakah waktu solat sunat tahajjud. Menurut beliau solat sunat tahajjud masih boleh dikerjakan walaupun seseorang itu tidak tidur terlebih dahulu. 

Cara Solat Sunat Tahajjud Mengikut Turutan

Kredit gambar:mStar

Tatacara solat sunat tahajjud sama sahaja seperti solat sunat yang lain. Perbezaannya adalah daripada lafaz niat dan doa selepas solat tahajjud.

Rakaat Pertama

#1 Mengangkat takbiratul ihram sambil melafazkan niat solat sunat tahajjud

Kredit gambar: akuislam.com

 ‘Usolli Sunnatat Tahajjudi Rak’ataini Lilaahi Ta’ala’

Maksudnya: Sahaja aku solat tahajjud dua rakaat kerana Allah Taala

#2 Membaca Surah Al-Fatihah

#3 Membaca Surah Al-Kafirun

#4 Rukuk

سُبْحَانَ رَبِّىَ الْعَظِيْمِ وَبِحَمْدِهِ

Subhana rabbiyal azimi wa bihamdi

Maksudnya: Maha Suci Tuhanku Yang Maha Besar dengan segala sifatNya yang terpuji

#5 Sujud

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ

Subhana rabbiyal a’la wa bihamdi

Maksudnya: Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala sifatNya yang terpuji

#6 Iktidal

رب اغْفِرلي وَارْحَمْنِى واجبرني وَارْفَعْنِي وَارْزُقْنِى وَاهْدِنِى وَعَافِنِى وَاعْفُ عَنِّى

‘Robbighfirlii warhamnii wajburnii warfa’nii warzuqnii wahdinii wa’aafinii wa’fu ‘annii’

Maksudnya: “Ya Allah ampunilah aku, rahmatilah aku, perbaikilah keadaanku, tinggikanlah derajatku, berilah rezeki dan petunjuk untukku”

#7 Sujud dan selepas itu bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua

#1 Mengangkat takbir 

#2 Membaca Surah Al-Fatihah

Kredit gambar: Rukun Sembahyang- WordPress

#3 Membaca Surah Al-Ikhlas

Kredit gambar: kalam.sindonews.com

#4 Rukuk

#5 Sujud

#6 Iktidal

#7 Sujud dan selepas itu bangun untuk tahiyyat akhir

#8 Memberi Salam

Doa Selepas Solat Sunat Tahajjud

Kredit gambar: islamituindah.my
Kredit gambar: akuislam.com

‘Allahumma Lakal-Hamdu Anta Qoyyimus-SamaWaa Tiwal-Ardhi Waman Fii-Hinna, Walakal Hamdu Laka Mulkus-Samaa Waa Tiwal-Ardhi Waman Fii-Hinna, Walakal-Hamdu NuuRus-Samaa Waa Tiwal-Ardhi, Walakal-Hamdu Antal-Haqq WaWa’-Dukal Haqq WaLiqoo-Uka Haqq WaQauLuka Haqq Wal-Jannatu Haqq WanNaRu Haqq, WanNabiyYuuna Haqq, WaMuHamMaDun Sollallahu ‘AlaihiWasallam Haqq, WasSa-‘ATu Haqq

AllaHumMa Laka AslamTu, Wabika Amantu, Wa ‘Alaika TawakKalTu Wa iLaiKa AnabTu Wabika KhoSomTu, Wa iLaiKa Hakamtu, FagFirLi MaaQadDamTu, WaMaa Akh-KhorTu WaMaa AsRarTu WaMaa A’-LanTu, AnTal MuQodDimu Wa Antal Mu-Akh-Khiru, Laa iLaha illa Anta Au Laa iLaha GhoiRuKa WaLaa HauLa Walaa QuwWata illa Billah’

Maksudnya:

Ya Allah, bagiMu segala puji, Engkaulah penegak langit dan bumi serta segala isinya.

BagiMulah segala puji, Engkau raja penguasa langit dan bumi. BagiMulah segala puji, pemancar cahaya langit dan bumi.

BagiMulah segala puji, Engkaulah yang benar, janjiMu adalah benar, perjumpaanMu itu adalah benar, firmanMu adalah benar, syurga adalah benar, neraka adalah benar, para nabi adalah benar, Nabi Muhammad SAW adalah benar, dan hari kiamat adalah benar.

Ya Allah, kepadaMulah aku berserah diri, kepadaMulah aku kembali, kepadaMulah aku rindu, dan kepada Engkaulah aku berhukum. Ampuni aku atas kesalahan yang telah aku lakukan dan yang sebelumnya, baik yang aku sembunyikan mahupun yang dinyatakan.

Engkaulah Tuhan yang terdahulu dan Tuhan yang terakhir. Tiada Tuhan melainkan Engkau. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan (kekuasaan) Allah.

Nota: Doa ini diambil dari riwayat Ibnu Majah daripada Abdullah Ibn Abbas dan riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Fadhilat Solat Sunat Tahajjud

#1 Kemuliaan di sisi Allah

Kredit gambar: SeekersGuidance

“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah sembahyang tahajjud pada Nya sebagai sembahyang tambahan bagimu: Semoga Tuhanmu membangkitkan dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji” (Surah Al-Isra, Ayat 79)

#2 Menjadi Golongan Yang Sentiasa Mengingati Allah

Kredit gambar: ayosemarang.com

Nabi SAW pernah bersabda bahawa:

“Jika suami membangunkan isterinya untuk solat malam hingga keduanya solat dua rakaat, maka tercatat keduanya dalam golongan (perempuan/lelaki) yang selalu berzikir” (Hadis riwayat Abu Daud)

#3 Dijauhkan Dari Penyakit

Kredit gambar: Freepik

Berdasarkan kisah yang di ceritakan oleh Salman Al-Farisi bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:

“Kerjakanlah solat malam kerana itu adalah kebiasaan orang solah sebelum kamu, jalan mendekatkan diri kepada Tuhan, penebus kesalahan, pencegah dosa serta penghindar penyakit” (Hadis Riwayat At-Tabrani )

#4 Diselamatkan Dari Azab Api Neraka

Kredit gambar: Freepik

Dari Rasulullah SAW bersabda:

” Ada tujuh golongan yang akan dilindungi Allah dalam lindunganNya pada hari tidak ada perlindungan selain perlindunganNya: Iman yang adil, pemuda yang rajin beribadah, seorang yang hatinya selalu terpaut dengan masjid, dua orang yang saling mencintai, bertemu dan berpisah hanya kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh seorang perempuan terhormat dan cantik lalu dia berkata aku takut kepada Allah, seorang yang menyembunyikan sedekahnya tidak ingin dilihat orang dan seseorang yang mengingati Allah dalam keheningan hingga menitiskan airmata” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

#5 Meningkatkan Kecerdasan Otak

Kredit gambar: Freepik

Solat sunat tahajjud angat baik untuk kesihatan. Salah satunya dapat melancarkan alirah darah. Sistem peredaran darah yang efisien membantu proses otak sekaligus membantu kita menguasai ilmu dengan lebih cepat.

Cara menunaikan solat sunat tahajjud ini mempunyai persamaan dengan solat sunat yang lain. Tambahan pula, tiada had dalam bilangan rakaat solat tahajjud asalkan setiap dua rakaat diakhiri dengan satu salam.

Rupa-rupanya ada banyak fadilat atau kelebihan apabila kita menunaikan solat sunat tahajjud. Antaranya ialah mendapat kemuliaan di sisi Allah SWT. Di hari akhirat kelak, kita akan dibangkit kan dan ditempatkan di tempat yang terpuji.

Semoga usaha kita mendekatkan diri dengan pencipta dimudahkan. Mudah-mudahan kita terus istiqamah melakukan solat sunat tahajjud. Mulakan dengan bilangan rakaat paling sedikit dan amalkan selalu.


Tingkatkan amal ibadah lain dengan panduan dan bacaan yang betul seperti dikongsikan DI SINI.