KelabMama

Mari Mama Siti Bantu Satu Persatu Cara Solat Sunat Aidiladha Yang Betul

Solat berjemaah hari raya

Pada tanggal 10 Zulhijjah setiap tahun, umat Islam seluruh dunia akan merayakan satu lagi hari perayaan iaitu Hari Raya Aidiladha. Sambutan tersebut akan berlanjutan sehingga tiga hari seterusnya, 13 Zulhijjah.

Sama seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Korban juga dimulakan dengan menunaikan solat sunat di waktu pagi.

Tanpa berlengah, ayuh kita lihat lebih lanjut tentang kaifiat atau cara-cara menunaikan solat sunat aidiladha.

Pertama sekali, Mama perlu ingat solat sunat aidiladha dilakukan lebih awal iaitu kira-kira jam 8 pagi. Ini bertujuan bagi memberi lebih banyak waktu untuk penyembelihan berlaku. 

Jadi, Mama Siti nak pesan awal-awal agar Mama sampai di surau dan masjid lebih awal supaya tidak tertinggal jemaah. 

KAIFIAT SOLAT SUNAT AIDILADHA

Rakaat Pertama

  1. Takbiratul Ihram-  mengangkat takbir sambil membaca lafaz niat .

اُصَلِّىْ سُنَّةً عِيْدِ اْلاَضْحَى رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى

 ‘Usolli Sunnatan Li idilAdha Rak’ataini Makmuman Lillahi Taala’ 

Maksudnya: Sahaja aku sembahyang sunat Aidiladha dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala.

  1. Membaca Doa Iftitah

Allaahu Akbaru Kabiiraa-walhamdu Lillaahi Katsiiran, Wa Subhaanallaahi Bukrataw-wa’ashiila
Wajjahtu Wajhiya Lilladzii Fatharas-samaawaati Wal Ardha Haniifam-muslimaw-wamaa Anaa Minal Musyrikiina
Inna Solaatii Wa Nusukii Wa Mahyaaya Wa Mamaatii Lillaahi Rabbil ‘Aalamiina
Laa Syariikalahu Wa Bidzaalika Umirtu Wa Ana Minal Muslimiin’

  1. Takbir kemudian Bertasbih– ulang takbir dan tasbih secara berselang seli sebanyak tujuh kali. Contohnya begini, mengangkat takbir sambil melafazkan “Allahuakbar” . Selepas itu, membaca tasbih,

(takbir tujuh kali dan tasbih enam kali)

‘Subhanallah Walhamdulillah Walaa ilaaHa illallahu Wallahu Akbar Walaa Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim’

Maksudnya: Maha Suci Allah, segala pujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah, Allah Maha Besar, dan tiada daya dan upaya serta kekuatan (bagi kita) melainkan dengan kekuasaan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung.

  1. Membaca Al-Fatihah

‘Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn’

  1. Membaca Surah– pemilihan surah adalah bebas
  2. Rukuk dan Sujud  hingga selesai rukuk kedua

Rakaat Kedua

  1. Takbir kemudian Bertasbih– ulang takbir dan tasbih secara berselang seli sebanyak lima kali. Contohnya begini, mengangkat takbir sambil melafazkan “Allahuakbar” . Selepas itu, membaca tasbih

(takbir lima kali dan tasbih empat kali)

  1. Membaca Al-Fatihah
  2. Membaca Surah
Kredit gambar: Alhijrah Online
  1. Rukuk dan Sujud hingga selesai tahiyat akhir
  2. Memberi Salam

Selepas itu, khatib akan mula membacakan khutbah.

HUKUM SOLAT AIDILADHA

Sama seperti melakukan ibadah korban, hukum menunaikan Solat Hari Raya Aidiladha ialah sunat muakad. Amalan sunat yang sangat dituntut dikerjakan bagi umat Islam di seluruh dunia. 

AMALAN SUNNAH DI PAGI HARI RAYA

‘Nawaitul Ghusla Li ‘idil Adha Sunnatan Lillahi Ta’ala’

Mkasudnya: Sahaja Aku Mandi Sunat Hari Raya Aidiladha Kerana Allah Taala

Kredit gambar: Pinterest
Kredit gambar: Freepik

Dari ‘Abdullah bin Buraidah, dari ayahnya, ia berkata, “Rasulullah SAW biasa berangkat solat hari raya pada hari Idulfitri dan beliau makan terlebih dahulu. Sedangkan pada hari Idul Adha, beliau tidak makan lebih dulu kecuali setelah pulang dari solat hari raya baru beliau menyantap hasil qurbannya” 

(HR Ahmad)

Daripada jabir R.A, berkata : Nabi SAW melalui jalan yang berlainan ketika pergi dan balik pada hari raya

(HR Bukhari) 

Kredit gambar: 99.co

Kesimpulannya, mudah saja kan cara nak solat sunat aidiladha ni. Hanya dua rakaat dan beberapa kali takbir. 

Semoga Allah rezekikan kita mendirikan solat sunat aidiladha secara berjemaah pada tahun ini. Bukan selalu kan dapat peluang seperti istimewa ini. Setahun cuma berlaku sekali sahaja. 

Jom Mama, kita ke masjid. Sambil-sambil solat sunat Hari Raya Aidiladha, kita bersilaturahmi juga dengan jiran tetangga kan.